Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bukan game, rupanya SAND LAND dapat adaptasi anime oleh Sunrise/Kamikaze Douga/ANIMA

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 19, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Bukan game, rupanya SAND LAND dapat adaptasi anime oleh Sunrise/Kamikaze Douga/ANIMA
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas mengusik video teaser pada minggu lepas, Bandai Namco secara rasmi mengumumkan adaptasi anime SAND LAND oleh Akira Toriyama, orang sama yang mencipta siri Dragon Ball. Buat masa ini, tidak banyak info yang diumumkan tetapi kita dapat tahu bahawa adaptasi anime ini akan dihasilkan oleh Sunrise, Kamikaze Douga , dan ANIMA serta bakal ditayangkan pada tahun 2023.

Sempena itu, mereka telah mengeluarkan trailer baru:

Menurut Bandai Namco, projek SAND LAND akan “mengumpulkan pelbagai rakan kongsi untuk mencipta pelbagai jenis kandungan dan membangunkan SAND LAND menjadi [harta intelek] penuh”, bermula dengan adaptasi visual anime.

Memandangkan projek itu dipromosikan di halaman sosial Bandai Namco Entertainment—iaitu divisi gaming Bandai Namco—ada kemungkinan sebuah permainan video turut dalam pembikinan.

Bagi mereka yang tidak tahu, SAND LAND ialah siri manga pendek yang ditulis dan diilustrasikan oleh Akira Toriyama (pencipta Dragon Ball, Dr. Slump). Ia mula disiarkan dalam Weekly Shonen Jump dari 22 Mei hingga 28 Ogos 2000 dan terdiri daripada 13 bab dan 1 epilog.

Sinopsis:

Pada masa hadapan yang jauh, 50 tahun penuh bencana alam dan peperangan telah memusnahkan sebahagian besar Bumi, lalu meninggalkan tanah tandus yang dipanggil Sand Land. Sungai yang dahulu membekalkan air telah lama kering, dan bekalan air kini dikawal oleh seorang raja yang tamak.

Tanah terbiar kini didiami oleh manusia dan syaitan, yang hidup dengan aman bersama. Memandangkan botol air yang dijual oleh kerajaan raja semakin mahal untuk dibeli oleh rakyat, penduduk Sand Land sentiasa dahaga dan mula merompak antara satu sama lain untuk mendapatkan air dan wang.

Bosan dengan ketamakan raja, syerif tua Rao pergi mencari tasik yang telah lama hilang. Dia memberitahu Beelzebub, anak raja syaitan, tentang kewujudan tasik misteri itu yang mungkin dapat menyelamatkan penduduk Sand Land. Bersama-sama dengan syaitan bijak bernama Thief, mereka bertiga pergi mencari Phantom Lake.

Untuk membaca segala liputan kami tentang anime termasuk berita terkini, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: akira toriyamaanimemangaSAND LAND
Previous Post

Manga Jujutsu Kaisen ‘mungkin’ akan tamat tahun depan, bak kata pencipta!

Next Post

Selamat tinggal Ash & Pikachu! Anime Pokemon kenalkan 2 protagonis baru!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Jurassic World Rebirth – Visual Cukup Mencengkam, Cuma Identiti Original Semakin Hilang
Review

Reviu Jurassic World Rebirth – Visual Cukup Mencengkam, Cuma Identiti Original Semakin Hilang

NVIDIA Akan Tamatkan Driver Support untuk GPU GTX 700, 900 & 1000
Teknologi

NVIDIA Akan Tamatkan Driver Support untuk GPU GTX 700, 900 & 1000

July 2, 2025
Persona5: The Phantom X Tersedia Untuk Pre-Download, Akan Keluar 3 Julai!
Berita

Persona5: The Phantom X Tersedia Untuk Pre-Download, Akan Keluar 3 Julai!

July 2, 2025
Next Post
Selamat tinggal Ash & Pikachu! Anime Pokemon kenalkan 2 protagonis baru!

Selamat tinggal Ash & Pikachu! Anime Pokemon kenalkan 2 protagonis baru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd