Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Peminat dakwa Black Clover meniru hasil kerja pencipta Naruto sekali lagi!

safwan by safwan
February 24, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga, Panduan
0 0
0
Peminat dakwa Black Clover meniru hasil kerja pencipta Naruto sekali lagi!
Share on FacebookShare on Twitter

Black Clover telah dihasilkan oleh Yuki Tabata dan dikeluarkan secara minggu di Weekly Shonen Jump bermula pada tahun 2015. Pada awalnya, ramai yang tidak dapat mengikuti manga ini kerana tidak suka pada watak protagonis dan banyak lagi. Tetapi kebelakangan ini, ramai pembaca Black Clover yang mengatakan bahawa Tabata telah meniru beberapa konsep atau idea daripada manga terkenal seperti Naruto dan One Piece.

Seperti biasalah, dua tiga hari sebelum keluaran rasmi, ramai pembaca telah melihat “raw scan” manga di mana ia tidak diterjemahkan, diambil menggunakan kamera atau telefon dan banyak lagi.

!!SPOILER BLACK CLOVER BAB 352!!

Klik di sini untuk baca penuh. AMARAN! ADA SPOILER MANGA BLACK CLOVER!!!

Baru-baru ini, “raw scan” untuk manga Black Clover 352 telah dikeluarkan dan disebarkan merata di media sosial. Di dalam manga ini Tabata telah mendedahkan kuasa Tengentsu yang diperolehi oleh Ryu untuk membantu Asta mengalah Five-Headed Dragon.

Apa yang lebih menarik adalah rupa bentuk Tengentsu itu sendiri dan membuatkan ramai pembaca mengatakan yang Tabata telah meniru Sharingan daripada manga Naruto. Rupa bentuk Tengentsu menampilkan bentuk Tomoe Jepun di mana setiap bentuk daripadanya akan memberikan maksud yang berbeza dalam budaya Jepun.

Namun, Apabila sampai ke budaya pop, sudah pasti ramai yang mengatakan yang ia adalah sebahagian daripada corak Sharingan dalam siri manga dan anime Naruto yang dihasilkan Masashi Kishimoto. Memandangkan Kishimoto telah menggunakannya terlebih dahulu, Yuki Tabata tidak boleh lari jauh daripada kes meniru ini.

#BCSpoilers Please stop with this "Tabata copied Kishimoto" nonsense because of the tomoe in Ryu's Tengentsu. It just shows you know nothing about Japanese culture. Tomoe are part of Japanese society with a history of thousands of years. Kishimoto didn't invent Japanese history.

— nitebaron 魔王 (@nite_baron) February 23, 2023

Menurut salah seorang peminat Black Clover di Twitter, dia mengatakan yang “Tolong berhenti dengan “Tabata copy Kishimoto” ini kerana tomoe dalam Tengentsu Ryu. Ia hanya menunjukkan anda tidak tahu apa-apa tentang budaya Jepun. Tomoe adalah sebahagian daripada masyarakat Jepun dengan sejarah beribu-ribu tahun. Kishimoto tidak mencipta sejarah Jepun.”

The 9 tailed fox is in fact a mythical fox entity originating from Chinese mythology… but I'm sure they just copied Kishimoto.

Next go read The Tale of the Bamboo Cutter, I think they also plagiarised Kishimoto's Kaguya.

— nitebaron 魔王 (@nite_baron) February 23, 2023

Penggambaran tomoe pertama muncul sekitar 3000-4000 tahun yang lalu. Anda rasa sejarah Jepun ditulis berdasarkan Naruto? Ini adalah bodoh seperti apabila orang mendakwa Tabata menyalin arc Wano Oda.

Oda juga tidak mencipta Jepun. 🤦‍♀️

Musang 9 ekor sebenarnya adalah entiti musang mitos yang berasal dari mitologi Cina… tetapi saya pasti mereka hanya meniru Kishimoto.

Seterusnya baca The Tale of the Bamboo Cutter, saya rasa mereka juga meniru Kaguya Kishimoto.

Secara teknikalnya, saya sangat setuju dengan apa yang dilontarkan oleh nitebaron di Twitter. Saya sebagai salah seorang peminat siri ini juga tidak menafikan yang kita boleh lihat karya Black Clover banyak diinspirasikan daripada mangaka lain seperti One Piece dan Naruto. Tetapi janganlah sesekali mengatakan yang seseorang itu meniru karya seseorang tanpa mengetahui asal usul perkara tersebut.

Apapun, saya tidak sabar untuk menantikan bab terbaru manga Black Clover pada hari Ahad nanti. Untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai Black Clover, sila klik di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Black Clovernarutoone piece
Previous Post

Suicide Squad: Kill the Justice League tunjuk gameplay ‘4-player co-op’ – setiap watak unik!

Next Post

Senarai game lengkap untuk PS VR2 – semua genre tersedia!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Senarai game lengkap untuk PS VR2 – semua genre tersedia!

Senarai game lengkap untuk PS VR2 - semua genre tersedia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd