Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Nintendo umum Metroid Prime Remastered – Tersedia hari ini di Nintendo Switch!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 9, 2023
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, Remastered, Shooter
0 0
0
Nintendo umum Metroid Prime Remastered – Tersedia hari ini di Nintendo Switch!
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak beberapa bulan ini, kami telah mendengar banyak khabar angin bahawa Nintendo sedang mengusahakan Metroid Prime versi Remaster untuk Switch. Ternyata, itu semua benar kerana game tersebut diumumkan hari ini di acara Nintendo Direct! Bukan itu sahaja, orang ramai boleh segera mendapatkan Metroid Prime Remastered hari ini di Switch masing-masing melalui Nintendo eShop! Salinan fizikal tiba pada 22 Februari 2023.

Berikut adalah trailer:

The original Metroid Prime has been remastered for Nintendo Switch!

Explore Tallon IV from the perspective of Samus Aran & choose from new dual-stick controls, or more traditional ones.
Metroid Prime Remastered is out now on Nintendo eShop!https://t.co/2Bcpn6u4Ul pic.twitter.com/Z4GJQxawcd

— Nintendo of America (@NintendoAmerica) February 8, 2023

Game Metroid Prime yang pertama telah remastered untuk Nintendo Switch dengan visual HD dan bunyi yang ditambah baik! Terokai Tallon IV dari perspektif Samus Aran. Tetapi berhati-hati: Terdapat sesuatu yang membimbangkan di planet asing ini. Apabila makhluk pelik menyerang, lawan balik memakai Beam, Missile, Bomb dan banyak lagi.

Selain visual yang dibuat semula, versi ini menambah kawalan dual-stick moden, untuk membolehkan anda bergerak sambil menukar sudut pandangan secara berasingan. Ia juga merupakan kali pertama game klasik ini boleh dimainkan semasa dalam perjalanan!

Rumusan menurut Nintendo.

Saya faham jika ramai yang belum bermain Metroid Prime kerana ia asalnya dilancarkan pada GameCube pada penghujung tahun 2002. Game ini juga menjadi judul pertama dalam siri untuk menukar format ‘side-scrolling’ 2D yang biasa kepada pengembaraan aksi FPS. Ini merupakan perbezaan yang ketara, tetapi perubahan itu dialu-alukan oleh kebanyakan peminat hingga ia menjual lebih 2.8 juta unit, lalu menjadi segera popular di kalangan peminat lama dan pemain baru.

Daripada segi jalan cerita, kisah Metroid Prime berlangsung antara game Metroid 1 dan Metroid II: Return of Samus. Selepas bergaduh dengan lanun angkasa lepas dan Meta Ridley, Samus menuju ke Tallon IV. Di sana, dia menemui runtuhan Chozo dan memperoleh kebolehan baharu ketika menyiasat kejadian sebenar tentang Phazon yang terhempas ke planet ini.

Metroid Prime asalnya tersedia untuk GameCube dan Wii, dan kini semua orang boleh mencuba versi Remastered di pada Nintendo Switch bermula hari ini.


Untuk membaca segala liputan kami tentang francais Metroid, sila tekan pautan ini.

Tags: Metroid Prime Remasterednintendo switch
Previous Post

The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom pamerkan gameplay baharu, visual masih mengagumkan!

Next Post

Advance Wars 1+2: Re-Boot Camp dapat tarikh keluaran rasmi, akan tiba 21 April 2023!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
Next Post
Advance Wars 1+2: Re-Boot Camp dapat tarikh keluaran rasmi, akan tiba 21 April 2023!

Advance Wars 1+2: Re-Boot Camp dapat tarikh keluaran rasmi, akan tiba 21 April 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd