Baru-baru ini, dunia anime digemparkan dengan berita sedih di mana pengasas anime Naruto dan Studio Pierrot, Yuji Nunokawa telah meninggal dunia pada umur 75 tahun. Berita ini disahkan oleh Studio Pierrot melalui Twitter dan menyatakan bahawa dia telah meninggal dunia pada 25 Disember 2022.
Dengan berat hati kami memaklumkan kepada anda tentang pemergian Yuji Nunokawa, bekas Pengerusi dan Penasihat Tertinggi Pierrot.
Encik Nunokawa telah meninggal dunia pada 25 Disember.
Dia berumur 75 tahun.
Dia akan dirindui kerana kempimpinan, komitmen dan semangatnya.
Untuk pengetahuan anda, Yuji Nunokawa ialah pengasas Studio Pierrot yang kini terkenal di seluruh dunia. Sepanjang kariernya, dia telah melakukan pelbagai jenis kerja seperti menjadi produser dan pengarah. Majoriti penglibatan kerjayanya di bawah Studio Pierrot, jadi Nunokawa membantu mengawasi beberapa tajuk besar shonen.

Sebagai contoh, Yuji Nunokawa telah membantu mengawasi anime Naruto dari awal dan menjadi penerbit eksekutif untuk beberapa filem anime tersebut. Selain itu, dia juga telah mengusahakan beberapa siri anime terkenal seperti Bleach, Yu Yu Hakusho, Urusei Yatsura, Creamy Mami dan banyak lagi.
Bagi Studio Pierrot pula, syarikat ini ditubuhkan secara rasmi pada Mei 1979 dan Nunokawa telah mengumpulkan beberapa bakat besar dari Mushi Production dan Tatsunoko Production. Dia telah mewujudkan studio bersama Hisayuki Toriumi dan pada masa ini, CEO syarikat sekarang ialah Michiyuki Honma.

Selepas ditubuhkan, Studio Pierrot hanya mengambil masa selama 10 tahun untuk berjaya, tetapi mereka mula terkenal secara global apabila siri Yu Yu Hakusho dikeluarkan pada tahun 1992. Ketika siri Naruto bermula pada Oktober 2002, Pierrot adalah syarikat terkenal dalam industri anime dan ia terus berkembang maju. Baru-baru ini, studio ini telah mendapat pujian untuk kerjanya pada rancangan seperti Black Clover dan Bleach: Thousand-Year Blood War.

Yuji Nunokawa telah meninggal dunia pada usia 75 tahun. Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada ahli keluarganya dan terima kasih kerana telah mewarnai zaman kanak-kanak kami dengan anime yang menarik.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post