Selalu dengar jenama iQOO ini tapi memang langsung tak nampak phone mereka dibawa masuk ke pasaran Malaysia. Baru-baru ini, iQOO telah memperkenalkan phone baharu mereka yang bertaraf flagship di Malaysia. Phone yang dibawa masuk ke pasaran Malaysia adalah iQOO 11 5G!
Ia sememangnya lengkap dengan CPU Snapdragon 8 Gen 2 Mobile Platform, skrin 2K AMOLED UHD dan banyak lagi ciri-ciri menarik. Tetapi adakah ia mampu memberikan pengalaman yang sangat lancar semasa bermain game atau kegunaan harian?
Kalau ingin tahu jawapannya, jom saya memperkenalkan iQOO 11 5G kepada anda melalui review ini.
Reka Bentuk

Yang berada di tangan saya sekarang adalah iQOO 11 5G Legend Edition yang didatangkan dengan warna putih melepak. Jika melihat pada bahagian belakang phone, mereka masih mengekalkan penggunaan kaca AG di bahagian kamera dan selebihnya adalah kulit silikon.

Apa yang lagi menarik pada bahagian belakang adalah terdapat satu jalur yang menampilkan tiga warna klasik BMW M Motorsport iaitu merah, hitam dan biru. Dengan adanya reka bentuk jalur seperti ini, ia nampak sangat elegan dan sekali gus menarik perhatian ramai orang terutama sekali golongan muda serta peminat kereta berjenama seperti BMW M Motorsport.
iQOO 11 5G didatangkan dengan saiz 164.86 x 77.07 x 8.72mm dan beratnya hanya 205g sahaja. Memandangkan ianya menggunakan kulit silikon pada bahagian belakang, ia langsung tidak meninggalkan kesan cap jari pada badannya.
Untuk kegunaan button pula, button volume dan on/off boleh didapati pada bahagian kanan atas. Manakala port type-c dan slot kad sim terletak di bahagian bawah. Speaker pada telefon ini mempunyai dua output iaitu satu di bahagian atas dan lagi satu di bahagian bawah.
Skrin 2K AMOLED UHD

iQOO 11 5G sememangnya phone yang bertaraf flagship dengan skrin yang didatangkan padanya adalah 6.78 inci 2K E6 AMOLED UHD bersama resolusi 3200 x 1440 dan liputan 100% DCI-P3 colour gamut.
Dengan spesifikasi skrin yang didatangkan sebegini, ia dapat memaparkan gambar yang sangat “natural”. Bukan setakat itu sahaja, ia juga sangat sesuai untuk para gamer kerana skrin yang melengkapi phone ini adalah 2K dengan memaparkan 77.8% pixel lebih banyak daripada paparan 1080p.
Memandangkan skrin yang didatangkan menggunakan teknologi E6, ia dapat mengurangkan penggunaan kuasa sebanyak 13% berbanding dengan E5. Dengan kecerahan global pada 1100 nit dan nilai puncak sebanyak 1800 nits, paparan yang ditampilkan sangat terang dan jelas walaupun berada di bawah cahaya matahari.
Apa yang membuatkan lebih sesuai untuk para gamer adalah iQOO 11 5G sebenarnya dapat menyokong refresh rate sehingga 144Hz dan kadar perubahan pada setiap bingkai adalah 200ms. Saya yakin bahawa spesifikasi yang didatangkan pada iQOO 11 5G dapat memberikan pengalaman gaming kepada tahap yang maksimum.
Kalau anda nak tahu, di bawah skrin 2K AMOLED ini, terdapat satu pengesan cap jari yang menggunakan teknologi Ultrasonic 3D wide-area bersama-sama dengan 0.2s ultra-fast unlocking. Dengan menggunakan teknologi ini, anda hanya memerlukan satu laminasi untuk melengkapkan kemasukan cap jari.
Jika tangan basah atau kotor, anda tidak perlu risau untuk membersihkan tangan terlebih dahulu kerana teknologi ini dapat mengesan cap jari anda dengan sangat pantas.
Prestasi

Memandangkan ianya adalah sebuah phone flagship, iQOO 11 5G telah dilengkapi dengan Snapdragon 8 Gen 2 Mobile Platform bersama-sama dengan ultra-fast flash memory LPDDR5 + UFS4.0 iaitu 256GB + 16GB RAM. Walaupun didatangkan dengan 16GB RAM, mereka masih menyediakan ruang di mana anda boleh upgrade RAM sehingga 8GB.
Memang puas hati jika bermain dengan menggunakan telefon ini. Hal ini kerana, game yang dimainkan dalam phone ini dapat berjalan dengan sangat lancar tanpa sebarang masalah sekali gus memberikan pengalaman yang terbaik.

Apa yang membuatkan phone ini lebih lancar adalah disebabkan cip V2 tadi. Ia bukan sahaja digunakan pada kamera malah untuk bermain game, menonton filem atau sebarang aktiviti lain pun boleh juga.
Cip V2 ini dapat merealisasikan “motion prediction” dan compensation”. Dengan adanya cip V2 ini, ia dapat mengurangkan lagging dan “screen smearing” serta dapat mengekalkan efek visual yang lancar dengan butiran crystal-clear. Ia juga dapat membantu meningkatkan frame-rate sehingga 120 FPS.
Walaupun dapat menyokong frame-rate sehingga 120FPS semasa bermain game, cip V2 ini sebenarnya sangat membantu dalam penjimatan bateri dan anda sebagai pengguna tidak perlu risau tentang hayat bateri.
Saya sempat menjalankan benchmark dengan menggunakan AnTuTu. Skor akhir yang diperolehi adalah 1,287,108 dengan skor untuk CPU adalah 266,339 dan untuk GPU pula adalah 579,848. Manakala untuk ujian storan pula, bacaan “Read” adalah 3,493.3MB/s dan bacaan “Write” adalah 2,672.3MB/s dan jumlah skor adalah 120,858.
Dengan memperolehi skor yang sangat tinggi, ini menunjukkan yang iQOO 11 5G adalah phone yang sangat baik jika dibandingkan dengan phone flagship atau gaming yang berada di luar sana.
Pengalaman gaming

Untuk memberikan pengalam semasa bermain game dengan lebih lancar, mereka telah menyediakan satu aplikasi yang dipanggil Ultra Game di mana ia membolehkan pemain menetapkan keadaan phone semasa bermain. Senang cerita, aplikasi ini boleh menutup “notification”, panggilan dan mesej yang keluar.
Selain itu, mereka juga menyediakan mode Battery Saver, Balanced dan MONSTER. Dan setiap daripada mode tersebut mempunyai tetapan yang berbeza di mana ia dapat memberikan pengalaman yang cukup berbeza dan lebih baik.

Tambah pula dengan ciri-ciri In-Display Dual Monster Touch, anda boleh bermain bukan sahaja dengan dua jari tetapi empat jari atau mungkin lebih daripada itu. Hal ini kerana, skrin bahagian kiri dan kanan dikendalikan secara berasingan.
Untuk pemain game FPS seperti PUBG Mobile, iQOO 11 5G mempunyai fungsi Gyroscope yang telah dipertingkatkan, pengubahsuaian game control, motion control, precise control dan banyak lagi. Jadi, anda boleh dapat pengalaman yang sangat lancar tanpa sebarang masalah.
Saya sempat bermain beberapa game seperti Mobile Legends: Bang Bang, Battlefield Mobile and Genshin Impact. Semua game yang saya mainkan adalah pada tetapan grafik yang paling tinggi ditawarkan oleh game tersebut.

Untuk Mobile Legends: Bang Bang, saya dapat bermain dengan sangat lancar tanpa sebarang masalah lagging ataupun lain-lain walaupun bermain dengan grafik yang tertinggi.

Manakala Battlefield Mobile pula, saya bermain dengan kualiti grafik HD Extreme dan pengalaman yang saya peroleh semasa bermain adalah sangat lancar walaupun situasi di dalam game agak kalam kabut dengan pelbagai letupan di sana sini.

Bagi pengalaman bermain Genshin Impact pula, saya bermain dengan tetapan tertinggi dan FPS yang dipaparkan kekal 60 FPS. Kualiti grafik memang sangat cantik dan lancar tanpa sebarang masalah walaupun sedang bertarung dengan raksasa di sana.
Kalau nak diikutkan, game-game ini sememangnya akan menjadikan phone lebih panas tetapi semasa saya bermain, saya langsung tidak merasakan panas yang melampau, cuma rasa suam sahaja. Memang sangat selesa dan langsung tidak perasan yang saya sebenarnya sedang bermain game yang berat bersama tetapan grafik yang tertinggi.

Hal ini kerana, iQOO 11 5G dilengkapi dengan sistem Vapor Chamber Liquid Cooling dan reka bentuk bezel low-temperature induction yang membolehkan haba hilang dengan cepat dan berkesan sekali gus meningkatkan pengalaman bermain.
Kamera

Bergerak kepada bahagian kamera. Di bahagian belakang, terdapat 3 lensa utama yang melengkapi iQOO 11 5G di mana yang pertama adalah 50MP GN5 Ultra-Sensing, 13MP Telephoto & Portrait dan juga 8MP Ultra-Wide.
Jika anda lihat pada bahagian kamera dengan lebih dekat lagi, terdapat perkataan “V2” yang ditunjukkan. Hal ini kerana, versi yang sebelum ini menggunakan chip “V1” dan telah dinaiki taraf ke V2 di mana kualiti yang dihasilkan semasa menangkap dan merakam pada waktu malam sangat cantik dan jelas.
Bukan setakat untuk ambil gambar pada waktu malam sahaja, pada waktu siang dengan cahaya matahari yang terik pun boleh. Hasil gambar yang ditangkap tadi memang sangat cantik dan cukup terperinci walaupun zoom.
Selain itu, terdapat fungsi XDR photo yang membolehkan skrin memaparkan foto HDR dengan sangat terang. Dengan fungsi ini, gambar yang dipaparkan menjadi lebih terang dengan membezakan nisbah cahaya yang besar, bayang-bayang yang dipertingkatkan, memulihkan gambar seperti apa yang dilihat oleh manusia dan banyak lagi.
Manakala kamera hadapan pula, iQOO 11 5G didatangkan dengan lensa 16MP yang kelihatan agak biasa. Namun, anda boleh sahaja mengambil “selfie” yang agak cantik di mana-mana sahaja tanpa sebarang masalah.
Terima kasih kepada V2, iQOO 11 5G dapat menghasilkan video pada waktu malam dengan sangat cantik dan menakjubkan. Video 4K Super Night dapat dihasilkan dengan bantuan algorithm Raw Video NR 3.0 yang dipertingkatkan di mana ia dapat mengoptimumkan pemandangan malam yang sangat gelap dengan hanya satu klik sekali gus menjadikan keseluruhan video lebih cerah dan terang.

Banyak lagi fungsi lain yang disediakan pada kamera iQOO 11 5G termasuk “balance sensor yang mampu mengawal gegaran telefon semasa merakam, Night Camera Panning, Zero-Shutter- Lag Motion Snapshot, Pure Night View, Studio-Quality Superb Potrait, Automatic Perspective Correction dan banyak lagi.
Dual Surround Speaker

iQOO 11 5G menggunakan Dual Surround Speaker di mana speaker di bahagian adalah tertutup diantara bezel dan skrin manakala speaker di bahagian bawah pula ditampilkan dengan reka bentuk yang lebih terbuka.
Saya sebenarnya suka mendengar lagu dengan speaker yang melengkapi phone ini kerana ia dapat mengeluarkan bunyi yang sangat jelas, bunyi bass-nya juga sangat baik dan mampu meliputi seluruh bilik walaupun dibuka pada volume yang rendah.
Kelebihan teknologi speaker ini adalah semasa bermain game FPS di mana ia dapat mengesan musuh atau bunyi tembakan datang dari arah mana walaupun tanpa menggunakan headphone sekali gus mengetahui kedudukan musuh.
Bateri

Dilengkapi dengan 5,000mAh, ia dapat bertahan dengan lebih lama jika hanya digunakan pada kadar biasa. Apabila saya bermain Genshin Impact selama 2 jam berturut-turut dengan menggunakan kualiti grafik tertinggi bersama mode Ultra Game dihidupkan, bateri phone ini hanya digunakan sebanyak 35% sahaja.
Selain itu, untuk penggunaan lain seperti menonton video di YouTube selama 1 jam dengan kecerahan yan tertinggi dan Doly Audio dihidupkan, ia hanya menggunakan sebanyak 6% sahaja. Memang betul-betul phone flagship dengan spesifikasi flagship.

iQOO 11 5G menyokong pengecasan pantas sehingga 120W dan hanya mengambil masa 25 minit sahaja untuk capai 95% daripada 10%. Jadi, anda tidak perlu mengecas semasa tidur atau meninggalkannya pada masa yang lama. Memang sangat seronok jika mahu keluar ke mana-mana dan anda baru sahaja mengecas phone pada masa yang singkat.
Kesimpulan

Secara keseluruhan, iQOO 11 5G adalah phone flagship yang sangat berbaloi dengan prestasinya yang cukup mantap. Tambah pula dengan CPU yang digunakan adalah teknologi terbaru dari Snapdragon iaitu Snapdragon 8 Gen 2 Mobile Platform, phone flagship ini dapat menawarkan pengalaman gamin yang cukup bagus dan sangat lancar.

Bersama-sama dengan CPU tersebut, mereka juga telah menaik taraf chip kepada V2 supaya pengguna dapat menggunakannya dengan secara menyeluruh semasa bermain game, mengambil gambar dan video serta membuat kerja. Dengan skrin 2K AMOLED UHD, phone ini dapat memaparkan segala butiran yang sangat terperinci.

Bagi sesiapa yang sedang mencari phone flagship baharu, saya memang sarankan anda untuk masukkan iQOO 11 5G ini ke dalam senarai teratas anda. Untuk melihat spesifikasi penuh, anda boleh klik di sini.
Untuk mendapatkan lebih banyak review mengenai teknologi, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post