Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece: Sejarah keluarga Roronoa Zoro dijelaskan oleh Oda!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 3, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
One Piece: Sejarah keluarga Roronoa Zoro dijelaskan oleh Oda!
Share on FacebookShare on Twitter

Selama bertahun-tahun, asal usul dan sejarah keluarga Roronoa Zoro telah menjadi topik perbincangan hangat di kalangan peminat One Piece. Walaupun amat penting dalam kisah keseluruhan, tidak banyak yang kita tahu tentang kisah silam pendekar rambut hijau ini. Tetapi akhirnya kita tahu cerita sebenar kerana pencipta Eiichiro Oda telah mendedahkan jawapan yang kita tunggu selama ini.

Sebelum ini, kita hanya bahawa azam Zoro untuk menjadi lebih kuat adalah kerana dia menunaikan impian sahabat baiknya Kuina, yang meninggal dunia ketika masih kecil. Sekarang dalam One Piece jilid #115, asal-usul Zoro didedahkan dalam ruang SBS (bahagian Soal Jawab), di mana Oda melukis carta ‘salasilah keluarga’ Zoro untuk gambaran yang lebih jelas.

Sumber – ONE PIECE (ワンピース) Spoilers

Saya tidak pandai membaca bahasa Jepun tetapi nama nasib baiklah adalah penterjemahan oleh Artur – Library of Ohara. Jadi berikut adalah penjelasan lengkap:

Ternyata Zoro sebenarnya adalah keturunan puak Shimotsuki dari Wano. Walaupun tidak berkaitan darah dengan Zoro, kisahnya bermula dengan Shimotsuki Kouzaburo, seorang tukang besi legenda yang mencipta pedang Wado Ichimonji dan Enma.

Shimotsuki Kouzaburo

Pada 55 tahun lepas sebelum kisah One Piece sekarang , Kozaburo membuat keputusan untuk meninggalkan Wano bersama 25 penduduk lain. Daripada 25 orang ini, salah satu ialah Shimotsuki Furiko, kakak kepada Shimotsuki Ushimaru. Ushimaru pula dikenali sebagai Daimyo of Ringo tetapi mati dalam perang menentang Kaido.

Kozaburo dan 25 rakan lain akhirnya tiba di East Blue di mana mereka menyelamatkan sebuah kampung daripada penyamun. Kozaburo bersama 10 sahabat lain membuat keputusan untuk menetap di kampung tersebut dan menamakannya sebagai Kampung Shimotsuki.https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.559.1_en.html#goog_1832039685https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.559.1_en.html#goog_994588064https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.559.1_en.html#goog_1428620811javascript:false

Salasilah keluarga Zoro

Sumber – Artur – Library of Ohara

Shimotsuki Furiko (yang saya jelaskan tadi) berkahwin dengan seorang samurai bernama Roronoa Pinzoro. Bersama, mereka melahirkan Roronoa Arashi yang berkahwin dengan Tera, anak perempuan kepada seorang penyamun. Daripada sana, muncul lah Roronoa Zoro.

Namun, tidak semuanya indah. Menurut Oda, Arashi mati semasa melawan sekumpulan lanun manakala isterinya, Tera, meninggal dunia akibat penyakit yang tidak diketahui.

Maka, beginilah aturannya:

Shimotsuki Furiko + Roronoa Pinzoro (Nenek dan Datuk Zoro) = Roronoa Arashi

Roronoa Arashi + Tera (ayah dan ibu Zoro) = Roronoa Zoro

Roronoa keturunan Ryuma

Satu lagi fakta menarik tentang Zoro adalah Ushimaru (datuk saudara) sebenarnya keturunan Shimotsuki Ryuma, seorang pendekar pedang yang terkenal di seluruh dunia.

Dan dia siap pernah jumpa lagi dengan Ryuma semasa mayatnya dihidupkan semula oleh Gecko Moria untuk di saga Thriller Bark. Di sana, Zoro memperoleh pedang Shusui yang akhirnya ditukar dengan pedang Enma. Ternyata, keturunan Zoro semua hebat-hebat belaka dalam ilmu pedang.


Jadi mengapa Oda tidak menjelaskan sejarah keluarga Roronoa Zoro di dalam manga? Itu kerana dia tidak ingin mendedahkan tentang asal usul Zoro di dalam jalan cerita utama, lalu memilih untuk memberi ringkasan tentang keturunan Zoro melalui SBS.

Untuk membaca segala liputan kami tentang One Piece termasuk info bab baru, anime, acara dan game, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeone piece
Previous Post

Teaser GTA 6 dikeluarkan oleh rapper terkenal, 50 Cent mungkin akan muncul dalam game

Next Post

Ketahui Siri Barisan Kamen Rider di era Heisei! PART 2 (2000- 2019)

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Ketahui Siri Barisan Kamen Rider di era Heisei! PART 2 (2000- 2019)

Ketahui Siri Barisan Kamen Rider di era Heisei! PART 2 (2000- 2019)

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd