Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Transformers: Reactivate – game online co-op baru untuk konsol & PC! [TGA 2022]

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 9, 2022
in Action, Adventure, Anugerah, Artikel, Berita, Konsol, PC
0 0
0
Transformers: Reactivate – game online co-op baru untuk konsol & PC! [TGA 2022]
Share on FacebookShare on Twitter

Di acara The Game Awards tahun ini, kita dapat berita bahawa francais Transformers sedang mengusahakan game baru bertajuk Transformers: Reactivate! Tidak banyak info telah didedahkan tetapi ia merupakan game online action co-op untuk konsol dan PC.

Dengan kerjasama Hasbro, Inc, game ini dibangunkan dan diterbitkan secara eksklusif oleh Splash Damage, yang berpangkalan di London. Jadi apa yang kita tahu tentang gameplay keseluruhan?

Seperti saya kata tadi, Transformers: Reactivate ialah game 1-4 “online action co-op” untuk PC dan konsol yang menawarkan peluang kepada pemain dan peminat untuk meneroka kisah baru daripada perspektif yang lagi unik dalam universe Transformers.

Di sini, kita dapat bermain beberapa watak kegemaran Transformers; setiap satu sangat “unik dan berkuasa” serta boleh menukar bentuk antara kenderaan/bot dengan lancar semasa bertarung dengan The Legion; ancaman terbesar yang pernah dihadapi oleh Autobots.

Sinopsis:

Ancaman paling bahaya kepada umat manusia telah tiba… Dan ia sudah menang.

Bumi bukan lagi milik kita; ia milik mereka. Apa yang kami tinggalkan hanyalah harapan untuk Autobots, sambil menyelamatkan mereka dari runtuhan yang ditinggalkan.

Bak kata naib presiden kanan pembangunan perniagaan dan pelesenan digital Hasbo, Eugene Evans dalam kenyataan akhbar:

“Peminat telah menanti dengan penuh semangat untuk game baharu yang memasukkan mereka ke dalam universe ikonik Transformers kami. Kami sangat teruja untuk berkongsi pandangan pertama pada salah satu malam terbesar dalam gaming.”

“Splash Damage mempunyai rekod prestasi yang menakjubkan dengan beberapa IP paling terkenal di dunia dan mempunyai semangat kreatif kuat untuk jenama Transformers.

Kami yakin bahawa Transformers: Reactivate akan menjadi sangat popular di kalangan komuniti Transformers dan meneruskan strategi Hasbro Blueprint 2.0 untuk mencipta hiburan berjenama kelas pertama merentas pelbagai kategori dan platform termasuk permainan video.”

Setakat itu sahaja maklumat yang diumumkan. Walaupun game ini akan keluar di konsol, kita tidak tahu konsol apa secara tepat ia akan dikeluarkan. Tetapi EA mendedahkan bahawa ujian beta tertutup dirancang untuk musim sejuk 2023, jadi peminat boleh tunggu untuk maklumat lanjut.

Untuk membaca segala liputan kami tentang The Game Awards 2022, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: The Game Awards 2022TransformersTransformers: Reactivate
Previous Post

Wild Hearts rasmi akan keluar 17 Februari 2023, prapesan buka sekarang! [TGA 2022]

Next Post

Immortals of Aveum — Game FPS Fantasi Terbaru Akan Tiba 2023 Di PS5, Xbox Series dan PC!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Immortals of Aveum — Game FPS Fantasi Terbaru Akan Tiba 2023 Di PS5, Xbox Series dan PC!

Immortals of Aveum -- Game FPS Fantasi Terbaru Akan Tiba 2023 Di PS5, Xbox Series dan PC!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd