Spring Sale sudah pun bermula di Steam. Pelbagai penerbit game telah memberikan pelbagai promosi menarik di platform game tersebut. SEGA juga kembali dengan promosi tersendiri iaitu “SEGA Spring Sale“.

Beberapa tajuk game PC daripada SEGA/ATLUS akan tersedia dengan harga berpatutan pada masa terhad. Bukan setakat itu sahaja, game Persona 3 Portable remaster buat pertama kalinya mendapat potongan harga. Jadi anda yang tidak pernah bermain siri Persona ini, bolehlah membelinya sekarang.

Game popular lain seperti Lost Judgment, Hatsume miku: Project DIVA Mega Mix+ VIP Edition dan Sonic Frontiers turut mendapat diskaun! Jom kita lihat barisan game SEGA yang tersedia untuk SEGA Spring Sale di Steam ini!
- Total War Warhammer III – RM 126.63
- Persona 5 Royal – RM 163.80
- Persona 3 Portable – RM 63.20
- Persona 4 Golden – RM 63.20
- Football Manager 2023 – RM 119.93
- Two Point Campus – RM 111.30

- Sonic Frontiers – RM 106.53
- Sonic Frontiers Digital Deluxe Edition – RM133.33
- Sonic Colors Ultimate Digital Deluxe – RM 124.60
- Lost Judgment – RM 116.35
- Lost Judgment: The Kaito Files – RM 77.35
- Judgment – RM 90.30
- Hatsume miku: Project DIVA Mega Mix+ VIP Edition – RM 114.50

Memang jimat habis kalau anda beli melalui promosi ini. Ianya akan berlangsung sehingga 24 Mac 2023 sahaja! Untuk mendapatkan liputan promosi yang lain, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post