Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

City Hunter versi live-action akan tiba 2024! Dibintangi Ryohei Suzuki & Misato Morita!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 31, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Filem, Manga, Movie/siri, Netflix
0 0
0
City Hunter versi live-action akan tiba 2024! Dibintangi Ryohei Suzuki & Misato Morita!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Netflix mengesahkan bahawa Misato Morita (The Naked Director) akan memegang watak Kaori Makimura dalam filem live-action City Hunter akan datang, bersama Ryohei Suzuki yang diumumkan sebelum ini akan berlakon sebagai Ryo Saeba. Filem ini dijangka akan ditayangkan pada 2024 di bawah arahan Yuichi Sato (Kisaragi, Strawberry Nights dan The End of the Tiny World).

Ryohei Suzuki sebagai Ryo Saeba
Misato Morita sebagai Kaori Makimura

Filem City Hunter versi live-action akan ditulis oleh Tatsuhiro Mishima (live action Yu Yu Hakusho) dan Yoshihide Otomo (INU-OH, Lupin Zero, live action Orange) pula akan menjadi komposer muzik filem ini. Selain itu, filem ini akan dihasilkan oleh Keisuke Senpei dan Kosuke Oshida manakala Shinichi Takahashi sebagai penerbit eksekutif. Netflix akan menghasilkan filem dengan kerjasama HoriPro dan Office Shirous.

City Hunter merupakan manga yang dihasilkan oleh Tsukasa Hojo dan telah diterbitkan selama lapan tahun di Shonen Jump, Shueisha, dari tahun 1985 sehingga tahun 1992. Dari Shonen Jump kemudian dikumpulkan menjadi 35 jilid. Berikut adalah sinopsis City Hunter:

Ryo Saeba a.k.a City Hunter, seorang pembunuh upahan yang memenuhi semua kehendak pelanggannya. Dia melakukan pelbagai kerja dari pengawal peribadi sehingga membunuh, tetapi dia hanya akan mengambil tugas begitu jika wanita cantik terlibat, atau keikhlasan pelanggan membuat hatinya tersentuh. Bersama dengan pasangannya, Kaori Makimura, adik kepada mendiang kawan baiknya, Ryo melawan kejahatan yang berada di sebalik bandarnya!

Buat masa ini masih tiada tarikh rasmi bila filem City Hunter live action ini akan dikeluarkan, tapi ia pasti akan tiba pada tahun 2024 di Netflix. Kami akan kemas kini kepada anda apa bila telah mendapat maklumat lanjut di masa akan datang.

Tags: animeCity Hunterfilemlive-actionnetflix
Previous Post

Berita Baik! Ejen Ali The Movie 2 Kini Dalam Pembangunan Awal!

Next Post

Acer Malaysia tambah pilihan monitor gaming Nitro! Harga mampu milik bermula RM459!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Acer Malaysia tambah pilihan monitor gaming Nitro! Harga mampu milik bermula RM459!

Acer Malaysia tambah pilihan monitor gaming Nitro! Harga mampu milik bermula RM459!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd