Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review The First Slam Dunk – Kembalinya zaman kegemilangan anime ‘basketball’!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 1, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Filem, Manga, Movie Review, Review
0 0
0
Review The First Slam Dunk – Kembalinya zaman kegemilangan anime ‘basketball’!
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun anime-nya sudah lama tamat, siri Slam Dunk masih sangat terkenal di kalangan peminat anime sukan. Pernah ditayangkan dahulu di Malaysia, saya yakin ramai yang membesar dengan siri ini – jadi bayangkan betapa terkejutnya saya apabila dapat tahu francais akan membuat ‘comeback’ dengan ‘The First Slam Dunk‘, sebuah filem baharu dan juga sekuel kepada siri anime.

Mengisahkan finale siri, The First Slam Dunk akhirnya ditayangkan di Malaysia dan saya faham jika ramai tertanya-tanya apa yang terjadi. Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita teruskan review ini!

Ryota Miyagi menjadi watak utama

Daripada meneruskan Hanamichi Sakuragi sebagai watak utama, kisah “The First Slam Dunk” diceritakan dari sudut pandangan Ryota Miyagi (Shugo Nakamura), yang memakai jersi No. 7 dan bermain posisi ‘point guard’ untuk pasukan bola keranjang ‘Shohoku High School’.

Apabila wataknya mula diperkenalkan dalam filem, dia masih kanak-kanak dan diajar untuk bermain bola keranjang oleh abangnya, Sota, yang sentiasa memujuknya untuk menjadi lebih hebat sukan itu walaupun tubuhnya pendek. Apabila Sota mati di laut dalam sebuah kemalangan, ia menyebabkan hubungan antara Ryota dan ibunya mula berjauhan.

Filem kemudian transisi kepada masa kini dan meneruskan kisah di mana siri anime berhenti. Berikutan kemenangan mereka ke atas Shoyo-Ryonan, Shohoku mara ke ‘National High School Tournament’ (juga dikenali sebagai Inter High), di mana mereka bersaing dengan juara bertahan, Sannoh High.

Ryota mungkin diberikan fokus penting untuk filem kali ini, tetapi itu tidak bermakna ahli pasukan Shohoku yang lain diabaikan. Setiap satu mempunyai latar belakang yang berbeza dan menarik, terutamanya protagonis original Hanamichi Sakuragi (Subaru Kimura), yang merupakan watak yang paling seronok untuk ditonton.

Walaupun menjadi watak sokongan dalam “The First Slam Dunk,” kehadiran Sakuragi yang berkarisma adalah sebahagian besar daripada apa yang membuatkan filem anime ini bagus dengan sikapnya yang tidak pernah berputus asa dan abiliti “rebound” tanpa henti.

Selain mereka dua, ahli pasukan lain turut menerima ‘highlight’ masing-masing seperti flashback penting untuk kapten Takenori Akagi (Kenta Miyake) yang ingin menjadi juara; kemahiran Kaede Rukawa (Shinichiro Kamio) diuji sebagai ‘ace player’ apabila dia terjumpa pemain terbaik di Jepun; dan Hisashi Mitsui (Jun Kasama) yang walaupun penat, masih mampu memperoleh ‘three-pointer’ ketika masing-masing berusaha sedaya upaya untuk mengalahkan pihak lawan.

Sususan finale yang padat dan penuh aksi

Sebagai seseorang yang membaca manga sehingga bab terakhir, saya mengaku filem ini tidak mengecewakan. Semasa menonton, kita mendapat pandangan terperinci tentang kehidupan dan proses pemikiran setiap pemain semasa perlawanan berlangsung.

Bagi mereka yang tidak tahu, pencipta “Slam Dunk” Takehiko Inoue, berkhidmat sebagai penulis dan pengarah “The First Slam Dunk.” Cukup bijak sekali, saya suka cara Inoue yang memfokuskan keseluruhan filem anime ini pada satu perlawanan antara Shohoku dan Sannoh (sebagai pengakhiran Slam Dunk) daripada menceritakan semula perlawanan-perlawanan lepas.

Kisahnya menggabungkan adegan aksi gelanggang bola keranjang yang sengit dengan kisah emosi setiap ahli Shohoku dengan cekap dan lancar – dan walaupun semua watak memiliki pelakon suara baharu, korang tidak perlu risau kerana semua melakukan kerja yang bagus. Ternyata, tiada adegan atau persembahan yang pelik atau janggal.

Satu lagi faktor yang menyumbang kecemerlangan filem ini adalah daya tarikan nostalgia yang kuat. Kesimpulan siri anime tidak diceritakan sepenuhnya dan meninggalkan banyak persoalan kepada peminat. Memandangkan siri anime berakhir pada tahun 1996, terdapat jurang yang lama selama 20+ tahun untuk penonton dapat pengakhiran yang mereka mahu.

Maka dengan keluaran “The First Slam Dunk”, ia sebenarnya membawa kembali kenangan indah bagi saya yang membesar dengan siri manga/anime ini dan turut menyediakan penamat yang memuaskan bagi siri.

Untuk mereka yang tidak tahu tentang Slam Dunk, korang masih boleh menikmati filem ini. Semuanya dimuatkan dalam cara yang mudah untuk faham tanpa kekeliruan, sambil memperkenalkan semula watak-watak ikonik ini kepada generasi muda dan peminat baru. Saya yakin peminat baru pun boleh menikmati filem ini sama banyak seperti peminat lama.

Secara keseluruhan, saya teruja melihat ‘comeback’ terhebat dalam sejarah anime sukan.

Animasi mantap, seolah-olah melihat perlawanan sebenar

Tidak boleh dinafikan, animasi The First Slam Dunk adalah antara yang terbaik berbanding mana-mana filem anime yang saya tonton baru-baru. Inoue membuat keputusan untuk menggunakan CGI 3D dengan gaya seni “cel-shaded” bagi mereplikasikan gaya seninya di manga. Umpama melihat manga itu ‘hidup’, kelancaran 3D sebenarnya membantu menangkap aksi di atas gelanggang, termasuk ekspresi muka watak.

Walaupun The First Slam Dunk mempunyai estetika yang lebih realistik, ia masih mengekalkan humor yang kita semua kenal daripada manga/anime. Kini tiada lagi adegan-adegan chibi, tetapi humor slapstick dan ekspresi berlebihan tetap diadakan tanpa merosakkan reka bentuk baharu.

Bayangkan, pasukan animasi siap letak ekspresi ini lagi dalam filem anime. Memang kelakar sekali!

Namun, sorotan utama adalah perlawanan bola keranjang antara Shohoku dan Sannoh. Sekali lagi, pasukan animasi melakukan tugas yang hebat untuk mewujudkan ruang fizikal gelanggang dengan sudut kamera yang berbeza. Cara watak bergerak dan menggelecek pun nampak sangat natural dengan menyepadukan grafik komputer 3D dengan tangkapan motion capture.

Sambil menyaksikan kedua-dua belah pasukan melakukan taktik ofensif dan defensif mereka yang berbeza, jelas sekali pasukan animasi berusaha sedaya upaya untuk mencipta aksi yang sengit di atas gelanggang. ‘Slow-motion, ‘close-up’, ‘tracking shot’ – semuanya digunakan untuk menunjukkan adegan ‘fast-paced’ sambil mempamerkan aksi sebenar yang berlaku di dalam gelanggang.

Walau bagaimanapun, mereka yang mempunyai mata tajam pasti dapat melihat isu-isu kecil, di mana grafik kelihatan agak janggal atau pelik. Walaupun begitu, ia tidak akan menjejaskan pengalaman tonton, jadi tidak perlu risau.

Saya tahu beberapa peminat tegar akan bimbang jika CG akan merosakkan filem itu, tetapi ia dilakukan dengan hebat. Filem Slam Dunk memberi kita gambaran yang tepat dan realistik tentang betapa kompleks dan sengitnya sukan bola keranjang – sambil menyampaikan pengalaman anime itu dalam cara yang paling autentik.

Apa yang boleh saya katakan ialah visual The First Slam Dunk memang solid dan berjaya mempersembahkan seluruh perlawanan, dalam cara yang versi manga tidak dapat lakukan.

Pendapat

Bukan mudah untuk mengadaptasi manga yang popular, lagi-lagi Slam Dunk tetapi Takehiko Inoue berjaya melakukannya dengan hebat.

Pertama sekali saya nak sebut adalah ini merupakan kesimpulan yang diperlukan untuk peminat anime yang menunggu selama lebih daripada 20 tahun. Walaupun sudah khatam versi manga, adaptasi filem bukanlah sekadar projek ‘copy-paste’ daripada versi original. Memang genius sekali apabila mereka menukar watak utama daripada siri original, di mana kita dapat melihat perspektif serba baharu dengan ‘storybuilding’ yang solid di sekitar Ryota dan hubungannya dengan watak lain.

Daripada segi visual, aksi 3D dan gaya seni daripada manga ori diseimbangkan dengan sempurna. Untuk menggambarkan kisah bola keranjang yang temponya pantas, gaya animasi hibrid pun amat berkesan. Saya anggap itu sebagai pencapaian teknikal yang menakjubkan kerana ia membuatkan kita merasa seolah-olah sedang menonton perlawanan bola keranjang sebenar.

Saya tidak perlu ulang lagi, tetapi siri Slam Dunk mempunyai status legenda dan sehingga hari ini, masih berfungsi sebagai inspirasi hebat untuk golongan muda. Walaupun banyak filem anime mempunyai nilai murni yang sama, tetapi ia tidak sehebat The First Slam Dunk yang memberi inspirasi kepada kita supaya jangan pernah berputus asa dengan impian dan sentiasa mempertahankan apa yang kita fikirkan betul.

Jika belum tonton lagi,ini adalah permulaan yang bagus untuk mengenali tentang dunia Slam Dunk. Tontonlah The First Slam Dunk Pertama, alang-alang ia kini ditayangkan di Malaysia!


Untuk membaca segala liputan kami tentang francais Slam Dunk, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

The First Slam Dunk

10 Score

Saya tidak perlu ulang lagi, tetapi siri Slam Dunk mempunyai status legenda dan sehingga hari ini, masih berfungsi sebagai inspirasi hebat untuk golongan muda. Walaupun banyak filem anime mempunyai nilai murni yang sama, tetapi ia tidak sehebat The First Slam Dunk yang memberi inspirasi kepada kita supaya jangan pernah berputus asa dengan impian dan sentiasa mempertahankan apa yang kita fikirkan betul.

Review Breakdown

  • Skor 0
Tags: animefilemreviewSlam DunkThe First Slam Dunk
Previous Post

Koleksi UT Uniqlo Dragon Ball bakal tersedia di Malaysia pada 19 Jun nanti!

Next Post

Apple Arcade Mac 2023 tambah Osmos+, Cluedo: Mystery Game, Human Fall Flat!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
Apple Arcade Mac 2023 tambah Osmos+, Cluedo: Mystery Game, Human Fall Flat!

Apple Arcade Mac 2023 tambah Osmos+, Cluedo: Mystery Game, Human Fall Flat!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd