Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Suicide Squad: Kill the Justice League tunjuk gameplay ‘4-player co-op’ – setiap watak unik!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 24, 2023
in ARPG, Artikel, Berita, Multiplayer, PC, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Suicide Squad: Kill the Justice League tunjuk gameplay ‘4-player co-op’ – setiap watak unik!
Share on FacebookShare on Twitter

Di acara State of Play hari ini, Warner Bros. Games dan Rocksteady Studios telah mendedahkan sejumlah info baharu tentang game Suicide Squad: Kill the Justice League, khususnya gameplay ‘4-player co-op’ dan reka bentuk bagi dunia permainan.

Kita dapat melihat aksi pertempuran fast-paced di mana pemain meneroka bandar Metropolis yang luas sambil menewaskan konco-konco Brainiac. Boleh dimainkan secara solo atau online 4-player co-op, cara navigasi dan serangan khas setiap ahli Suicide Squad dipamerkan sepenuhnya dalam video di atas.

Mungkin ada pemain yang tertarik kepada sifat akrobatik Harley Quinn; mungkin ada yang ingin menggunakan King Shark yang mampu melompat setinggi pencakar langit; mungkin ada yang ingin menembak musuh di udara dengan kemahiran tembak tepat Deadshot; dan mungkin ada yang ingin menggunakan kuasa ‘speed force’ milik Caption Boomerang.

Pendek kata, setiap watak memiliki kemahiran dan stail unik sendiri, jadi pilih mana-mana watak yang sesuai dengan playstyle anda.

Jika anda tertanya tentang dunia Suicide Squad: Kill the Justice League, pasukan di sebalik tabir menerangkan bagaimana “mereka membawa geng Suicide Squad keluar dari Arkham Asylum, dan masuk ke Metropolis.”

Untuk Suicide Squad: Kill the Justice League, kami mahu mencipta game di mana bandar itu menjadi sebahagian daripada pertempuran.

Untuk melakukan ini, kami tahu kami perlu membuat peta paling besar setakat ini — Metropolis adalah lebih dua kali ganda saiz Gotham dari Batman: Arkham Knight’s , tetapi ia bukan hanya tentang saiz: kami telah meletakkan butiran dan personaliti dalam dunia itu yang kami rasa membuatnya nampak hidup.

Selain itu, game Suicide Squad akan mempunyai update yang kerap untuk ‘content’ selepas pelancaran bagi mengembangkan jalan cerita dengan misi baharu dan watak yang boleh diperolehi. Semua update ini tersedia secara percuma.

Seterusnya, game ini juga akan mempunyai sistem ‘battle pass’ jenis kosmetik sahaja untuk memperoleh kostum , emote dan item baharu demi mengubahsuai rupa watak.


Suicide Squad: Kill the Justice League akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam pada 26 Mei.

Untuk membaca segala liputan kami tentang game Suicide Squad, sila tekan pautan ini.

Tags: co-opGameplaySuicide Squad: Kill the Justice League
Previous Post

Baldur’s Gate 3 Rasmi Lancar Pada 31 Ogos untuk PC, Mac dan PS5!

Next Post

Peminat dakwa Black Clover meniru hasil kerja pencipta Naruto sekali lagi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Peminat dakwa Black Clover meniru hasil kerja pencipta Naruto sekali lagi!

Peminat dakwa Black Clover meniru hasil kerja pencipta Naruto sekali lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd