Acer Malaysia baru sahaja melancarkan 3 monitor baru iaitu Nitro QG270S3, QG240YS3 dan QG240YH3 kepada para gamer kasual dengan menyediakan refresh rate sehingga 180Hz.
Dengan menampilkan 2 saiz skrin yang berbeza, Acer Nitro QG270S3 dan QG240YS3 dapat menyokong refresh rate sehingga 180Hz dan response time 1ms (G to G). Manakala untuk monitor Acer Nitro QG240YH3 mampu menyokong refresh rate sehingga 100Hz dan response time pada 4ms (G to G).

Ketiga-tiga monitor baharu ini mempunyai teknologi AMD FreeSync yang menghilangkan “screen tearing” dan mengurangkan input lag, seterusnya menghasilkan pengalaman permainan yang lebih lancar, responsif dan menyeronokkan.
Ketiga-tiga monitor ini mempunyai sijil HDR10 untuk memberikan pengalaman tontonan yang lebih
menyeluruh dan menarik melalui peningkatan kontras, ketepatan warna yang dipertingkatkan dan
butiran yang lebih jelas di kawasan terang dan gelap.

Selain itu, liputan sRGB 95% membolehkan keseimbangan yang baik antara ketepatan warna dan harga yang berpatutan. Tanpa mengorbankan spesifikasi tinggi untuk harga yang berpatutan, monitor Nitro ini dilengkapi dengan stand kaki tiga dan paparan panel VA ZeroFrame tanpa bezel.
Stand kaki tiga membolehkan pengguna untuk memiringkan monitor mereka untuk mendapatkan sudut pandangan terbaik manakala teknologi Acer VisionCare™ membantu mengurangkan ketegangan mata untuk pengalaman tontonan yang lebih selesa semasa bermain game.
Kesemua monitor Acer Nitro yang diumumkan hari ini bakal didatangkan dengan HDMI dan Audio-out Jack. Namun bagi monitor QG270S3 dan QG240YS3, ia didatangkan dengan DisplayPort, manakala monitor QG240YH3 dilengkapi dengan port VGA.

- Acer Nitro QG270S3 – RM 589
- Acer Nitro QG240YS3 – RM 499
- Acer Nitro QG240YH3 – RM 379
Kepada sesiapa yang sedang mencari monitor baru dengan refresh rate 180Hz, anda boleh tengok-tengok 3 monitor ini di kedai rasmi Acer di Shoppe atau Lazada atau Acer eStore.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai teknologi, game, anime dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post