Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Persona 3 Portable & Persona 4 Golden kini tersedia! Sertai peraduan giveaway oleh Atlus SEA!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 20, 2023
in Artikel, Berita, Game Baru, Giveaway, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Persona 3 Portable & Persona 4 Golden kini tersedia! Sertai peraduan giveaway oleh Atlus SEA!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, SEGA mengumumkan bahawa edisi “remaster” untuk Persona 3 Portable dan Persona 4 Golden kini tersedia untuk semua pemain di melalui Xbox Game Pass, Xbox One, Xbox Series S|X, Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Nintendo Switch, dan Steam.

Bagi mereka yang tidak tahu, Persona 3 Portable dan Persona 4 Golden adalah antara dua game paling popular daripada siri Persona dan merupakan JRPG (japanese role-playing game) di mana kita mengawal sekumpulan pelajar untuk menyelesaikan sebuah misteri. Dalam perjalanan, masing-masing akan membuka kuasa bernama “Persona” yang digunakan untuk melawan kuasa jahat yang menghalang perjalanan mereka.

Jadi sempena ulang tahun francais yang ke-25 Persona, ini adalah peluang baik untuk mencuba game Persona, lagi-lagi selepas ia diadaptasikan ke platform moden.

Persona 3 Portable

Persona 3 Portable asalnya dikeluarkan pada tahun 2009 di Jepun untuk PlayStation Portable. Dengan mudah, ia menjadi sangat popular kerana menjadi game pertama dalam siri yang menawarkan pilihan protagonis wanita.

Kisah ini berlaku di bandar Iwatodai, dan mengikuti sekumpulan pelajar bergelar “S.E.E.S.” yang melawan raksasa daripada masa Dark Hour.

Persona 4 Golden

Pertama kali dikeluarkan pada 2012 untuk PlayStation Vita, Persona 4 Golden adalah salah satu game paling terkenal dalam
siri Persona, dan berjaya mengumpul banyak anugerah hebat kerana inovasi yang dibawanya ke genre RPG.

Kisah ini berlangsung di kota luar bandar Inaba, di mana sekumpulan pelajar menyiasat siri pembunuhan yang berkaitan dengan alam bahaya bernama Midnight Channel.

Untuk meraikan pelancaran Persona 3 Portable dan Persona 4 Golden, Atluse SEA memberi korang peluang untuk memenangi pelbagai hadiah hebat. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk menang!

Cara-cara menyertai:

  • Like posting giveaway di Facebook Atlus SEA (Sila pastikan anda menukar privasi posting kepada “Public”)
  • Undi di borang Character Popularity Poll di bawah
  • URL: https://forms.gle/nYNDunPW3NnKkyfd8
  • Tarikh kempen: 19 Januari – 5 Februari pada 23:59
  • Pengumuman Pemenang: Sabtu, 11 Februari
  • Hadiah:
    • Logitech G335 Gaming Headset (Hitam) (1 pemenang)
    • Bundle Razer Level Up – Cynosa Lite Viper Mini Gigantus V2 (1 pemenang)

Untuk membaca segala liputan kami tentang francais Persona, sila tekan pautan di bawah.

Tags: Atlus SEAPersonaPersona 3 PortablePersona 4 Golden
Previous Post

Tiket “Fan Screening” The First SLAM DUNK Tersedia Sekarang Untuk Peminat Malaysia! Berharga RM130! [UPDATE]

Next Post

ASUS memenangi dua Anugerah Emas di Putra Aria Brand Awards 2022

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
ASUS memenangi dua Anugerah Emas di Putra Aria Brand Awards 2022

ASUS memenangi dua Anugerah Emas di Putra Aria Brand Awards 2022

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd