Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

‘Zombieland: Headshot Fever Reloaded’ akan datang ke PS VR2 – berdasarkan filem komedi popular!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 30, 2023
in Artikel, Berita, Shooter, VR
0 0
0
‘Zombieland: Headshot Fever Reloaded’ akan datang ke PS VR2 – berdasarkan filem komedi popular!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, XR Games dan Sony Pictures VR (SPVR) mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan versi “remastered” untuk Zombieland: Headshot Fever, sebuah game “VR gun style shooter” untuk platform PlayStation (PS) VR2. Versi baharu ini dinamakan Zombieland: Headshot Fever Reloaded dan secara khususnya akan dikeluarkan pada 22 Februari 2023 bersama PS VR2.

🚨 ANNOUNCEMENT 🚨

We’re excited to announce ZOMBIELAND: HEADSHOT FEVER RELOADED is coming to PlayStation VR2 as a launch title!

Wishlist: https://t.co/IKIJpbsgIP

Read more: https://t.co/8HWTuYA3p4@SonyPicturesVR @PlayStation @Zombieland

Extra details in the thread below 👇🏻 pic.twitter.com/6ALZsVsQ8c

— XR Games (@xrgamesvr) January 27, 2023

Zombieland: Headshot Fever Reloaded dilabel versi definitif bagi game VR popular Zombieland (yang asalnya dikeluarkan pada 2021), yang dibina semula untuk memanfaatkan kelebihan PlayStation 5 dan PlayStation VR2. Antara ciri eksklusif yang ditambah ke versi PlayStation VR2 termasuk:

  • Adaptive triggers: membuatkan setiap senjata berasa berbeza
  • Controller haptics: maklum balas haptik unik setiap kali anda menembak senjata
  • Headset rumble: rasakan gegaran musuh menghampiri dalam headset
  • Eye-tracking: menyokong eye-tracking untuk “foveated rendering”

Selain itu, pemain juga boleh bermain level baharu, tiga ‘remix level’ baharu, cabaran Gun Range baharu, senjata baharu, perk baharu dan skin senjata baharu.

Zombieland: Headshot Fever Reloaded also includes a bunch of PlayStation VR2-exclusive features!

Including:

🔫 Adaptive triggers
🎮 Controller haptics
🥽 Headset rumble
👁️ Eye-tracking for foveated rendering

We can’t wait to show you more soon.

— XR Games (@xrgamesvr) January 27, 2023

“Sebaik sahaja melihat kuasa dan perkakasan PlayStation VR2, kami tahu ada peluang besar untuk meningkatkan keasyikan dan membina versi terbaik ‘Zombieland: Headshot Fever’ yang boleh dibayangkan.”

“Pasukan terus bereksperimen, dan kembali dengan gaya seni baharu yang cantik, animasi, pencahayaan, fizik, model watak, sistem kemajuan, serta level, senjata api, cabaran dan trofi serba baharu. Secara asasnya, ini ialah remaster untuk memanfaatkan perkakasan baharu PlayStation VR2 yang menarik, memberikan pengalaman yang lebih seronok, lebih pantas dan lebih mengasyikkan.

Saya berbangga dengan apa yang dicapai oleh pasukan.”

kata Bobby Thandi, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif XR Games.

Untuk segala liputan kami tentang game VR, sila tekan pautan ini.

Tags: PS VR2vrZombieland: Headshot Fever Reloaded
Previous Post

Season 2 bagi The Last of Us telah diumumkan secara rasmi oleh HBO!

Next Post

Percaya Atau Tidak, Pelukis Spy X Family Dan Blue Lock Dahulunya Pembantu Pelukis AOT!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Percaya Atau Tidak, Pelukis Spy X Family Dan Blue Lock Dahulunya Pembantu Pelukis AOT!

Percaya Atau Tidak, Pelukis Spy X Family Dan Blue Lock Dahulunya Pembantu Pelukis AOT!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd