Rasanya peminat One Piece mesti tertanya-tanya tentang siri live action daripada Netflix yang diumumkan pada 2020. Selepas projek tertangguh akibat pandemik Covid-19, siri tersebut akhirnya mulakan penggambaran pada tahun lalu. Malah sudah tamat pada Ogos 2022.
Kita telah didedahkan dengan pelbagai pelakon serta reka bentuk kapal ikonik dalam siri manga One Piece. Setelah lama tiada berita, Netflix memberikan kejutan dengan mendedahkan dua poster terbaru untuk siri live action One Piece. Anda boleh lihat poster tersebut di bawah.

Dalam poster tersebut, kita boleh nampak krew Straw Hat serta kapal mereka Going Merry. Walaupun poster tersebut hanya menunjukkan bahagian belakang watak, kita boleh nampak bahawa kostum yang dipakai mereka kelihatan sama seperti Luffy dan kawan-kawannya.
Seperti yang kita semua tahu, siri live action ini akan ditayangkan di Netflix pada tahun ini. Buat masa ini masih tiada trailer rasmi mahupun tarikh tayangan yang didedahkan. Tetapi ada kemungkinan besar ia akan didedahkan tidak lama lagi. Apa pun, kalau anda ada melanggan Netflix, bolehlah klik butang “remind me” untuk menonton siri ini apabila ia tersedia nanti.

Untuk pengetahuan anda, barisan pelakon utama untuk Straw Hat Crew telah lama diumumkan. Bercerita tentang jumlah episod, semasa siri ini diumumkan ia akan mempunyai 10 episod yang tersedia dan akan mengadaptasi daripada mula sehinggalah pertarungan bersama Arlong. Bukan setakat itu sahaja, pengarah eksekutif siri itu mengatakan bahawa dia menantikan peminat untuk menonton adegan klasik Nami semasa arc Arlong.

Jadi geng One Piece, anda rasa bila Netflix akan keluarkan trailer live action ini? Kalau anda ingin membaca liputan lain mengenai One Piece daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post