Sekarang ini, banyak betul kandungan isekai yang anda boleh jumpa tidak kiralah novel, anime mahupun manga. Game juga mempunyai tajuk-tajuk isekai tersendiri. Anda juga boleh menghasilkan game isekai tersendiri menggunakan ISEKAI CREATORS! Jom kami ceritakan secara ringkas kepada anda.

Daripada pembangun RPG Maker, Gotcha Gotcha Games, ISEKAI CREATORS merupakan entri terbaru yang dihasilkan oleh ramai pencipta berbakat. Ia juga merupakan koleksi material dengan pandangan dunia yang unik. Anda boleh menggunakan kesemua material ini untuk menghasilkan dunia Isekai tersendiri!

Berikut adalah penerangan ringkas mengenai dunia ISEKAI CREATORS:
Hy-Brasil dikenali sebagai dunia dahsyat di mana raksasa yang berkuasa berleluasa dan tamadun tidak dapat dikekalkan tanpa perlindungan daripada “The Barrier”. Walaupun begitu, di bawah inisiatif Republic of Albion, beribu-ribu pengembara berkumpul di sini di bawah panji “Pioneers’ Guild” – berusaha untuk mendedahkan warisan tamadun purba yang tidak boleh dihasilkan semula dengan teknologi semasa, dan meneroka tanah yang kaya untuk keseronokan untuk mendedahkan perkara yang tidak diketahui.
Kini sudah tahun 1722 dalam Holy Calendar – sekumpulan lelaki dan wanita muda dari dunia lain tiba di Frontier Point, masing-masing memiliki kebolehan unik yang tidak pernah dilihat oleh penduduk dunia ini. Apakah akibat yang akan dibawa oleh kedatangan mereka? Itulah cerita yang kami mahu anda bantu buat dan ceritakan!

Mengenai asset game, ia akan tersedia apabila aplikasi ini lancar nanti iaitu pada 6 April. Beberapa asset akan diubah untuk digunakan dalam aplikasi lain seperti RPG Maker MV dan RPG Maker MZ. Asset-asset itu juga boleh digunakan dalam game engine lain seperti Unity atau medium lain seperti video, ilustrasi, novel dan lain-lain.
Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenainya di laman web rasmi ISEKAI CREATORS. Jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai untuk dapatkan liputan menarik lain!
@gamersantaimy
Discussion about this post