Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Boruto ‘Part 1’ akan tamat pada Mac 2023, nantikan projek anime baharu pada September 2023!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 9, 2023 - Updated on March 10, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Boruto ‘Part 1’ akan tamat pada Mac 2023, nantikan projek anime baharu pada September 2023!
Share on FacebookShare on Twitter

Nampaknya khabar angin di internet ternyata betul kerana anime Boruto: Naruto Next Generations akan tamat ‘Part 1‘ dengan tayangan finale pada bulan depan lalu kembali semula dengan projek anime serba baharu pada September 2023.

BORUTO: Naruto Next Generations Anime's Part One Finale! Plus, Exciting Announcements! #NARUTO https://t.co/WO8tmCtaQz

— NARUTO OFFICIAL (@NARUTO_info_en) March 9, 2023

Laman web rasmi Naruto mengumumkan bahawa anime Boruto akan berehat buat tempoh masa yang tidak diketahui. Mula ditayangkan sejak April 2017 (lebih kurang 6 tahun sehingga kini), tayangan episod 293 menandakan finale bagi Boruto Part 1. Pada masa ini, anime telah mengeluarkan 290 episod, di mana episod akhir akan disiarkan pada hari Ahad, 26 Mac 2023.

Berikut adalah jadual tayangan:

  • Boruto: Naruto Next Generations episod 291, Control – 12 Mac 2023
  • Boruto: Naruto Next Generations episod 292, Craving – 19 Mac 2023
  • Boruto: Naruto Next Generations episod 293, Perpisahan – 26 Mac 2023

Buat masa ini, anime sedang mengadaptasi ‘Code Invasion arc’ berdasarkan bab 56 daripada manga yang menceritakan serangan hendap Code (antagonis baharu) ke atas kampung Konoha. Semakin menghampiri klimaks, ramai peminat tidak sabar untuk tahu apa yang akan jadi di finale? Kita akan lihat nanti apa yang berlaku di episod 293.

Buat peminat Boruto, janganlah risau kerana kisahnya masih belum habis lagi. Pihak produksi di sebalik siri anime mengesahkan bahawa Boruto ‘Part 2’ kini dalam pembikinan oleh studio Pierrot. Tarikh untuk Part 2 belum diumumkan lagi tetapi janji mereka akan beri butiran lanjut dalam masa terdekat.

Seiring dengan pengumuman Boruto Part 1 finale, laman web rasmi Naruto juga mengumumkan bahawa mereka sedang mengusahakan projek anime serba baharu sempena ulang tahun ke-20 Naruto. Anime ini akan mula tayangan pada bulan September dan memiliki sebanyak 4 episod. Plotnya agak pendek, jadi kemungkinan besar ini adalah spin-off kepada salah satu watak ikonik dalam francais.

Sama seperti Part 2, butiran lanjut tidak didedahkan tetapi sekurang-kurangnya kita tahu anime baharu inni akan dikeluarkan pada bulan September 2023.

Untuk membaca segala liputan kami tentang francais Boruto, sila tekan pautan ini.


Gamer Santai juga sedang mengadakan giveaway di mana korang boleh memenangi PS5 Digital Edition! Nak tahu cara-cara untuk sertai? Baca SINI!

Jom join giveaway PS5, kena ambik gambar kat Lot 10 bersama dengan Spider-Man 2 Art Installation je! Arahan lebih lanjut ada dalam video!#ps5 #playstation5 #playstation #ps5malaysia #LiveFromPS5MY #GamerSantaiPS5 pic.twitter.com/MFgeWyBAr7

— Gamer Santai (@GamerSantaiMY) March 6, 2023
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeBorutomanganaruto
Previous Post

Call Of Duty: Mobile akan berpindah selepas Warzone Mobile dikeluarkan!

Next Post

65 Review — Terhempas ke Bumi Penuh Dinosaur!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
65 Review — Terhempas ke Bumi Penuh Dinosaur!

65 Review -- Terhempas ke Bumi Penuh Dinosaur!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd