Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Wonder Woman 3 dibatalkan – Dikatakan “tidak sesuai” dengan rancangan baru DCU

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 8, 2022
in Artikel, Berita, Filem, Movie/siri
0 0
0
Filem Wonder Woman 3 dibatalkan – Dikatakan “tidak sesuai” dengan rancangan baru DCU
Share on FacebookShare on Twitter

Sehari selepas Gadot meraikan ulang tahunnya sebagai watak Wonder Woman, nampaknya filem sekuel kini menghadapi masalah besar. Secara lebih khusus, filem Wonder Woman 3 arahan Patty Jenkins -yang menerima lampu hijau selepas tayangan Wonder Woman 1984 pada tahun 2020 – dilaporkan terpaksa dibatalkan.

A few years ago it was announced that I was going to play Wonder Woman.I’ve been so grateful for the opportunity to play such an incredible, iconic character and more than anything I’m grateful for YOU.The fans.Can’t wait to share her next chapter with you🙅🏻‍♀️🙌🏼💃🏻♥️ pic.twitter.com/XlzhrMx4xe

— Gal Gadot (@GalGadot) December 6, 2022

Sebagai salah satu hero Justice League paling terkenal di DC Universe (dahulu dikenali sebagai DCEU), Gal Gadot telah melakonkan watak Wonder Woman sejak tahun 2016. Membuat debutnya dalam Batman v Superman: Dawn of Justice, watak itu disambut baik oleh penonton di seluruh dunia dan muncul semula dalam tiga projek DCEU berlainan; Wonder Woman (2017), sekuel Wonder Woman 1984 (2020), dan Justice League (2017).

Pada 2020, filem Wonder Woman 3 menerima lampu hijau dan memulakan peringkat produksi awal di mana Gadot bersedia untuk memainkan semula peranan Wonder Woman manakala Jenkins bersetuju untuk menjadi pengarah.

Tetapi menurut The Hollywood Reporter, Wonder Woman 3 arahan Jenkins [pada masa ini] dianggap “sudah mati” dan tidak boleh bergerak ke hadapan. Semasa bercakap dengan beberapa sumber, Hollywood Reporter menjelaskan bahawa Jenkins telah menyerahkan “treatment” (dokumen yang membentangkan idea cerita filem sebelum menulis keseluruhan skrip) ke studio, yang dia tulis bersama dengan Geoff Johns.

Walau bagaimanapun, ketua baharu DC Studios dan Warner Bros. Pictures, James Gunn and Peter Safran memaklumkan kepada Jenkins bahawa sekuel itu tidak sesuai dengan rancangan terkini yang sedang diusahakan untuk DCU.

Berita ini datang sebulan selepas pelantikan James Gunn dan Peter Safran sebagai ketua baharu DC Studios di mana mereka mengusahakan rancangan jangka panjang selama 10 tahun untuk membawa DCU ke arah baharu.

Buat masa ini, kita tidak pasti jika versi semasa Wonder Woman 3 harus diubah semula atau jika ia dibatalkan secara rasmi. Ada kemungkinan, mereka menolak Wonder Woman 3 kerana plot yang diberi oleh Jenkins tidak sesuai dengan hala tuju DCU tetapi lebih baik kita menunggu kata-kata rasmi daripada DC dan Warner Bros.

Tags: DCUfilemWonder WomanWonder Woman 3
Previous Post

Attack on Titan VR: Unbreakable akan dilancarkan tahun depan, guna Meta Quest 2!

Next Post

Bandai Namco umum “SAND LAND Project”, game baru berdasarkan manga Akira Toriyama

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Bandai Namco umum “SAND LAND Project”, game baru berdasarkan manga Akira Toriyama

Bandai Namco umum "SAND LAND Project", game baru berdasarkan manga Akira Toriyama

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd