Siri animasi tempatan, Ejen Ali baru sahaja menamatkan musim ketiga pada hujung minggu yang lalu. Ramai peminat kini teruja melihat keputusan M.A.T.A Arena dan juga pendedahan baru dalam episod terakhir. Berita baiknya, studio animasi Ejen Ali, Wau Animation sudah mulakan pembangunan awal untuk Ejen Ali The Movie 2!

Perkara ini telah diacah oleh Asrul Nasiruddin, Lead Digital Compositor di Wau Animation. Beliau telah memuat naik gambar team Wauriors yang nampaknya sedang berbincang mengenai Ejen Ali The Movie 2. Ini sudah tentu membuatkan peminat tidak sabar untuk sambungan kepada siri itu.

Disebabkan projek filem terbaru ini baru sahaja dimulakan, jadi tiada sebarang maklumat lanjut mengenainya buat masa ini. Carilah di mana pun, mesti tidak akan jumpa sinopsis untuk Ejen Ali The Movie 2.

Tetapi kalau anda sudah menonton pengakhiran musim ketiga siri, mesti anda mempunyai banyak teori untuk filem baru ini. Mana tahu, mungkin kita dapat melihat aksi pemilik baru I.R.I.S serta Ali bersama sut S.A.T.R.I.A. Apa pun, kita tunggu sahaja kemas kini daripada Wau Animation nanti.
Berikut adalah sinopsis untuk Ejen Ali:
Seorang murid bernama Ali yang tanpa sengaja terlibat dalam dunia perisikan. Semuanya bermula apabila Dos, seorang ejen jahat yang ingin mencuri alat berteknologi tinggi yang mampu mengubah dunia iaitu I.R.I.S (Infinity Retinal Intelligence System) yang dicuri daripada pusat latihan M.A.T.A (Meta Advance Tactical Agency).
Siri Ejen Ali dan Ejen Ali The Movie boleh ditonton melalui Netflix dan Disney+ Hotstar. Kalau anda ingin menonton musim ketiga, ia hanya tersedia di platform Disney+ Hotstar buat masa ini. Kalau anda ingin dapatkan liputan lain mengenai Ejen Ali daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post