Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

‘SpongeBob SquarePants: The Cosmic Shake’ kini tersedia di Switch, PC, PS4 & XB1 – Selamatkan Bikini Bottom!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 1, 2023
in Animasi, Artikel, Berita, Game Baru, Nintendo Switch, PC, PS4, Steam, Xbox One
0 0
0
‘SpongeBob SquarePants: The Cosmic Shake’ kini tersedia di Switch, PC, PS4 & XB1 – Selamatkan Bikini Bottom!
Share on FacebookShare on Twitter

Siap sedia untuk menyelamatkan Bikini Bottom dalam game ‘platforming adventure’ serba baharu, SpongeBob SquarePants: The Cosmic Shake oleh THQ Nordic – yang kini tersedia di Nintendo Switch, PC, PS4 dan Xbox One!

Apabila SpongeBob dan Patrick menerima sebotol Mermaid’s Tears daripada seorang tukang tilik misteri bernama Kasandra, mereka sangka tiada apa yang teruk boleh berlaku. Maaf, semuanya menjadi salah!

Kedua-dua kawan rapat ini membuat hajat keterlaluan dan tanpa sengaja memecahkan realiti dan melepaskan Cosmic Jelly — gam yang menyatukan alam semesta — ke Bikini Bottom, di mana semua rakan-rakan mereka disedut ke dalam Wishworld!

Oh, Patrick pun bertukar menjadi belon.

Kini, terpulang kepada anda untuk melalui tujuh Wishworld demi menyelamatkan rakan-rakan dan membetulkan kesilapan SpongeBob dan Patrick.

Setiap Wishworld direka berdasarkan lokasi klasik dalam kartun SpongeBob tetapi diberi sentuhan unik. Dalam perjalanan, Spongebob akan memperoleh pelbagai abiliti dan kostum yang diperlukan untuk “cabaran” masing-masing.

Sebagai contoh; untuk menyelamatkan Sandy, anda perlu mengembara ke Wishworld yang mengubah Bikini Bottom menjadi set filem Karate. Di dunia ini, Spongebob akan belajar banyak gerakan Karate yang sepatutnya dapat membantunya!

Contoh kedua; terdapat Wishworld prasejarah di mana Spongebob akan bertemu dengan Squidward, yang tersesat dalam Kelp Forest. Untuk menyelamatkannya, anda perlu mengelak batu-batu besar yang berguling daripada atas bukit sambil memakai kostum orang batu.

Memang banyak jenaka, dan sesuai untuk anda bermain bersama keluarga!

Berikut adalah ciri-ciri penting dalam game ini:

  • Buka pelbagai abiliti platforming klasik dan baharu seperti Fishhook Swing dan Karate Kick
  • Pakai lebih daripada 30 kostum seperti SnailBob dan SpongeGar
  • Pergi ke 7 Wishworld berbeza seperti Wild West Jellyfish Fields dan Halloween Rock Bottom
  • Temui semua rakan-rakan Bikini Bottom kegemaran daripada siri, disuarakan oleh pelakon original mereka
  • Soundtrack baharu daripada komposer Battle for Bikini Bottom + berpuluh-puluh lagu daripada siri!

Sekali lagi saya ingatkan, SpongeBob SquarePants: The Cosmic Shake kini tersedia di Nintendo Switch, PC, PS4, dan Xbox One. Untuk tahu kelebihan dan kekurangan game ini, korang boleh baca review kami di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: spongebob squarepants
Previous Post

Overwatch 2 buat perubahan BESAR untuk Season 3 – hero change, skin lebih murah & banyak lagi!

Next Post

Tomb Raider Reloaded – Ikuti pengembaraan Lara Croft di iOS & Play Store!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Tomb Raider Reloaded – Ikuti pengembaraan Lara Croft di iOS & Play Store!

Tomb Raider Reloaded - Ikuti pengembaraan Lara Croft di iOS & Play Store!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd