Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Netflix Games Rancang Keluarkan Game Baharu Setiap Bulan! Beberapa Tajuk Baharu Turut Didedahkan!

Maira by Maira
March 20, 2023
in Android, Artikel, Berita, Game, iOS, Mobile, Netflix
0 0
0
Netflix Games Rancang Keluarkan Game Baharu Setiap Bulan! Beberapa Tajuk Baharu Turut Didedahkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Platform Netflix bukan sahaja membekalkan hiburan dalam bentuk filem dan siri malah ia turut menyediakan pelbagai game yang menarik sesuai untuk semua pelanggannya. Kami telah menghadiri acara pembentangan Netflix Games baru-baru ini dan telah mendapat beberapa berita menarik untuk dikongsi kepada anda. Tanpa membuang masa, jom kita lihat.

Untuk pengetahuan anda, lebih daripada 55 game telah dilancarkan melalui Netflix sejak November 2021. Buat masa sekarang, terdapat 70 game baru yang sedang dibangunkan melalui kerjasama daripada studio luar. Netflix juga merancang untuk melepaskan 40 game baharu pada tahun ini malah akan memperluaskan portfolio mereka agar lebih banyak game yang boleh dimainkan oleh semua pelanggan. Game yang bakal hadir juga boleh menjadi game indie sehinggalah game AAA. Bukan setakat itu sahaja, game baharu juga dirancang untuk hadir ke platform itu setiap bulan.

Terdapat juga beberapa tambahan game baharu yang akan datang. Jom kita lihatnya!

Too Hot Too Handle (THTH)

Ia merupakan game visual novel berdasarkan siri Too Hot Too Handle di Netflix. Dibangunkan oleh Nanobit, akan ada lagi game terbaru untuk IP Netflix tersebut. Ia dijadualkan untuk keluar dengan musim terbaru THTH. Kepada anda yang tidak pernah mengetahui mengenai THTH, bolehlah lihat video di bawah!

Mighty Quest Rogue Palace

Sumber: Netflix

Dibangunkan oleh Ubisoft, ia merupakan game roguelite yang berlaku dalam dunia Mighty Quest. Untuk pemain yang sudah biasa dengan Migthy Quest, anda akan menemui formula baharu dalam game. Lebih-lebih lagi dengan naratif yang dibangunkan serta aksi hebat yang ditambahbaik. Ia juga akan lebih mudah untuk pemain baru bermainnya. Anda yang ingin bermainnya, ia akan dilancarkan pada 18 April ini!

Monument Valley

Sumber: Netflix

Diumumkan oleh CEO ustwo games, María Sayans, kedua-dua game Monument Valley dan Monument Valley II akan tersedia untuk semua pelanggan Netflix pada 2024. Untuk pengetahuan anda, Monument Valley merupakan game penerokaan melalui seni bina yang hebat dan geometri yang susah. Pemain akan membimbing puteri Ida melalui monumen misteri untuk mendedahkan laluan tersembunyi, membuka ilusi optik dan memperdayakan Crow People yang penuh teka-teki. Game yang memenangi anugerah ini akan tersedia dengan keseluruhan kandungan tanpa bayaran dalam aplikasi.

Super Evil Megacorp x Netflix

Sumber: Netflix

Terakhir, kita ada pengumuman daripada Kristian Segerstrale iaitu CEO kepada Super Evil Megacorp. Studio pembangun disebalik game Catalyst Black dan Vain Glory ini sedang bekerjasama dengan Netflix untuk membangunkan game terbaru yang melibatkan IP Netflix. Buat masa ini, tiada lagi pendedahan mengenai game tersebut memadangkan ia masih lagi pada peringkat awal pembangunan. Apa pun, kita nantikan pengumuman lanjut akan datang.

Terdapat beberapa soalan menarik yang diajukan mengenai Netflix Games, yang dijawab oleh Leanne Loombe, Naib Presiden External Games di Netflix Games. Kami pasti ada antara anda ingin mainkan game Netflix di platform lain, tetapi buat masa ini Netflix Games hanya tertumpu kepada mobile sahaja. Walaupun begitu Netflix berusaha dalam membangunkan cloud gaming serta fokus dalam memudahkan ahli untuk bermain game di mana-mana peranti.

Leanne Loombe, VP External Games Netflix, Sumber: Netflix

Tambahnya lagi, prestasi Netflix Games sangat memberangsangkan malah sokongan daripada pelanggan turut hebat. Mereka kini fokus dalam menambah lebih banyak game untuk membuatkan lebih ramai ahli untuk bermain game melalui platform itu.

Tidak sabar untuk melihat barisan game lain yang akan tiba ke Netflix. Anda yang melanggan Netflix, jangan lupa untuk mencubanya juga. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: netflixNetflix Games
Previous Post

One Piece: Pengkhianat Vegapunk rupanya… – SPOILER BAB 1078!

Next Post

Cal Kestis meneruskan misinya dalam Story Trailer Star Wars Jedi: Survivor! Bakal tiba pada 28 April nanti!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Cal Kestis meneruskan misinya dalam Story Trailer Star Wars Jedi: Survivor! Bakal tiba pada 28 April nanti!

Cal Kestis meneruskan misinya dalam Story Trailer Star Wars Jedi: Survivor! Bakal tiba pada 28 April nanti!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd