Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece Asia Tour akan tiba di Malaysia pada 23 Mac – beli tiket sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 17, 2023 - Updated on February 27, 2023
in Acara, Anime, Artikel, Berita, Manga, Pameran/Expo, Tempatan
0 0
0
One Piece Asia Tour akan tiba di Malaysia pada 23 Mac – beli tiket sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

UPDATE: Hari ini, halaman media sosial One Piece Asia Tour telah mengumumkan info penuh bagi ‘One Piece Exhibition Asia Tour‘ yang bakal diadakan di Malaysia termasuk lokasi tepat, harga tiket, dan aktiviti di dalam. Berikut adalah rumusan penuh:

Menurut pihak penganjur AMN, tiket Early Bird bagi One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour Exhibition kini tersedia boleh dibeli.

  • Lokasi: Pavilion, Skytropolis Indoor Theme Park, Resorts World Genting
  • Tarikh: 23 Mac – 8 Mei 2023 (Isnin – Ahad, 10 pagi – 10 malam)
  • Beli tiket di sini: https://www.ticket2u.com.my/event/30178

Harga tiket pula adalah seperti berikut:

  • Early Bird
    • Tiket dewasa Malaysia (18 tahun ke atas) – 80
    • Tiket dewasa bagi warga asing (18 tahun ke atas) – RM100
    • Semua warga emas, murid-murid, kanak-kanak (warga emas lebih 60 tahun, murid bawah 18 tahun) – 40
    • Bayi (3 tahun ke bawah) – Percuma
  • Standard
    • Tiket dewasa Malaysia (18 tahun ke atas) – 90
    • Tiket dewasa bagi warga asing (18 tahun ke atas) – RM110
    • Semua warga emas, murid-murid, kanak-kanak (warga emas lebih 60 tahun, murid bawah 18 tahun) – 50
    • Bayi (3 tahun ke bawah) – Percuma

Di bawah adalah artikel original:


Saya menyeru semua peminat anime di Malaysia kerana salah satu francais paling popular di seluruh dunia, One Piece, akan tiba tidak lama lagi di negara kita dalam bentuk pameran eksklusif! Khususnya, acara ‘One Piece Exhibition Asia Tour‘ akan diadakan di Resorts World Genting, Malaysia pada 23 Mac hingga 8 Mei.

Menurut akaun Twitter rasmi One Piece, mereka berkata:

Alami perjalanan epik bersama Luffy dan rakan-rakannya di perhentian kedua One Piece “The Great Era of Piracy” Exhibition Asia Tour di Malaysia pada 23 Mac 2023 ini!

Secara am, One Piece Exhibition Asia Tour ialah acara pameran interaktif yang diadakan di bandar-bandar utama di Asia hingga 2023, bermula dengan Hong Kong pada November 2022. Pameran ini mereplikasikan semula kisah klasik One Piece dan terdiri daripada beberapa zon bertema termasuk Impel Down, Marineford, Fish-Man Island, Dressrosa, Wano dan banyak lagi.

Dalam zon ini, terdapat pelbagai aktiviti untuk dilakukan. Pertama, anda boleh melihat patung bersaiz besar berdasarkan watak-watak popular. Semua patung ini direka berdasarkan adegan tertentu dalam anime dan manga, jadi pengunjung dialu-alukan untuk mengambil gambar sebanyak mungkin.

Kedua adalah permainan interaktif di mana pengunjung dapat mengumpulkan mata untuk menebus barangan edisi terhad dan akhir sekali adalah kedai-kedai mini yang menjual barang koleksi eksklusif One Piece. Lebih daripada 100+ One Piece akan dijual, termasuk figura yang dihasilkan khusus untuk pameran.


Itu sahaja info yang saya tahu buat masa ini tentang One Piece Asia Tour di Malaysia. Jika ada maklumat lanjut, saya akan terus laporkan di Gamer Santai!

Untuk membaca segala liputan kami tentang francais One Piece termasuk analisis bab baharu, game dan anime, sila tekan pautan ini.

Tags: Malaysiaone pieceOne Piece Asia Tourpameran
Previous Post

JRPG ‘Tales of Symphonia Remastered’ kini tersedia di Nintendo Switch, PS4 & Xbox One!

Next Post

Filem anime Black Clover kini ditangguhkan, akan ditayangkan pada 16 Jun 2023 di Netflix!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Filem anime Black Clover kini ditangguhkan, akan ditayangkan pada 16 Jun 2023 di Netflix!

Filem anime Black Clover kini ditangguhkan, akan ditayangkan pada 16 Jun 2023 di Netflix!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd