Untuk bulan Februari 2023, Apple telah mengumumkan barisan game iOS baharu yang bakal tiba melalui langganan Apple Arcade termasuk Riptide GP: Renegade+ dan Lifeline+! Sebanyak 4 game baru akan ditambah dan berikut adalah senarai lengkap:
Castle Crumble
Daripada pencipta Spire Blas, Castle Crumble akan tiba secara eksklusif di Arcade pada hari Jumaat, 3 Februari.
Mulakan pengembaraan dan takluki pelbagai kerajaan dan biom unik. Dalam Castle Crumble, matlamatnya jelas — istana mesti runtuh. Jadilah wira di tanah fantasi yang jauh dan terokai dunia yang unik secara visual. Pemain boleh menembak istana yang menakjubkan dengan bahan letupan yang kuat, sihir mistik dan banyak lagi dalam game teka-teki berasaskan fizik ini.
Riptide GP: Renegade+
Pada 10 Februari, hidupkan enjin di Riptide GP: Renegade+.
Riptide GP: Renegade+ menjatuhkan pemain ke dunia futuristik perlumbaan haram jet hidro , di mana penunggang berperisai melakukan aksi maut di atas air terjun besar, melarikan diri daripada polis dan merentasi ombak tinggi.
Pemain akan bertindak sebagai pelumba jet hidro, dibuang dari liga Riptide GP, dan dipaksa untuk berlumba secara haram melalui laluan air bandar, runtuhan banjir, dan mesin kilang untuk menuntut semula reputasi mereka.
Main melalui single player career untuk membuka kenderaan baharu, watak baharu dan ciri customization, atau lawan orang di seluruh dunia secara dalam talian hingga 8 pemain.
Farmside
Teroka Pulau Nemo di Farmside, bakal dilancarkan pada 17 Februari.
Bina ladang impian anda di Farmside, permainan simulasi ladang yang menggabungkan keseronokan, pertanian, customization dan sistem misi yang mendalam. Selepas menemui semula surat yang menceritakan kewujudan ladang keluarga yang diwarisi tetapi ditinggalkan, pemain pergi ke Pulau Nemo untuk memulakan kehidupan baru jauh dari bandar besar.
Di Pulau Nemo, pemain boleh mencipta ladang yang dipenuhi dengan hiasan, tanaman, kebun buah-buahan, mesin kraf dan banyak lagi, sambil turut menyelesaikan pelbagai misi dan cabaran.
Lifeline+
Pada 24 Februari, jangan lupa untuk cuba Lifeline+.
Lifeline+ ialah kisah suvival di mana pemain ditugaskan untuk membantu Taylor, seorang pelajar sains dari Bumi yang terhempas di bulan asing, untuk membuat keputusan antara hidup dan mati, dan menghadapi akibatnya bersama-sama.
Kisah hidup dan ketabahan yang mendalam, dengan banyak kemungkinan — kisah Taylor dimainkan dalam masa nyata, dengan notifikasi yang menyampaikan mesej baharu sepanjang hari dalam gaya realistik antara babak cerita.
Untuk membaca segala liputan kami tentang Apple Arcade selain daripada tawaran Februari 2023 di atas, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post