Kali ni kami dari Gamer Santai berpeluang untuk mencuba demo game terbaru King’s League II yang dibangunkan dari anak tempatan kita iaitu sebuah studio Indie Game – Kurechii. Kalau korang nak tahu, Kurechii juga lah yang membangunkan beberapa game popular seperti Post Knight, Tiny Guardians dan Siri King’s League.
Berbeza sedikit dengan King’s League: Odyssey, King’s League 2 telah diberi perhatian sepenuhnya pada jalan cerita dan menjadikannya satu pengalaman pemain tunggal dengan penceritaan. Permainan ini berkisahkan Maxwell yang meninggalkan kampung halamannya untuk menyertai liga. Pemain dapat mengikuti pengembaraannya dan dapat merekrut pengikut serta menjadi kawan-kawan barunya sepanjang permainan. terdapat juga ‘awek kawaii’ yang akan menemani Maxwell dari awal permainan hingga ke akhir permainan.
Kita ditugaskan untuk melatih skuad pejuang untuk menyertai dan memenangi King’s League. Semasa pertempuran kita boleh melaksanakan kemahiran khas untuk menyerang musuh, menyembuhkan rakan sepasukan dan menggunakan kuasa ‘magic’ yang kuat. Semakin banyak pertempuran yang kita menang dalam liga, kedudukan liga akan jauh lebih baik dan kita akan maju ke liga yang seterusnya.
Permainan ini mempunyai 2 tahap kemajuan kelas yang tersedia untuk semua pejuang. Kebanyakan pejuang biasa akan jatuh ke dalam kelas seperti pemanah, pencuri, pahlawan, dan ahli silap mata. Dengan tahap yang cukup pejuang dapat maju ke dalam kelas yang lebih baik. Kelas-kelas seperti pemanah, pahlawan, ahli silap mata akan mempunyai dua pilihan, sementara Watak Unik dan pencuri hanya mempunyai satu kelas untuk dimajukan.
Untuk setiap perlawanan liga, akan diberi waktu sebelum tiba masanya. Jadi dalam masa itu, korang bolehla melatih pahlawan korang untuk meneroka ‘Dungeons’ yang diberi pelbagai nama, menjadi warden dan menyelesaikan misi.
Korang juga boleh melatih pahlawan yang mengunakan ‘poin latihan (training points)’, sesetengah pahlawan mempunyai pertalian yang lebih baik pada latihan tertentu dan tidak sesuai dengan yang lain.
Kalau korang nak tahu, lebih banyak dapat takhluki warden, korang akan membuka lebih banyak kawasan untuk diterokai dan mencabar. Semakin banyak diselesaikan, lebih banyak sumber akan diberikan kepada pemain setiap bulan.
Melengkapkan misi dalam permainan dah pastilah korang akan mendapat ganjaran, kebanyakannya adalah misi pertempuran yang perlu diselesaikan. Beberapa misi mempunyai peluang untuk meningkatkan reputasi bagi puak-puak yang berlainan. Setiap tahap reputasi akan membuka kunci “barangan”
Jadi dengan barangan tu lah korang boleh naik taraf senjata, skill, Hp dan perisai!
Selain senjata sebagai ganjaran yang korang boleh dapatkan, korang juga boleh pergi ke market untuk membeli senjata lain yang boleh digunakan untuk skuad korang.
King’s League II masih dalam pembangunan dan ia dijangkakan akan hadir di Steam Q4 2019. Jangan lupa untuk menyokong dan ikuti permainan oleh anak tempatan ini di laman web rasmi Kurechii, Kings League II, Facebook, Twitter dan Youtube. Stay tuned nanti kitorang akan share video gameplay King’s League II okay!
@gamersantaimy
Discussion about this post