Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tawaran game PS Plus untuk Januari 2023 – ada Back 4 Blood, Devil May Cry 5 & banyak lagi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 12, 2023
in Artikel, Berita, PS Plus, PS4, PS5, Senarai
0 0
0
Tawaran game PS Plus untuk Januari 2023 – ada Back 4 Blood, Devil May Cry 5 & banyak lagi!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, PlayStation Asia telah mendedahkan katalog game baru untuk ditambah ke PS Plus bagi bulan Januari 2023. Semua game di bawah akan tersedia pada Selasa 17 Januari termasuk Back 4 Blood, Devil May Cry 5, Dragon Ball FighterZ, Jett: The Far Shore, Just Cause 4 Reloaded dan banyak lagi.

Tanpa melengahkan masa lagi, berikut adalah senarai game terbaru untuk ditambah ke PS Plus pada Januari 2023:

Back 4 Blood | PS4, PS5

Sertai perang menentang Ridden dalam game “co-op first-person shooter” daripada pencipta Left 4 Dead! Manusia di ambang kepupusan, jadi terpulang kepada anda dan rakan-rakan untuk melawan musuh, menghapuskan Ridden dan membetulkan semula bumi.

Berjuang melalui dunia yang berbahaya dalam kempen cerita co-op empat pemain di mana anda mesti bekerjasama untuk bertahan hidup dalam misi yang semakin mencabar. Main bersama sehingga tiga rakan dalam talian atau pergi solo dan pimpin pasukan dalam pertempuran.

Pilih daripada lapan Cleaner yang boleh diubah suai, dan pelbagai daripada pelbagai senjata dan barangan unik semasa menyusun strategi menentang musuh yang sentiasa berevolusi.

Dragon Ball FighterZ | PS4

Alami pelbagai pertarungan hebat dengan watak ikonik daripada francais Dragon Ball. Dengan menggabungkan gaya autentik anime dan gameplay yang mudah dipelajari tetapi sukar untuk menguasai, game ini mempunyai pelbagai mode untuk dinikmati peminat francais dan genre.

Bina pasukan impian dan asah kemahiran anda untuk menguasai kombinasi terkuat bagi setiap watak dalam pertarungan tag 3v3, atau hadapi pemain sebenar dalam perlawanan Ranked (termasuk 6-player Party Match) dalam talian.

Story mode termasuk senario yang tidak pernah dilihat sebelum ini dengan watak baharu yang dicipta di bawah pemantauan Akira Toriyama (pencipta Dragon Ball).

Devil May Cry 5: Special Edition | PS5

Dalam Devil May Cry 5 Special Edition, alami rentak gameplay yang pantas dan brutal sambil mengharungi kisah yang mendebarkan!

Beberapa tahun selepas insiden Order of the Sword, ancaman syaitan baharu telah menyerang bumi. Terpulang kepada pemburu syaitan legenda Dante dan Nero untuk menghentikannya, bersama pendatang baru V di mana kita belajar bagaimana nasib ketiga-tiga lelaki ini berkait rapat dalam cara yang paling misteri dan mengejutkan.

Special Edition adalah versi yang dioptimumkan dan memperkenalkan ciri next-gen canggih seperti teknologi ray-tracing dan audio 3D, mode Turbo dan mode Legendary Dark Knight, serta merangkumi isi kandungan Deluxe Edition.

Devil May Cry 5 versi PS4 juga boleh didapati di PlayStation Plus Extra/ Deluxe.

Life is Strange: Before the Storm | PS4

Dalam pengembaraan naratif yang didorong oleh pilihan ini, Chloe Price, seorang remaja berusia 16 tahun membentuk persahabatan yang unik dengan Rachel Amber, seorang gadis cantik dan popular yang ditakdirkan untuk berjaya.

Apabila dunia Rachel diterbalikkan oleh rahsia keluarga yang gelap, hubungan kawan akan menjadi kekuatan untuk satu sama lain demi mengatasi kegelapan itu.

Life is Strange | PS4

Game adventure episodik popular ini membolehkan pemain mengundurkan masa dan mempengaruhi masa lalu, sekarang dan masa depan.

Ikuti kisah Max Caulfield, seorang senior fotografi yang mendapati dia boleh mengundurkan masa sambil menyelamatkan kawan baiknya Chloe Price. Tidak lama kemudian, duo itu mendapati diri mereka harus menyiasat kehilangan seorang rakan bernama Rachel Amber, sambil membongkarkan sisi gelap tentang kehidupan di bandar Arcadia Bay.

Dalam perjalanan, Max akan mendapat tahu bahawa mengubah masa lalu kadangkala boleh membawa kepada masa depan yang lebih dahsyat.

Jett: The Far Shore | PS4, PS5

Sebagai seorang scouter bernama Mei, jadilah orang pertama untuk mengembara di planet lautan bermitos. Pimpin kapal ‘jett’ dan terokai kawasan yang tidak diketahui – luncur di atas ombak, lihat pantai yang luas dan meneroka hutan di alam lain.

Sesuaikan diri dengan dunia terbuka yang rumit dan sistematik dan bertahan hidup melalui pelbagai cabaran bersama barisan watak istimewa. Mulakan pengembaraan solo yang dipersembahkan dalam lima bab – semuanya dengan detik-detik monumental, penerokaan santai, aksi menarik, adegan persahabatan yang menyayat hati dan elemen seram sekali-sekala.

Just Cause 4: Reloaded | PS4

Lompat ke dunia open world penuh aksi dan buat huru-hara dengan pelbagai senjata, kenderaan dan peralatan! Just Cause 4 Reloaded memberikan pengalaman gameplay yang luas dan meletup dalam pakej serba baharu termasuk kandungan premium tambahan.

Bermain sebagai protagonis Rico Rodríguez yang tiba di negara fiksyen Solís untuk mengalahkan The Black Hand, kuasa militari terbesar di dunia. Pakaikan wingsuit, lengkapkan grappling hook yang boleh disesuaikan sepenuhnya, dan bersedia untuk menghadapi dunia gila!

Omno | PS4

Perjalanan single-player melalui dunia purba penuh keajaiban. Siap dengan teka-teki, rahsia dan halangan untuk diatasi, di mana kuasa tamadun yang hilang akan membawa anda melalui hutan, padang pasir dan tundra – malah hingga ke awan.

Dalam perjalanan, anda akan menemui dunia yang penuh dengan pelbagai hidupan yang pelik, daripada makhluk kecil yang comel hingga ke gergasi yang misteri.

Erica | PS4

Dalam game thriller interaktif aksi langsung inovatif ini, keputusan anda akan membentuk naratif.

Ambil peranan sebagai Erica, seorang wanita muda yang dilanda mimpi buruk tentang pembunuhan bapanya. Apabila peristiwa traumatik daripada zaman kanak-kanaknya diseret kembali melalui petunjuk yang mengerikan, kini terpulang kepada anda untuk mendapatkan kebenaran.

Setiap pilihan yang anda buat akan mempengaruhi cara game ini berkembang, di mana pelbagai pengakhiran menanti anda di penghujung naratif.


Sekali lagi saya ingatkan – semua game PS Plus di atas akan tersedia untuk ditebus pada Selasa 17 Januari 2023. Untuk segala liputan kami tentang game PS Plus, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ps plusPS4ps5
Previous Post

Game SD Shin Kamen Rider Rumble Dedahkan Trailer dan Spesifikasi!

Next Post

Sertai ujian Company of Heroes 3 di PC Steam, bermula sekarang hingga 17 Jan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
Sertai ujian Company of Heroes 3  di PC Steam, bermula sekarang hingga 17 Jan!

Sertai ujian Company of Heroes 3 di PC Steam, bermula sekarang hingga 17 Jan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd