Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game FIFA berjaya teka Argentina sebagai juara World Cup 22, kali ke-4 teka tepat!

Alan Fikri by Alan Fikri
December 19, 2022
in Artikel, Berita, Sukan/lumba
0 0
0
Game FIFA berjaya teka Argentina sebagai juara World Cup 22, kali ke-4 teka tepat!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas perlawanan akhir FIFA World Cup 2022 yang hangat berakhir dengan kemenangan Argentina, EA Sports telah mengeluarkan kenyataan tentang bagaimana mereka dapat meramalkan keputusan tersebut dengan menggunakan simulasi kejohanan EA Sports FIFA 23 yang sangat tepat. Ini menjadikannya kali ke-4 buat syarikat game tersebut mendapat ramalan yang betul untuk kejohanan bola sepak terbesar di dunia.

The crowning moment in an iconic career.

Congratulations Argentina, #FIFAWorldCup winners. pic.twitter.com/2tQEmaJYc8

— EA SPORTS FC (@EASPORTSFC) December 18, 2022

Kejayaan tersebut sangat bergantung dengan teknologi HyperMotion FIFA, yang sudah ada pada FIFA 22 tetapi telah dinaik taraf ke peringkat seterusnya dengan menggabungkan lebih daripada 6,000 animasi bola sepak yang realistik untuk memberikan pengalaman realisme kepada pemain.

Teknologi motion capture FIFA 23 adalah berdasarkamn berjuta-juta titik data yang diambil daripada pemain bola sepak profesional dan algoritma mesin yang melakukan animasi baru untuk mencipta pergerakan bola sepak semula jadi dan realistik untuk setiap saat ketika bermain. Ini membuatkan game itu kelihatan seperti sukan sebenar yang ditonton di dalam stadium.

Dalam perlawanan sebenar, keputusan pemenang ditentukan dengan gol penalti selepas seri 3-3 yang dramatik di mana Klylian Mbappé dari Perancis menjaringkan hatrick, kemudian Lionel Messi menggunakan kemahirannya untuk menyamakan kedudukan semula dan menjadikan pasukannya sebagai juara menerusi sepakan penalti.

Ia adalah keputusan yang hampir sama telah diramalkan dalam simulasi EA FIFA 23 di mana Messi berjaya membuat serangan penentu pada perlawanan akhir dan mendapat Anugerah Golden Boot. Mbappé juga dilihat dalam pengiraan tersebut sebagai penjaring ke-3 terbaik dalam kejohanan dengan dua gol dibelakang Messi. Agak sukar untuk meramal gol Mbappé kerana kebanyakan jaringannya berlaku sekitar penghujung perlawanan dan masa tambahan,

Satu lagi ramalan yang betul ialah GK Emiliana Martinez daripada Argentina berjaya memenangi Anugerah Golden Glove dalam game dan dunia sebenar. Ini menunjukkan sejauh mana kemajuan teknologi EA selepas meramalkan kejayaan Perancis pada 2018, Jerman pada 2014 dan Sepanyol pada 2010.

Ini membuktikan bahawa kemenangan dalam bola sepak jarang bergantung pada nasib tetapi sebenarnya terdiri daripada pelbagai faktor seperti latihan, kerja berpasukan dan kebolehan semula jadi setiap pemain untuk mencapai kejayaan di mana-mana dan pada bila-bila masa, walaupun dalam realiti simulasi.

Sumber: REUTERS

EA FIFA 23 juga telah meramalkan Team of the Tournament (4-4-2):

  • Emiliano Martinez – ARG
  • João Cancelo – POR
  • Raphaël Varane – FRA
  • Marquinhos – BRA
  • Marcos Acuña – ARG
  • Leandro Paredes – ARG
  • Rodrigo de Paul – ARG
  • Vinícius Jr – BRA
  • Lionel Messi – ARG
  • Kylian Mbappé – FRA
  • Richarlison – BRA

Jadi apa pendapat anda tentang ramalan daripada EA untuk FIFA World Cup 2022 ini, adakah di masa akan datang, ramalan akan menjadi lebih mudah kerana perkembangan teknologi yang semakin maju? Bagaimana pula dengan ramalan Team of the Tournament untuk FIFA 23, adakah anda rasa mereka layak? Boleh berikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.

Untuk banyak lagi liputan menarik tentang FIFA, sila tekan pautan ini.

Tags: ea sportsfifaFIFA 23World Cup 2022
Previous Post

Selamat tinggal Ash & Pikachu! Anime Pokemon kenalkan 2 protagonis baru!

Next Post

Siri ‘Final Fantasy Pixel Remaster’ akan tiba di PS4 & Switch pada 2023!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Siri ‘Final Fantasy Pixel Remaster’ akan tiba di PS4 & Switch pada 2023!

Siri 'Final Fantasy Pixel Remaster' akan tiba di PS4 & Switch pada 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd