Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review Mummies – Apabila geng mumia sesat di alam kehidupan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 27, 2023
in Animasi, Artikel, Berita, Filem, Movie Review, Movie/siri, Review
0 0
0
Review Mummies – Apabila geng mumia sesat di alam kehidupan!
Share on FacebookShare on Twitter

Dunia animasi 3D dipenuhi dengan nama-nama besar seperti Disney, Pixar, DreamWorks, Illumination, Sony dan banyak kali tetapi kali ini, saya ingin review tentang filem animasi terbaru oleh Warner Bros Pictures bertajuk “Mummies“. Bagi mereka yang tidak tahu, Warner Bros sangat terkenal dalam bidang animasi kerana karya 2D klasiknya, jadi penghasilan Mummies adalah percubaan terbaru mereka untuk bertapak dalam dunia animasi 3D.

Adakah ia setanding seperti animasi lain? Ayuh selami review saya!

Sinopsis

Pada zaman moden Mesir, sebuah bandar mumia berusia 3,000 tahun terletak jauh di dalam Bumi, jauh tersembunyi dari dunia.

Di bawah arahan empayar, Princess Nefer harus berkahwin dengan Thut, seorang bekas pembawa kereta kuda yang sombong. Itu bukan kehendak mereka kerana Nefer sebenarnya mendambakan kebebasan daripada kekangan keluarga diraja manakala Thut, bujang paling laku di bandar itu, amat takut pada komitmen.

Tetapi hasrat Firaun tidak dapat dielakkan, dan Thut perlu berkahwin dengan Nefer dalam masa tujuh hari sahaja. Firaun mempercayakan sebentuk cincin kahwin yang cantik kepada Thut, dan memintanya untuk menyimpan pusaka itu sehingga hari perkahwinan. Sekiranya cincin itu hilang, Thut harus menghadapi hukuman berat oleh Firaun.

Pada masa yang sama, di Bumi zaman moden, Lord Silvester Carnaby menjalankan ekspedisi arkeologi di mana dia sebuah makam Mesir yang mengandungi cincin perkahwinan menakjubkan. Dia tahu ini adalah peluangnya untuk merealisasikan impiannya sebagai ahli arkeologi yang terkenal. Dia segera kembali ke London dengan harta yang berharga itu untuk menjadikan ini sebagai tumpuan utama pameran baharu.

Walau bagaimanapun, cincin ini sebenarnya sudah mempunyai pemilik yang sedang gigih mencarinya…

Di bandar mumia yang tersembunyi, apabila Thut mengetahui cincin itu telah dicuri, dia tidak mempunyai pilihan selain mengembara ke dunia manusia dan menyusup ke London atau berisiko menghadapi hukuman Firaun.

Dia ditemani oleh adik lelakinya Sekhem, seorang budak lelaki berusia lapan tahun yang ingin memulihkan status abangnya sebagai wira lumba; dan Croc, anak buaya dan haiwan peliharaan Sekhem; serta Nefer, yang mengambil kesempatan untuk melarikan diri dari perkahwinan akan datang untuk mengejar impiannya.

Bersama, ketiga-tiga mumia itu mesti meneroka London zaman moden untuk mencari dan membawa balik cincin yang dicuri Lord Carnaby, tetapi Nefer dan Thut perlu belajar untuk bekerjasama agar misi mereka berjaya.

Jalan cerita

Tanggapan pertama; jika dibandingkan dengan filem animasi Warner Bros yang lain seperti DC League of Super-Pets (2022), plot dan keseluruhan ceritanya jauh ketinggalan. Filem ini mempunyai gaya penceritaan yang tidak menentu, khususnya banyak kejadian yang tidak berkaitan tiba-tiba ditambahkan.

Saya faham bahawa cerita animasi sering menambah plot di mana pelbagai kejadian berlaku dengan rawak, tetapi sesetengah adegan tidak diperlukan dan ditambah tanpa apa-apa sebab tertentu.

Namun, saya yakin Mummies adalah pilihan yang bagus jika anda tonton bersama keluarga. “Target audience” terang-terang adalah untuk kanak-kanak berumur antara 5 dan 12 tahun. Disebabkan filem bergantung pada plot yang ringkas dan mudah dihadam, ia sangat sesuai untuk kanak-kanak. Dramanya tidak terlalu serius, jadi budak tadika pun boleh menikmati filem.

Malangnya, penonton dewasa pasti akan mendapati filem ini membosankan. Seperti saya kata tadi, jalan cerita sangat mudah untuk diramal dan nilai emosi yang dibawa terlalu ringan berbanding filem Disney/Pixar yang lain. Nasib baiklah, Mummies mempunyai banyak mesej moral yang disampaikan dengan baik.

Pengajaran hidup paling penting yang diajar dalam “Mummies” adalah untuk “mengatasi ketakutan anda” dan “sentiasa berusaha merealisasikan impian”. Ini amat benar terutamanya untuk Nefer, yang sentiasa mahu menjadi penyanyi dan kini mendapat peluang untuk berbuat demikian selepas seorang penerbit muzik kagum dengan persembahan pentasnya.

Disebabkan minatnya untuk muzik, beberapa bahagian muzikal turut akan muncul sepanjang filem. Nasib baik, lagu-lagunya cukup menarik untuk didengari.

Lakonan dan visual

Pelakon utama, Joe Thomas dan Eleanor Tomlinson – yang masing-masing menyuarakan Thut dan Princess Nefer, mempunyai “chemistry” yang menarik sebagai pasangan ganjil. Saya sebenarnya paling suka lakonan Princess Nefer yang seolah-olah natural, tetapi lakonan Joe Thomas tidak begitu menarik hati saya.

Persembahannya terasa aneh dan tidak cukup meyakinkan. Ada kalanya ia juga terasa “flat”, janggal dan tanpa perasaan. Disebabkan dia menyampaikan dialognya tanpa perasaan, maka jenakanya pun tidak banyak memberi kesan.

Walau bagaimanapun, Hugh Bonneville sangat cemerlang sebagai ahli arkeologi jahat, Lord Carnaby. Lakonan Bonnevill memang sesuai untuk peranan itu, dan saya sendiri tidak dapat menahan gelak apabila dia membuat jenaka. Malangnya, watak antagonis itu memainkan watak jahat stereotaip; yang mudah menjadi bosan daripada segi penceritaan.

Sekarang mari kita bincangkan animasi.

Sejujurnya, animasi visual Mummies adalah 50/50 antara baik dan buruk. Watak-watak dan objek semuanya dihasilkan dengan cukup lawa, tetapi kadangkala animasi di sesetengah babak kelihatan pelik dan tidak natural.

Sebaik sahaja filem itu bermula, saya terfikir – “Wahh, animasi nampak lebih bagus daripada yang disangkakan” (tidak terperinci Pixar, tetapi masih ada kualiti), dan berjaya memberi visual yang bersemangat dan berwarna-warni apabila memperkenalkan watak dan lokasi baru.

Tetapi bukan di situ letak masalahnya.

Animasi mula kelihatan goyah di beberapa bahagian lain. Atas sebab apa saya tidak tahu, animasi semasa bahagian pertengahan hingga penamat benar-benar nampak buruk. Ini mengecewakan kerana semua detik yang menarik berlaku di sini. Bukan model yang menjadi masalah; cuma animasinya yang teruk semasa adegan penting.

Pendapat

Secara keseluruhan, saya beri rating 6/10 kepada “Mummies”. Ia tidak menambah aspek penceritaan yang unik atau menarik kepada kisah tradisional vs. moden seperti yang dilakukan oleh Disney dan Pixar. Ini membuatkan plot sangat mudah untuk diramal sehingga ia menjadi membosankan.

Tetapi ini juga boleh menjadi kelebihannya. Bagi pendapat saya, filem Mummies adalah pilihan yang bagus untuk keluarga dengan anak-anak kecil. Jika difikirkan daripada perspektif kanak-kanak muda, Mummies pastinya menghiburkan dan mempunyai banyak pelajaran untuk mereka. Jika filem seperti ini yang anda ingin menonton bersama keluarga, dipersilakan!


Tekan SINI untuk melihat tarikh dan masa tayangan Mummies!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Mummies

6 Score

Bagi pendapat saya, filem Mummies adalah pilihan yang bagus untuk keluarga dengan anak-anak kecil. Jika difikirkan daripada perspektif kanak-kanak muda, Mummies pastinya menghiburkan dan mempunyai banyak pelajaran untuk mereka.

Review Breakdown

  • Rating 0
Tags: animasifilemmovieMummies
Previous Post

Nak Pergi Acara ACG Tahun Ini? Jom Usya Acara-acara ACG Malaysia Yang Akan Berlangsung 2023!

Next Post

GAMERA: Rebirth Akan Tayang di Netflix, Bakal Hadir Dengan 6 Episod!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Yasha: Legends of the Demon Blade – Roguelike Mitologi Jepun Penuh Dengan Gaya
Review

Reviu Yasha: Legends of the Demon Blade – Roguelike Mitologi Jepun Penuh Dengan Gaya

Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan
Filem

Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan

May 23, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Next Post
GAMERA: Rebirth Akan Tayang di Netflix, Bakal Hadir Dengan 6 Episod!

GAMERA: Rebirth Akan Tayang di Netflix, Bakal Hadir Dengan 6 Episod!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!
Animasi

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!

May 21, 2025
DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei
DLC

DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei

May 21, 2025
Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto
Anime

Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto

May 20, 2025
The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game
Animasi

The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game

May 20, 2025
Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?
Anime

Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?

May 20, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd