Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Razer Edge dan Razer Edge 5G Akan Lancar 26 Januari Ini! Peranti Handheld 5G Pertama Dunia!

Maira by Maira
January 6, 2023
in Artikel, Berita, Game, Produk, Teknologi
0 0
0
Razer Edge dan Razer Edge 5G Akan Lancar 26 Januari Ini! Peranti Handheld 5G Pertama Dunia!
Share on FacebookShare on Twitter

CES 2023 diteruskan dengan pengumuman terbaru oleh Razer! Kali ini, Razer membawa peranti handheld mereka, Razer Edge dan Razer Edge 5G buat pertama kali. Sejak ia diumumkan semasa Razercon 2022, akhirnya handheld ini akan tersedia tidak lama lagi.

Didatangkan dengan paparan AMOLED 6.8″ dan 2400×1080 FHD+ resolution, yang boleh memberikan 144Hz refresh rate, Razer Edge mampu memberikan pengelaman mobile gaming yang ideal.

Handheld ini merupakan peranti pertama yang dikuasakan dan dibangunkan secara eksklusif untuk Snapdragon G3x Gen 1 Gaming Platform terbaru, dengan kerjasama Qualcomm. Ia juga dibina dengan penyejukan aktif untuk masa bermain yang panjang untuk game AAA dan game lain tanpa pengurangan prestasi. Selain itu, peranti ini menawarkan CPU Kryo octa-core 3Ghz dengan GPU Adreno yang dibina untuk grafik maksimum dan prestasi terkemuka per watt.

Tersedia dalam kedua-dua model Wi-Fi atau Verizon 5G, Razer Edge pada mulanya akan ditawarkan untuk pasaran A.S. dahulu dan disertakan dengan Razer Kishi V2 Pro, yang menampilkan semua teknologi, pilihan customization dan ciri Kishi V2, dengan dua tambahan: maklum balas haptik Razer HyperSense dan port audio 3.5mm.

Microswitch pada butang dan D-pad memberikan tindak balas taktikal dan aksi serta-merta untuk kawalan kualiti konsol tepat pada platform “handheld gaming”.

Razer Edge 5G ialah peranti gaming 5G pertama di dunia, dengan beribu-ribu game AAA. Semuanya ada termasuk; game Android, launcher Epic Games (Fortnite dan Rocket League Sideswipe), perkhidmatan cloud gaming seperti Xbox Cloud Gaming (Beta) dan Nvidia GeForce Now.

Pilihan remote play juga tersedia yang menawarkan akses penuh kepada perpustakaan PC seperti Steam Link, Moonlight dan Parsec. Dengan akses tanpa had kepada katalog game, Razer Edge memberikan pengalaman gaming terbaik tanpa mengorbankan kandungan.

Kedua-dua model peranti handheld ini akan tersedia di AS bermula 26 Januari: Razer Edge (Wi-Fi) secara eksklusif di laman rasmi Razer dan RazerStore dengan harga $399.99, manakala Razer Edge 5G pula boleh didapatkan secara eksklusif di laman web Verizon dan kedai Verizon. Untuk harganya, anda boleh lawati laman web Verizon.

Untuk membaca segala liputan kami tentang Razer, sila tekan pautan ini.

Tags: CES2023razerRazer EdgeRazer Edge 5G
Previous Post

Romancing SaGa -Minstrel Song- Remastered Review — Kekal Klasik Dengan Visual HD!

Next Post

Razer Blade 16 & 18 diumumkan, bakal dilancarkan pada Q1 2023!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Razer Blade 16 & 18 diumumkan, bakal dilancarkan pada Q1 2023!

Razer Blade 16 & 18 diumumkan, bakal dilancarkan pada Q1 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd