Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece kata “berat roh hanya 21 gram” – rupanya berdasarkan kajian sebenar! (TEORI SAINS)

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 31, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
One Piece kata “berat roh hanya 21 gram” – rupanya berdasarkan kajian sebenar! (TEORI SAINS)
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, siri popular One Piece membincangkan teori tentang “berat roh” yang menjadi topik viral di kalangan komuniti anime/manga. Secara khususnya dalam One Piece bab 1072, Dr. Vegapunk menjelaskan bahawa berat roh manusia adalah lebih kurang 21 gram kerana mengandungi banyak perkara termasuk kesakitan, imej dan memori. Walau bagaimanapun, ini hanyalah teori.

Namun, apa yang membuatkan topik ini viral adalah teori ini sebenarnya berdasarkan kajian sebenar di dunia nyata di mana seorang saintis turut cuba mengukur berat “roh manusia”.

Jadi adakah dia betul? Berikut adalah kisah sebenar.

Eksperimen berat roh sebenarnya dilakukan oleh Duncan MacDougall

Eksperimen “berat roh berukuran 21 gram” sebenarnya dijalankan oleh Duncan MacDougall pada tahun 1907. Dikenali sebagai pakar perubatan, dia membuat hipotesis bahawa roh manusia mempunyai berat dan menjalankan eksperimen untuk mengenal pasti jumlah tepat.

Dia mengumpul enam pesakit di ambang kematian dan menimbang berat badan setiap seorang semasa masing-masing di saat kematian. Hasilnya, dia mendapati salah seorang daripada pesakit telah hilang berat sebanyak 21.3 gram.

Malangnya, komuniti saintifik tidak bersetuju dengan hipotesis MacDougall. Mereka menyenaraikan kelemahan dengan kajiannya termasuk jumlah sampel yang terhad dan kaedahnya yang kurang berkesan. Mereka juga tidak bersetuju dengan hasilnya memandangkan hanya satu daripada enam pesakit sahaja yang hilang berat badan di saat kematian.

Duncan MacDougall

Walaupun ramai tidak percaya kajian MacDougall, ia menjadi populariti kerana konsepnya yang unik. Teori bahawa “roh mempunyai berat” amat menarik di mata orang, dan itulah sebabnya ia digunakan begitu kerap dalam budaya moden. Malah, teori ini pernah muncul dalam pelbagai medium termasuk lagu, novel dan rancangan TV. Dalam dunia anime, “berat roh hanya 21 gram” juga dirujuk dalam Gantz dan Empire of Corpses.

Artikel ini bukan untuk menjelaskan tentang roh, tetapi sekadar untuk mengetahui eksperimen yang dilakukan berdasarkan topik ini. Wallahu a’lam.

Untuk membaca segala liputan kami tentang One Piece, sila tekan pautan ini.

Sumber – Wikipedia

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: mangaone pieceTeori
Previous Post

Acer Malaysia tambah pilihan monitor gaming Nitro! Harga mampu milik bermula RM459!

Next Post

Avatar Generations Kini Tersedia! Download Sekarang Untuk Kembali ke Four Nations!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Avatar Generations Kini Tersedia! Download Sekarang Untuk Kembali ke Four Nations!

Avatar Generations Kini Tersedia! Download Sekarang Untuk Kembali ke Four Nations!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd