Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Disney teruskan idea untuk bawa Jared Leto sebagai watak utama dalam Tron: Ares

safwan by safwan
January 20, 2023
in Artikel, Berita, Filem, Movie/siri
0 0
0
Disney teruskan idea untuk bawa Jared Leto sebagai watak utama dalam Tron: Ares
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Disney telah memutuskan untuk meneruskan francais Tron dengan mengeluarkan ansuran yang ketiga di mana tajuknya adalah Tron: Ares dan bakal dibintangi oleh Jared Leto bersama Joachim Ronning sebagai pengarah.

Kali terakhir mendengar mengenai filem ini adalah pada tahun 2015 di mana pengarah pada ketika itu ialah Joseph Kosinki yang ingin meneruskan membuat sekuel kepada Tron Legacy. Namun, apabila francais yang lebih popular seperti Marvel dan Star Wars semakin rancak, Disney pun menggugurkan idea sekuel tersebut dan menjadi punca kepada Joseph Kosinki keluar daripada menjadi pengarah.

Menurut sumber daripada Deadline, Joachim Ronning masih dalam proses rundingan untuk membikin filem ini. Kru untuk penggambaran juga sedang disusun dan siap sedia untuk memulakan penggambaran pada bulan Ogos 2023 di Vancouver.

Walaupun masih dalam proses rundingan, Disney sendiri pernah bekerjasama dengan Joachim Ronning untuk menghasilkan pelbagai filem termasuk Maleficent: Mistress of Evil dan Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales.

Dan projeknya yang terbaru adalah Young Woman and the Sea yang berdasarkan Young Woman and the Sea: How Trudy Ederle Conquered the English Channel dan diinspirasikan daripada the World oleh Glenn Stout. Filem ini akan dikeluarkan di Disney+ nanti.

Untuk filem Tron: Ares, Joachim Ronning dibantu oleh Jesse Wigutow dalam penulisan skrip, manakala untuk penerbit pula ialah Justin Springer, Jared Leto, Emma Ludbrook dan Jeffrey Silver. Sean Bailey dan Sam Dickerman akan berfungsi sebagai penerbit eksklusif.

Buat masa sekarang, masih banyak perkara yang masih belum didedahkan termasuk plot, tarikh tayangan, senarai pelakon dan banyak lagi. Disebabkan penggambaran filem ini bakal bermula pada bulan Ogos 2023, mungkin dalam setahun atau dua tahun, baru kita pergi ke pawagam dan menonton Tron: Ares.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak liputan menarik mengenai filem, siri, anime dan banyak lagi daripada kami.

Tags: disneyJared LetoJoachim RonningTron 3Tron: Ares
Previous Post

ONE PIECE FITNESS BragMen – Pusat gym unik, angkat daging bukan besi!

Next Post

Stranger of Paradise: FF Origin umum DLC ‘Different Future’ – akan tiba 27 Jan!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama
Senarai

Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama

July 21, 2026
Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu
Beta

Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu

July 21, 2026
Next Post
Stranger of Paradise: FF Origin umum DLC ‘Different Future’ – akan tiba 27 Jan!

Stranger of Paradise: FF Origin umum DLC 'Different Future' - akan tiba 27 Jan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd