Baru ditayangkan 22 hari, Mechamato Movie kini menjadi filem animasi tempatan tertinggi di Malaysia dengan kutipan RM30.75 juta. Dengan kutipan tersebut filem terbaru Monsta itu telah mengalahkan kutipan filem Ejen Ali The Movie dan BoBoiBoy Movie 2.
Nizam Abd Razak, CEO Monsta sangat berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong filem itu di pawagam. Tambahnya lagi, mereka mahu Mechamato Movie untuk memecahkan rekod keseluruhan filem animasi yang dipegang oleh Frozen 2, yang telah mengutip lebih daripada RM 38 juta.
Kalau tengok daripada angka tersebut, rasanya tidak mustahil untuk Mechamato Movie untuk mengalahkan Frozen 2. Lebih-lebih lagi dengan demam Mechamato yang masih hangat.

Mechamato Movie membawa penonton melihat pertemuan pertama Amato dan Mechabot, sebuah power sphera yang berkuasa. Mereka berdua telah bergabung tenaga menentang Jeneral Grakakus yang membuat huru-hara di Kota Hilir untuk mendapatkan Mechabot. Tidak dilupakan juga Maskmana yang telah muncul dalam filem BoBoiBoy! Kalau nak tahu apa yang terjadi nanti, kenalah tontonnya di pawagam.

Kalau anda ingin menonton siri Mechamato, ianya tersedia di pelbagai platform penstriman dan juga saluran TV. Antaranya ialah Netflix, HBO GO, Cartoon Network, Astro Prima, TV9 dan TV3. Di saluran youtube rasmi Monsta juga tersedia secara percuma untuk ditonton, dengan episod baru ditayangkan setiap minggu. Kalau anda menontonnya di Netflix, terdapat alih suara bahasa lain seperti Inggeris, Mandarin, Jepun, Korea dan Thai. Musim kedua juga telah tersedia melalui Cartoon Network Asia.
Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Mechamato daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post