Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Interview Marvel’s Midnight Suns – Eksperimen berjaya antara Marvel & genre strategi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 28, 2022
in Artikel, Berita, Epic Store, PC, PS5, Real time strategy, Steam, Temuramah, Xbox Series X|S
0 0
0
Interview Marvel’s Midnight Suns – Eksperimen berjaya antara Marvel & genre strategi!
Share on FacebookShare on Twitter

Marvel’s Midnight Suns secara rasmi sudah ada di pasaran dan ternyata ramai yang menyukai game ini. Sebelum pelancaran rasminya pada awal Disember lalu, kami berpeluang menemu ramah Jake Solomon sebagai Pengarah Kreatif di mana dia menjelaskan tentang proses pembangunan game, termasuk bagaimana studio Firaxis Games memanfaatkan pengalaman lepas untuk mencipta game strategi baharu di berdasarkan watak Marvel.

Jake Solomon – Pengarah Kreatif Marvel’s Midnight Suns

Tanpa melengahkan masa lagi, berikut adalah isi kandungan interview.

Game ini membawa tumpuan yang kuat kepada jalan cerita dan watak. Bagaimanakah proses mencipta watak-watak tersebut setelah melihat versi baru masing-masing?

Jake: Sangat menyeronokkan dan satu penghormatan besar untuk menulis dialog untuk hero ini, yang kebanyakannya kita baca dalam komik semasa kanak-kanak. Salah satu perkara hebat yang kami ada ialah untuk Marvel’s Midnight Suns, kami mempunyai universe sendiri – jadi Doctor Strange ialah Doctor Strange kami dan Iron Man ialah versi kami.

Walau bagaimanapun, kami mahu memastikan peminat lama berasa selesa dengan perwatakan hero kami, jadi banyak yang difikirkan semasa menulis dialog di mana ia berfungsi sama ada untuk mereka yang telah membaca buat masa yang lama atau jika anda hanya melihat filem.

Dari perspektif cerita, mengapakah anda membuat pilihan dialog antara Light/Dark mudah untuk dibezakan?

Jake: Kami lebih ingin memberikan maklumat kepada pemain berbanding kurang memberi – Marvel’s Midnight Suns sudah pun menjadi game besar dengan begitu banyak sistem dan begitu banyak dialog. Akhirnya, pemain juga akan tahu dan menjejaki respons mereka!

Adakah ia sukar untuk membawa watak original ke dalam universe Marvel yang begitu besar?

Jake: Ia sukar dalam erti kata bahawa The Hunter harus berasa seperti hero yang boleh berdiri sendiri, berhadapan dengan gergasi seperti Iron Man dan Captain America… tetapi juga boleh dipercayai, dan boleh berhubung dengan rakan hero.

Sebahagian daripada itu lebih mudah kerana The Hunter bukan papan tulis kosong – mereka mempunyai latar belakang, mereka mempunyai legenda yang membantu menceritakan hero lain dan mengapa mereka memimpin dan membuat keputusan dalam pertempuran menentang Lilith.

Bagaimanakah kerjasama dengan Marvel semasa menghasilkan jalan cerita dan watak dalam game?

Jake: Marvel ialah rakan hebat yang benar-benar menyokong kami dalam setiap langkah. Kami tidak pernah mempunyai saat di mana jawapannya adalah “sama sekali tidak” – mereka sentiasa memberi maklum balas yang berguna, terutamanya untuk mendapatkan watak yang betul, sama ada melalui dialog hingga ke pose!

Apakah proses bagi pemaju untuk menentukan sistem gameplay berasaskan kad dalam game ini? Ini adalah perubahan besar berbanding XCOM.

Jake: Apabila mula bekerja pada Marvel’s Midnight Suns, kami berhasrat untuk melakukan sesuatu seperti Marvel XCOM, tetapi cepat menyedari bahawa banyak mekanik XCOM tidak sesuai dengan idea superhero. Oleh itu, kami menghapuskan ‘cover’ – dan mereka tidak terlepas pukulan, jadi kami menghapuskan peluang % hit. Dan game ini mempunyai kisah khusus, jadi kami juga tidak mempunyai permadeath.

Apabila mengalih keluar setiap sistem ini, ia terhasil sebagai sesuatu yang tidak berfungsi dengan baik dan tahu kami perlu kembali ke papan idea. Oleh itu, kami memikirkan tentang inti sebenar game taktik – iaitu teka-teki yang menarik tanpa henti, di mana pemain mesti mempunyai pilihan yang menarik pada setiap masa. Kami melakukan ini melalui rawak, dan di XCOM ia dilakukan melalui peluang % hit.

Jadi apakah cara lain yang boleh kita lakukan secara rawak? Kad! Apa yang menarik tentang kad ialah ia adalah mekanik yang dikenali ramai orang. Majoriti memahami bahawa anda “menarik” kad secara rawak, jadi kami tidak perlu mengajar pemain bagaimana untuk beroperasi, ini pun sangat penting.

Dengan cara itu, pertempuran Marvel’s Midnight Suns dengan kad adalah bertentangan dengan XCOM. Dalam XCOM, anda sentiasa tahu kebolehan yang ada, tetapi anda tidak tahu sama ada ia akan bersambung. Dalam Marvel’s Midnight Suns, anda tidak pernah tahu apakah kebolehan yang akan dimiliki pada giliran seterusnya, tetapi sebaik sahaja memilikinya, ia sentiasa boleh digunakan. Akhirnya, saya rasa sistem baharu itu masih memuaskan peminat dan pemain XCOM yang sukakan game taktikal.

Bagaimana anda mengekalkan keseimbangan untuk ‘pilihan penting’ yang pemain mesti tentukan dalam misi wajib?

Jake: Secara keseluruhan, kami menghasilkan reka bentuk jalan cerita dan sistem gameplay supaya anda boleh bermain Marvel’s Midnight Suns mengikut rentak yang dimahukan. Jika pemain benar-benar mahu, mereka boleh melalui keseluruhan cerita tanpa menyentuh sebarang kandungan optional, tidak melakukan Hangouts tambahan, kelab atau apa-apa lagi.

Kami juga tidak mempunyai apa-apa jenis meter untuk ‘hari kiamat’, jadi jika mahu – anda boleh melakukan misi standard berulang kali supaya dapat membina set kemahiran yang sempurna atau mendapatkan semua upgrade sebelum game tamat.

Ini berbalik kepada salah satu tiang utama gameplay untuk Marvel’s Midnight Suns, yang menjadikan game sangat mudah untuk diakses oleh pemain di mana anda mempunyai banyak kebebasan untuk bermain, sama ada dari level pertempuran hingga ke playstyle.

Mesej terakhir untuk para pembaca?

Jake: Sukar untuk percaya bahawa kami akhirnya berada di sini, tetapi kami sangat teruja untuk membawa Marvel’s Midnight Suns kepada pemain di seluruh dunia. Terima kasih kepada semua yang telah menyokong kami selama ini.


Buat sesiapa yang berminat, Marvel’s Midnight Suns kini tersedia di PS5, Xbox Series, dan PC melalui Steam dan Epic Games Store. Adakah game ini benar-benar bagus seperti yang dikatakan? Anda boleh baca review kami di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: interviewJake Solomon
Previous Post

“Selitkan idea original, bukan tiru sijibik” – Interview eksklusif bersama Studio MAPPA

Next Post

Senarai Game Gempak yang akan keluar pada tahun 2023!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Senarai Game Gempak yang akan keluar pada tahun 2023!

Senarai Game Gempak yang akan keluar pada tahun 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd