Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ghost Trick: Phantom Detective akan tiba di PS4, Xbox One, Switch dan PC pada tahun ini!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 9, 2023
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, Puzzle, Steam, Xbox One
0 0
0
Ghost Trick: Phantom Detective akan tiba di PS4, Xbox One, Switch dan PC pada tahun ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Di acara Nintendo Direct ini, Capcom secara rasminya mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan Ghost Trick: Phantom Detective untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC melalui Steam pada Musim Panas 2023.

Berikut adalah trailer rasmi:

Pertama kali dikeluarkan pada tahun 2010 untuk Nintendo DS dan iOS, Ghost Trick: Phantom Detective merupakan game ‘mystery adventure’ oleh Shu Takumi (Ace Attorney). Secara amnya, kita akan bermain sebagai Sissel, roh seorang detektif yang terperangkap secara misteri di dunia nyata dan ingin membongkarkan identiti sang individu yang membunuhnya.

Di sini, pemain perlu menyelesaikan teka-teki, memperoleh petunjuk dan memanfaatkan kebolehan untuk mencari kebenaran di sebalik kematian Sissel. Apa yang berbeza dengan judul kali ini, Ghost Trick telah dapat ‘remaster’ dan kini mempunyai pelbagai ciri baharu termasuk visual HD, user interface yang disatukan ke dalam satu skrin untuk gameplay lebih selesa, susunan muzik baharu, imej eksklusif dan banyak lagi.

Saya bangun sebagai hantu di pinggir bandar, tanpa memori.

Kenapa saya dibunuh? Siapa yang membunuh saya?

Siapa… saya?

Roh saya akan hilang pada cahaya pertama fajar.

Pengejaran detektif solo satu malam bermula sekarang!

Bagi gameplay, kita akan menggunakan kuasa roh Sissel untuk ‘merasuk’ dan memanipulasi objek bagi membuka jalan. Sebagai contoh, anda boleh membunyikan loceng basikal untuk menarik perhatian pembunuh upahan yang mengejar Lynne (salah satu watak yang membantu kita). Jadi bereksprimen dengan apa yang ada untuk membongkarkan kebenaran!

Ciri-ciri lain:

  • Story Mode dengan visual serba baharu – Mula-mula dikeluarkan pada tahun 2010, Ghost Trick: Phantom Detective versi Remaster kini datang dengan visual yang lebih jelas untuk kualiti grafik 1080 / 60 bingkai sesaat.
  • Cabaran baharu – Pemain boleh melatih otak dengan teka-teki hantu yang tersedia dalam mode berbeza termasuk 3×3, 4×4 dan 5×5!
  • Runut muzik disusun semula dan ilustrasi unik – Yasumasa Kitagawa, komposer muzik untuk The Great Ace Attorney Chronicles, telah reka semula satu-satu runut bunyi untuk keseluruhan game! Selain itu, koleksi ilustrasi Ghost Trick: Phantom Detective yang belum pernah dilihat sebelum ini boleh dibuka dalam menu Extras.

Ghost Trick: Phantom Detective akan dilancarkan di PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC melalui Steam pada Musim Panas 2023. Malangnya, tarikh keluaran rasmi tidak diumumkan.

Tags: CapcomGhost Trick: Phantom Detective
Previous Post

Gamers Hideout buka pre-order untuk 6 jenis bundle PS5! Pesan hari ini untuk dapat 1 unit!

Next Post

DRIFTCE – Game drift terbaru diumumkan, bakal dilancarkan di Xbox & PS!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
DRIFTCE – Game drift terbaru diumumkan, bakal dilancarkan di Xbox & PS!

DRIFTCE - Game drift terbaru diumumkan, bakal dilancarkan di Xbox & PS!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd