Cygames telah mengumumkan bahawa siri Granblue Fantasy Versus (GBVS) akan mendapat entri terbaru. Game tersebut bertajuk Granblue Fantasy Versus: Rising akan dibangunkan oleh Arc System Works, Inc. Ltd. dan dijadualkan untuk pelepasan global pada 2023 di PlayStation 5, PlayStation 4 dan PC melalui Steam.

Game baharu ini akan mengekalkan persembahan berkualiti tinggi daripada francais Granblue Fantasy dan sistem game yang mudah dimainkan untuk pemain baharu dan veteran. Sebagai tambahan, game ini juga akan memaparkan lebih banyak elemen baharu seperti watak baharu, mekanik baharu dan mod.

Bukan setakat itu sahaja, GBVS: Rising akan mempunyai Rollback Netcode yang memberikan prestasi yang lebih lancar serta lebih responsif semasa bermain dalam talian. Terdapat juga ciri crossplay antara konsol PlayStation dan Steam yang membolehkan pemain terlibat dalam pertempuran dan berinteraksi merentas platform dengan lebih ramai pemain dan permainan yang dinamik.
Trailer untuk gameplay juga telah didedahkan oleh CyGames. Anda boleh menonton trailer tersebut di bawah.
Ciri-ciri penting Granblue Fantasy Versus: Rising
- Senarai Watak yang Besar: Pemain akan melihat banyak watak – baharu dan lama – menyertai pertempuran. Sebagai tambahan kepada 24 watak daripada watak GBVS semasa, beberapa watak baharu akan menyertai Granblue Fantasy Versus: Rising pada pelancaran.
- Mekanik Game Baharu: Ultimate Skills: Pemain akan dapat melakukan Ultimate Skills, versi Plus Skills yang lebih berkuasa daripada GBVS, memperlahankan pergerakan lawan sementara—membolehkan cara baharu untuk menambahkan kombo dan serangan lain.
- Mod Cerita Baharu: Versi ringkas semua 50 bab yang dipaparkan dalam Mod RPG daripada GBVS pertama akan disediakan dalam Mod Cerita serba baharu. Dengan menghapuskan koleksi item, elemen pertumbuhan dan beberapa quest pertempuran, cerita ini boleh dinikmati dengan lebih mudah sebagai persediaan untuk saga original baharu yang menampilkan watak baharu dalam Granblue Fantasy Versus: Rising.

- Penambahbaikan Grafik: Shader in-game dan kesan pasca pemprosesan telah dipertingkatkan untuk meniru lagi gaya seni ikonik Granblue Fantasy semasa bermain. Penambahbaikan visual ini akan memberikan rupa serta pengalaman bermain yang baharu.
- Peluasan Lobi Dalam Talian: Ciri yang dinikmati dalam game sebelumnya kini telah dipertingkatkan dengan sangat baik dan masih membenarkan pemain mengawal avatar lobi mereka, berkomunikasi dengan pemain lain dan request match. Sebelum ini, pemain boleh bergerak bebas di dek Grandcypher, tetapi kini pentas diperluaskan untuk merangkumi seluruh pulau.
- Mode Grand Bruise Legends!: Pemain akan dapat bermain dengan berpuluh-puluh pemain lain dalam “Grand Bruise Legends!”, mode battle royale dalam talian khas yang menampilkan pelbagai mini game.
- Mini-game yang mengandungi pelbagai peraturan, di mana pemain boleh sama ada bersatu dan melawan musuh atau mensabotaj pemain lain secara free-for-alls dalam beberapa game battle royale. Mod ini boleh berfungsi sebagai tempat rehat antara perlawanan satu lawan satu yang sengit, atau sebagai mode utama untuk pemain yang merasakan mereka belum bersedia untuk bermain game pertempuran dalam talian.
- Rising Royale: Ia adalah perlumbaan ke penamat dalam laluan berhalangan. Gunakan item untuk menghalang lawan anda dan nikmati huru-hara yang berlaku dalam mode ini!
- Gold Brick Hoarder: Pemain dibahagikan kepada pasukan dalam mode ini untuk memasukkan sebanyak mungkin Gold Brick ke dalam simpanan pasukan mereka dalam had masa. Seperti Rising Royale, pemain juga boleh memilih untuk mengganggu kemajuan pasukan musuh.

Nampak menarik, betul tidak? Kalau anda ingin dapatkan maklumat lanjut mengenai GBVS: Rising, boleh lawati laman web rasmi game!
@gamersantaimy
Discussion about this post