Mordekaiser dah lama menjadi antara hero paling terkenal di League of Legends bersama kaki besarnya yang seperti pizza dan hanya beberapa voice line. Beliau telah menerima pelbagai perubahan sejak beberapa tahun ini, termasuk cubaan untuk mengubah beliau menjadi hero non-tradisional di bot lane. Kini saya rasa Mordekaiser telah menjadi agak janggal di meta sekarang. Lore miliknya pun diubahsuai sejak relaunch, dan kita semua tahu Mordekaiser mampu menjadi antara champion paling digeruni di dalam game. Kini, Riot telah mengumumkan rework abiliti beliau, dan korang boleg fikir sendiri kot bagaimana Mordekaiser akan beraksi pada masa akan datang.
Passive – Darkness Rise
Basic attack Mordekaiser melakukan bonus magic damage. Selepas tiga spell atau attack terhadap champion, Darkness Rise melakuan damage kepada musuh berhampiran dan memberi movement speed sehingga Mordekasier keluar daripada pertempuran.
Ini ialah satu three-hit proc passive yang agak jelas, dimana Mordekaiser menjadi lebih kuat apabila berada di medan perang dan sentiasa melakukan damage.
Q – Obliterate
Mordekaiser menghempas cokmarnya sambil melakukan damage di sebuah area atau bonus damage kepada seorang musuh.
Rework Champion selalunya menyimpan satu atau dua kebolehan ikonik untuk mengekalkan imej baru Champion bersama yang lama. Pasti ramai yang mengenali Obliterate bagi mereka yang sudah lama bermain Mordekaiser.
W – Indestructible
Mordekaiser menyerap 25% damage yang diterima dan damage yang dilakukan. Aktifkan skill sekali menjanakan shield dengan nilai tersebut. Mordekaiser boleh aktifkan skill ini sekali lagi untuk menyerap 50% daripada perisai untuk menambah balik nyawa.
Mordekaiser boleh melindungi dirinya sendiri untuk mengurangkan damage, dan kemudian makan perisai tersebut untuk menyembuh dirinya sendiri.
E – Death’s Grasp
Passive: Mordekaiser menerima 25% magic penetration.
Active: Sebuah cakaran maut menarik musuh kepada beliau dan melakukan damage pada masa sama.
Ini merupakan perubahan terbesar kepada Mordekaiser. Dalam situasi sekarang, ramai hero yang boleh lari daripada Mordekaiser, dan tidak banyak beliau boleh buat untuk hentikan mereka. Kini, Mordekaiser mempunyai cara untuk merapatkan beliau bersama musuh, dan bersama kebolehan lain, ini membuat beliau menjadi salah satu hero paling ditakuti di LoL.
R – Realm of Death
Mordekaiser menghantar seorang champion musuh ke Death Realm selama 7 saat, dan mencuri beberapa peratus core statistic musuh. Jika beliau berjaya membunuh sasaran, Mordekaiser makan roh mereka dan menyimpan statistik tersebut sehingga mereka respawn.
Seram kan kalau kena hantar ke Death Realm dalam keadaan lemah, dan Mordekaiser pula dah buff sebab curi stats kita. Ini juga membuat Mordekaiser lebih dipilih keranan kemampuannya untuk membunuh carry musuh, dan menjadi alat yang penting di dalam strategi pasukan.
Bagi mereka yang ingin tahu rework ini daripada segi visual, Riot telah mengeluarkan video Behind-The-Scenes untuk rekaan visual Mordekaiser.
Sumber – Riff Herald
@gamersantaimy
Discussion about this post