Hadir pada 14 Februari ini, musim terbaru Apex Legends: Revelry akan membawa pemain menikmati pelbagai kemas kini baharu untuk Legend malah acara meriah sempena ulang tahun game tersebut. Ingin tahu apa yang menanti anda dalam musim 16 Apex Legends ini? Teruskan membaca!
Sistem Class Apex Legends
Dalam musim 16 Apex Legends, terdapat sistem class terbaru yang akan diperkenalkan. Roster Legend akan terbahagi kepada Assault, Recon, Skirmisher, Recon, Controller dan Support. Setiap daripada mereka akan mempunyai talent tersendiri dan pemain boleh pilih hero yang betul berpandukan posisi dalam kumpulan. Sistem ini membolehkan hero lain mempunyai peluang untuk muncul dalam pertempuran. Berikut adalah senarai class dan legend.
Assault
- Legend: Ash, Bangalore, Fuse, Mad Maggie dan Revenant
- Mereka dapat membuka kotak merah khas dalam game, dan sistem looting pintar akan menyediakan attachment yang lebih tinggi berdasarkan attachment yang anda dan skuad anda miliki. Selain itu, Legend Assault boleh mempunyai kapasiti tambahan peluru, untuk mengekalkan pertempuran.
Skirmishe
- Legend: Wraith, Octane, Pathfinder, Valkyrie, Horizon dan Mirage
- Kelebihan mereka adalah meninjau loot dalam airdrop yang akan mendarat, supaya pemain boleh menggunakan maklumat ini untuk menangani airdrop itu.

Recon
- Legend: Seer, Bloodhound, Crypto dan Vantage
- Mereka boleh menggunakan Survey Beacon untuk mengimbas musuh berdekatan pada peta selama 30 saat. Tetapi musuh juga dapat mengetahui seseorang sedang menjejaki mereka, dan anda akan mendedahkan lokasi anda dan mungkin diserbu skuad lain.
Controller
- Legend: Caustic, Wattson, Rampart dan Catalyst
- Mempunyai keupayaan untuk mengimbas ring kini menjadi kelebihan controller. Terdapat mesin baru dipanggil Ring Console untuk anda imbas.
Support
- Legend: Lifeline, Loba, Newcastle dan Gibraltar
- Skill pasif kedua Lifeline, membuka kotak blue supply akan mempunyai regen tambahan kini menjadi kelebihan support. Selain itu, mereka boleh membeli semula banner rakan sepasukan di Replicator yang sudah tamat masa.

Kemas kini Hero
- Seer dan Bloodhound
Tempoh Ulti Seer akan berkurangan dan tempoh cooldown meningkat, hanya ada tapak kaki malah tiada ikon pada penglihatan pemain. Pasifnya masih lagi ada tetapi terdapat jarak antara heartbeat. Untuk Bloodhound pula, Tactical Ability tidak lagi mengurangkan cooldown apabila mengaktifkan Ulti malah ia juga akan membuatkan burung gagaknya terbang ke pasukan musuh terdekat.
- Mirage
Apabila anda berjaya menghidupkan semula rakan sepasukan, anda berdua akan kekal halimunan selama 3 saat, tetapi akan kelihatan apabila anda mengeluarkan senjata anda. Selain itu, musuh akan dikesan untuk masa yang singkat selepas menembak umpan Mirage.
- Wraith dan Pathfinder
Wraith akan mempunyai Dimensional Rift yang lebih jauh, dan akan bergerak lebih pantas apabila menggunakan Ulti. Pathfinder Zipline Gun boleh mencapai lebih jauh dan kelajuan ziplining juga akan meningkat. Ini mengubah semua pemain untuk bergerak dengan lebih cekap pada peta untuk masuk ke zon.
- Horizon dan Lifeline
Horizon menggunakan Gravity Lift semasa di udara, ketepatan semasa menembak akan berkurangan tetapi ia meningkatkan kelajuan untuk life. Lifeline akan penyembuhan D.O.C. akan menjadi lebih lancar dan Ulti-nya akan membuatkan package drop lebih laju dan berada pada julat yang lebih jauh.

Senjata
Nemesis, assault rifle yang melepaskan empat das tembakan setiap letupan. Dengan ramping burst delay yang mengurangkan masa antara burst dan menjadi senjata automatik sepenuhnya. Peningkatan tenaga akan dikekalkan untuk jangka masa yang singkat, walaupun pemain sedang reload atau dalam posisi combat.
Selain itu, R301 akan kena nerf dengan mengurangkan 1 damage setiap peluru, dan juga mengurangkan ketepatan hip fire. Nampaknya Nemesis memang direka untuk menjadi senapang yang kuat manakala nerf R301 untuk seimbangkan penggunaan pistol.

Shotgun akan dipertingkatkan secara epik dengan menambah stok standard dan gold shotgun bolt. Stok standard meningkatkan pengendalian, mengurangkan masa reload dan gold shotgun bolt membolehkan anda reload peluru secara automatik semasa anda meluncur.
Volt SMG dan Long Bow pula akan dimasukkan ke dalam Cafter untuk menggantikan C.A.R. SMG dan G7 Scout. Rampage akan dikeluarkan daripada care package dan ditukar dengan hemlok yang lebih baik, di mana ia meningkatkan damage serta memasang boosted loader.

Ulang tahun Apex Legends
Pada ulang tahun ke-4, akan ada acara besar yang akan berlaku dalam seluruh game dan peta. Ianya akan penuh dengan persekitaran yang berhias dalam rotation musim ini. Lagu khas ganjaran juga boleh didengar merentasi semua peta. Terdapat perarakan belon Legend versi chibi di langit bersama-sama hiasan lain sempena ulang tahun Apex Legends dalam semua peta. Bukan itu sahaja, terdapat juga persembahan udara untuk setiap match, yang sudah tentunya memberikan keceriaan.

Selain itu, Mirage Voyage hadir untuk dinikmati ramai. Kalau anda ingin tahu, ia merupakan parti bot yang menjadi kegemaran ramai pemain. Ia akan menyediakan loot party Interaktif malah bot juga menampilkan elemen-elemen baharu seperti dance floor dan golden Mirage Mask. Anda hanya boleh dapatkannya semasa acara sahaja. Kalau melepas, memang susah untuk dapatkannya. Mirage Voyage juga tampil dengan Broken Moon, Storm Point dan World Edge. Jadi siap sedia untuk meraikan ulang tahun yang meriah ini dalam musim 16 Apex Legends!
Untuk membaca segala liputan kami tentang Apex Legends, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post