Hari ini, THQ Nordic telah menunjukkan pandangan pertama untuk kelas Necromancer bagi game “turn-based 4x strategy” mereka, SpellForce: Conquest of Eo. Sempena itu, mereka turut mengeluarkan trailer untuk mempamerkan kebolehan Necromancer – yang anda boleh lihat di bawah:
Seperti yang anda boleh lihat, Necromancer adalah ahli sihir yang pakar tentang kematian dan manipulasi, dan boleh mencipta unit mayat hidup di menaranya. Dengan kepakaran ini, Necromancer dapat mengumpulkan tentera yang murah, tidak takut pada bahaya, dan tabah menghadapi musuh serta boleh merentasi air.

Oleh itu, dengan bermain Necromancer, anda dapat menjana jumlah tentera yang lebih banyak dan lebih pantas berbanding mana-mana ahli sihir lain dalam SpellForce: Conquest of Eo. Namun begitu, kuasa ini memerlukan banyak kuasa sihir untuk mengekalkan dan mengawal mayat hidup, jadi para pemain yang memakai Necromancer harus sentiasa mencari sumber sihir untuk mengisi semula kuasa.

Bagi mereka yang tidak tahu, SpellForce: Conquest of Eo ialah game “turn-based 4x strategy” terbaharu dalam siri SpellForce, dan akan tersedia untuk PC pada tahun 2023.
Misi kita adalah untuk mengetuai wira dan tentera hebat lalu hantar mereka dalam misi berbahaya yang tidak terkira banyaknya. Isi ‘grimoire’ (buku sihir) dengan mantra untuk menguatkan lagi kuasa dan bina menara paling agung untuk menjadi ahli sihir terhebat sepanjang masa.
Ciri-ciri utama:
- Bina menara dan cipta bilik baharu untuk menentukan laluan ahli sihir anda
- Rekrut wira individu untuk memimpin pasukan, masing-masing dengan misi peribadi mereka
- Dedahkan rahsia dan mantra baharu melalui grimoire interaktif
- Cipta apa sahaja seperti rune ajaib, artifak dan askar mayat hidup
- Temui pengembaraan baharu dengan kempen yang dijana secara rawak
SpellForce: Conquest of Eo akan dikeluarkan di PC pada tahun 2023. Tarikh keluaran rasmi tidak diumumkan, tetapi moga-moga THQ Nordic beri info baru dalam masa terdekat.
@gamersantaimy
Discussion about this post