Khabar angin telah tersebar berdasarkan daripada maklumat dalaman daripada 3 orang pekerja Blizzard, game first person shooter StarCraft telah di batalkan; dimana ianya telah dibangunkan selama 2 tahun. Dikatakan ini adalah untuk membolehkan Blizzard meletakkan lebih banyak tenaga kerja mereka dalam penghasilan Diablo 4 dan Overwatch 2.
Projek FPS StarCraft ini diberikan kod “Ares” di katakan seperti game Battlefield tetapi di dalam dunia StarCraft telah dibocorkan oleh seorang pekerja yang tidak mahu dinamakan kerana tidak memiliki kebenaran untuk membincangkan apa-apa berkenaan hal ini. Pasukan kerja Blizzard telah menghasilkan prototaip seorang marine dari Terran yang boleh membunuh Zerg. Pada satu tahap, terdapat juga idea untuk membuat Zerg yang boleh dimainkan.
Daripada desas-desus ini, pihak Kotaku telah meminta Blizzard untuk memberikan komentar, dimana mereka telah memberikan respon yang umum. Mereka mengatakan di Blizzard, keputusan-keputusan seperti ini sering dilakukan, dan mereka membuatnya berpandukan nilai-nilai syarikat dan mengharapkan peminat-peminat mereka akan berpuas hati. Yang penting, tidak ada sebarang pengurangan tenaga kerja dan tiada siapa yang kehilangan kerja.
Diablo 4 dan Overwatch 2 dijangkakan akan menjadi tumpuan ketika BlizzCon tahun ini, dimana satu lagi projek platform turut dibatalkan bersama-sama Ares untuk memberi fokus kepada 2 game ini.
Ares mula dibangunkan pada 2017 atas dasar eksperimen untuk mengkaji apa yang boleh dicapai dengan manjalankan StarCraft menggunakan enjin Overwatch. Blizzard mahu menggunakan enjin Overwatch untuk mempercepatkan pembangunan dan pengeluaran game mereka yang lambat. Seorang pengarah veteran Blizzard, Dustin Browder pula merupakan pengarah untuk projek Ares. Mengikut perancangan asal, Ares adalah game seterusnya dalam StarCraft.
Dan tentunya ini bukan pertama kali Blizzard membatalkan shooter StarCraft. Sebelum ini, StarCraft: Ghost yang merupakan game 3rd person shooter juga turut dibatalkan pada tahun 2006 selepas penangguhan pengumumannya pada tahun 2002.
Sumber: kotaku
@gamersantaimy
Discussion about this post