Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bagaimana Jagged Alliance 3 Menjadi Pengganti Layak Untuk Francais — Perkongsian Daripada Pembangun!

Maira by Maira
January 19, 2023
in Artikel, Berita, Game, PC, Steam
0 0
0
Bagaimana Jagged Alliance 3 Menjadi Pengganti Layak Untuk Francais — Perkongsian Daripada Pembangun!
Share on FacebookShare on Twitter

Pembangun Jagged Alliance 3, Haemimont Games mengongsikan sedikit cerita semasa mereka membangunkan game tersebut. Apabila membangunkan game baru untuk francais legenda seperti Jagged Alliance, benda yang paling peminat inginkan ialah pembangun tidak membuat silap. Agak mencabar juga untuk memastikan game itu terasa seperti sama untuk peminat yang sukakan Jagged Alliance dan Jagged Alliance 2 dan pada masa yang sama membawa pembaharuan baru kepada entri terbaru.

Untuk melakukan kerja yang baik, pembangun telah bekerja dengan Ian Currie, pereka konsep asal Jagged Alliance. Kalau anda ingin tahu, Ian telah terlibat dengan projek tersebut sejak hari pertama pembangunan.

Game Jagged Alliance terkenal dengan gabungan unik pengurusan kempen strategik, dunia yang besar untuk diterokai, pelbagai side-quest, pertempuran taktikal yang mendalam dan watak-watak yang disayangi. Game Jagged Alliance 3 yang akan datang kekal berpegang pada elemen ini dan dalam trailer Legacy baharu, Ian Currie dan pasukan Haemimont Games memberikan kita sesuatu yang menjadikannya istimewa.

Kalau anda ingin mengetahui selanjutnya tentang perkongsian ini, boleh klik pada pautan ini.

Jagged Alliance 3

Tentang Jagged Alliance 3

Grand Chien, sebuah negara yang kaya dengan sumber asli dan perpecahan politik yang mendalam, dilanda huru-hara apabila presiden yang dipilih hilang dan pasukan paramilitary yang dikenali sebagai “The Legion” menguasai kawasan luar bandar. Kini, keluarga Presiden telah mengumpulkan semua sumber mereka, termasuk perjanjian dengan syarikat Adonis yang berkuasa, untuk mengupah sekumpulan askar upahan mahir yang ditugaskan untuk mencari Presiden dan memulihkan keadaan negara itu.

Jagged Alliance 3

Dalam Jagged Alliance 3, pilih daripada sekumpulan besar askar upahan dengan personaliti unik, kebolehan dan latar belakang tersendiri. Terokai Grand Chien sambil anda berjumpa orang baharu, dapatkan duit, besarkan pasukan anda dan akhirnya membuat keputusan yang akan menentukan nasib negara.

Jagged Alliance 3

Game ini masih dalam pembangunan untuk PC dan dijadualkan untuk keluar pada 2023. Kalau anda berminat untuk bermainnya, boleh wishlist game tersebut di Steam sekarang.

Tags: Haemimont GamesJagged AllianceJagged Alliance 3THQ Nordic
Previous Post

DBP rasmi perkenalkan slang gaming dalam Bahasa – Buf, Nerf & Kekulit!

Next Post

EA Sports PGA Tour bakal tiba di PS5, Xbox Series & PC pada 24 Mac 2023!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
EA Sports PGA Tour bakal tiba di PS5, Xbox Series & PC pada 24 Mac 2023!

EA Sports PGA Tour bakal tiba di PS5, Xbox Series & PC pada 24 Mac 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd