Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Marvel’s Wolverine mungkin akan dilancarkan seawal musim luruh 2024 [Khabar Angin]

safwan by safwan
February 3, 2023
in Action, Artikel, Berita, Khabar angin, PS5
0 0
0
Marvel’s Wolverine mungkin akan dilancarkan seawal musim luruh 2024 [Khabar Angin]
Share on FacebookShare on Twitter

Kita pernah dikhabarkan yang game Marvel’s Wolverine akan dibangunkan oleh Insomniac Games dan akan dilancarkan secara eksklusif di PlayStation 5. Baru-baru ini, terdapat beberapa maklumat yang telah dibocorkan mengenai game ini.

Menurut Jeff Grub di Giant Bomb, dia mengatakan yang Wolverine akan menggunakan Rating M dan akan berfungsi dengan baik. Dia juga berfikiran bahawa game superhero yang menggunakan Rating M akan diterima dengan baik dan watak Wolverine adalah pilihan yang tepat.

Selepas itu, Jeff Grub pun menambah dengan mengatakan yang “Mereka akan mengelak daripada mempunyai sebarang kaitan atau apa-apa yang membangkitkan filem Fox”. Dia juga mendengar yang game ini akan menceritakan apa yang berlaku sebelum Wolverine menyertai X-Men.

Senang cerita, game ini adalah standalone dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan filem Wolverine dan X-Men yang pernah dikeluarkan oleh Fox.

Walau bagaimanapun, apa yang lebih mengejutkan adalah tarikh pelancaran di mana ia mungkin akan dilancarkan seawal musim luruh 2024. Hal ini kerana Insomniac akan melancarkan Spider-Man 2 tahun ini dan untuk melancarkan Wolverine pada tahun hadapan adalah tidak munasabah. Namun, Jeff Grub mengatakan yang dia juga terdengar yang game ini akan dilancarkan pada 2025. Jadi, jangan terkejut apabila ia berlaku nanti.

Jeff Grub menambah “Tetapi jika sesiapa boleh melepaskan dua game besar dan triple-A secara besar-besaran dalam beberapa tahun berturut-turut, ia adalah Insomniac”, katanya.

Wolverine telah diumumkan semasa acara PlayStation Showcase 2021 bersama-sama dengan Spider-Man 2 pada ketika itu. Namun, game Wolverine masih dalam “Very Early Development”. Creative Leads daripada Spider-Man Mile Morales iaitu Brian Horton dan Cameron Christian merupakan pengarah dalam game ini.

Apapun, berita ini masih khabar angin sehingga diumumkan oleh Insomniac atau PlayStation nanti. Apa pendapat korang tentang khabar angin yang mengatakan Marvel’s Wolverine akan dilancarkan seawal musim luruh 2024? Kongsikan pendapat korang di ruangan komen.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Fall 2024Insomniac GamesMarvel's Wolverine
Previous Post

ULTRAMAN Final Season Dedahkan Teaser Rasmi! Akan Ditayangkan Tahun Ini di Netflix!

Next Post

Teaser Terbaru Anime Demon Slayer Tampil Dengan Kumpulan Demon Terkuat — Twelve Kizuki!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Teaser Terbaru Anime Demon Slayer Tampil Dengan Kumpulan Demon Terkuat — Twelve Kizuki!

Teaser Terbaru Anime Demon Slayer Tampil Dengan Kumpulan Demon Terkuat -- Twelve Kizuki!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd