Setiap bulan pasti ada sahaja siri dan filem baru yang akan ditambah ke dalam platform Netflix. Kami telah menyenaraikan beberapa siri dan filem menarik untuk anda tonton di Netflix Februari 2023 ini! Tanpa membuang masa, jom kita lihat senarainya.
Detective Conan: The Culprit Hanzawa – 1 Februari
Bayangan gelap menimpa Bandar Beika, sebuah tempat yang terkenal dengan tahap kes jenayah yang tinggi. Tujuannya adalah untuk membunuh seorang lelaki tertentu… Watak “penting” daripada siri Detective Conan kini menjadi protagonis dalam sirinya tersendiri! Dia tidak lain tidak bukan Penjenayah Hanzawa!
Make My Day – 2 Februari
Yasuo Ohtagaki, pencipta Mobile Suit Gundam Thunderbolt, mempersembahkan kisah baru tentang pertempuran antara manusia dan makhluk misteri di planet berais.
Chainsaw Man – 1 Februari
Kisah ini menceritakan tentang seorang pemuda bernama Denji. Dia merupakan seorang budak miskin yang dipaksa oleh yakuza untuk membunuh devil bagi melunaskan hutangnya. Namun, setelah misi terakhir, dia dianggap tidak berguna lagi dan dibunuh oleh devil yang bekerja untuk yakuza.
Tetapi kehidupan Denji bakal berubah ketika dia dihidupkan semula oleh anjing gergaji peliharaannya, Pochita! Diperhatikan oleh Devil Hunter lain yang tiba di tempat kejadian, Denji ditawarkan untuk bekerja di Public Safety Bureau sebagai salah seorang daripada mereka. Sekarang dia tinggal di bandar sebagai Devil Hunter rasmi. Walaupun akan menghadapi musuh yang lebih sukar, Denji tidak akan berhenti untuk mencapai impian remajanya!
Rasuk – 15 Februari
Seorang guru mesti mengetepikan trauma peribadinya untuk menyatukan sekolahnya untuk menentang sekumpulan pelajar yang dirasuk dan sedang mengganas.
Biko – 27 Februari
Biko, yang dibesarkan seorang diri oleh bapanya Izwan, bertemu semula dengan ibunya Sara pada uji bakat pelakon untuk video muzik terbarunya. Walau bagaimanapun, kegembiraan Biko tidak lama kerana tidak lama kemudian dia mendapat berita buruk mengenai bapanya.
Re/Member – 14 Februari
Asuka, Takahiro dan empat pelajar sekolah menengah yang lain mesti bermalam mencari mayat tersembunyi yang bertaburan di dalam sekolah mereka, atau berisiko dibunuh berulang kali oleh “Orang Merah” dan mengulangi hari yang sama selama-lamanya. Bolehkah mereka keluar dari lingkaran tersebut?
Mission Impossible – 15 Februari

Netflix membawa empat filem daripada francais terkenal, Mission Impossible. Inilah masanya untuk melihat aksi daripada Ethan Hunt sebelum filem terbaru keluar di pawagam Julai nanti.
Red Rose – 15 Februari

Sekumpulan remaja mesti bertahan dalam musim panas yang penuh ketakutan selepas memuat turun aplikasi yang membuat tuntutan berbahaya dengan akibat yang boleh membawa maut.
Untuk mendapatkan lebih banyak siri dan filem yang menarik akan datang, anda boleh tonton teaser daripada Netflix untuk Februari 2023 di bawah:
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan segala liputan menarik mengenai game, anime, filem dan banyak lagi!
@gamersantaimy
Discussion about this post