Seperti biasa, bulan baru bermaksud pre-order untuk PS5 kembali lagi untuk gamer yang ingin mencuba nasib untuk mendapatkan konsol terbaru PlayStation. Sony Centre Mid Valley sekali lagi membuka borang dalam talian untuk anda mencuba nasib pre-order untuk memiliki konsol PS5 pada bulan Disember 2022. Anda boleh mengisi borang tersebut melalui pautan ini. Borang ini tersedia mulai 21 Disember 2022 sehingga 9 Januari 2023 jam 10 malam.

Cuma, borang kali ini sudah dikemas kini dengan harga baru konsol PS5 berikutan inflasi dunia. Kini harga pasaran bermula adalah RM 2499 untuk PS5 versi pemacu cakera Ultra HD Blu-ray. Buat sesiapa yang ingin membeli PS5 dengan DualSense tambahan, ia dijual pada harga RM2,848.
Lebih menarik sekali, pre-order kali ini juga datang dengan bundle game God of War Ragnarok. Bundle itu pula dijual bermula harga RM 2769 dan jika korang menambah DualSense, ia akan berharga RM3118.
Berikut adalah posting Facebook oleh Sony Centre Mid Valley:
Bukan setakat itu sahaja, terdapat banyak game tersedia untuk anda tambah pada pre order PS5, contohnya FIFA 23, SD GUNDAM BATTLE ALLIANCE, THE LAST OF US PART 1 dan God of War Ragnarok Anda juga boleh menambah waranti untuk untuk versi konsol yang dikehendaki. Peranti PS5 lain seperti Pulse 3D Headset, media remote, console cover dan charging station juga tersedia untuk anda tempah.
Anda juga boleh melanggan PS Plus melalui borang dalam talian tersebut. Kalau rasa storan PS5 tidak mencukupi, anda juga boleh menambahnya. Terdapat dua pilihan NVMe M.2 SSD tersedia iaitu 1TB (RM 699) dan 2 TB (RM 1299).

Kesemua aksesori yang tersedia juga akan dijual selagi stok masih ada. Jadi, anda yang masih inginkan konsol PS5 ini, bolehlah isi borang ini pre-order untuk Disember 2022. Mungkin anda pula yang bertuah untuk mendapatkannya.
@gamersantaimy
Discussion about this post