Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Naruto x Boruto: Ultimate Ninja Storm CONNECTIONS akan tiba tahun ini – game Naruto paling lengkap!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 24, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fighting, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Naruto x Boruto: Ultimate Ninja Storm CONNECTIONS akan tiba tahun ini – game Naruto paling lengkap!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Bandai Namco dan CyberConnect2 secara rasminya telah mendedahkan game, Naruto x Boruto: Ultimate Ninja Storm CONNECTIONS – yang bakal dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC pada 2023 sempena ulang tahun ke-20 francais anime.

Sebagai entri terbaru dalam siri Ultimate Ninja Storm, game kali ini mengumpulkan bahagian-bahagian penting daripada keempat-empat judul sebelum dan menggabungkannya menjadi satu.

Secara khususnya, Naruto x Boruto: Ultimate Ninja Storm CONNECTIONS akan menceritakan semula kisah Naruto di mana mereka menggabungkan dan menyunting semula babak terpilih daripada empat game Ultimate Ninja STORM lalu menambah baik grafik sebanyak mungkin – untuk menjadikannya satu pengalaman definitif bagi pemain mengalami naratif Naruto paling lengkap.

Daripada trailer di atas, kita boleh melihat semua hero kegemaran kita daripada kampung Konoha, ahli-ahli Akatsuki, dan juga Kage legenda dari kampung lain. Game ini juga menampilkan senarai ‘playable character’ paling besar dalam francais di mana kita boleh bermain sebagai 120+ watak bermula daripada Ultimate Ninja Storm 1 hingga ke Ultimate Ninja Storm 4 Road to Boruto.

Bukan itu sahaja, Bandai Namco juga akan menambah dua watak tambahan iaitu Otsutsuki Ashura dan Otsutsuki Indra, dua-adik beradik legenda yang bantu mengembangkan era shinobi legenda.

Merupakan anak kepada ‘Sage of Six Paths’, Ashura ialah pengasas kepada puak Senju dan Uzumaki manakala Indra ialah pengasas kepada puak Uchiha. Di sini, kita dapat mengalami jalan cerita Ashura daripada kisah awal hidupnya hinggalah ke pertarungan epiknya dengan Indra.

Selain daripada apa yang saya sebutkan di atas, game ini mempunyai beberapa penambahbaikan lain daripada segi prestasi. Walaupun mengekalkan inti gameplay yang sama, versi PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC akan menyokong 60 FPS buat kali pertama untuk menjadikan aksi pertempuran ninja lebih lancar berbanding sebelum ini.


Naruto x Boruto: Ultimate Ninja Storm CONNECTIONS akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC pada 2023. Malangnya, tarikh keluaran tepat tidak diberikan.

Korang boleh tekan SINI membaca segala liputan kami tentang francais Naruto dan di SINI untuk francais Boruto.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeBorutonarutoNaruto x Boruto: Ultimate Ninja Storm CONNECTIONS
Previous Post

Street Fighter 6 tambah Zangief, Lily dan Cammy – melengkapkan roster 18 watak!

Next Post

Octopath Traveler II Collector’s Edition Set Unboxing — Hadir Dengan Bust Model Protagonis!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!
Movie/siri

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!

June 1, 2025
Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun
Movie/siri

Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun

June 1, 2025
Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!
Movie/siri

Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!

June 1, 2025
Next Post
Octopath Traveler II Collector’s Edition Set Unboxing — Hadir Dengan Bust Model Protagonis!

Octopath Traveler II Collector's Edition Set Unboxing -- Hadir Dengan Bust Model Protagonis!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd