Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece – Manga dan Anime akan “hiatus” sehingga Januari!

Alan Fikri by Alan Fikri
December 7, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
One Piece – Manga dan Anime akan “hiatus” sehingga Januari!
Share on FacebookShare on Twitter

Berita kurang seronok buat peminat One Piece, nampaknya selepas keluaran bab baru hujung minggu ini, siri tersebut akan mengambil hiatus secara berganti-ganti setiap minggu. Bukan setakat manga, anime juga tidak akan disiarkan pada 1 Januari 2023 ini. Disebabkan itu, manga One Piece akan keluar seperti biasa selepas 22 Januari 2023 manakala anime pula pada 8 Januari 2023.

Menurut akaun Twitter yang terkenal dengan memberi info tentang One Piece, Artur – Library of Ohara (@newworldartur), siri ini akan berehat selama tiga minggu selepas satu keluaran. Namun, tiada sebab atau kenyataan rasmi telah diberikan untuk hiatus kali ini. Walau bagaimanapun, One Piece akan kembali pada bab 1070 yang akan dikeluarkan pada 25 Disember ini.

Sejarah “hiatus” One Piece

One Piece telah mengambil banyak rehat selama beberapa tahun kebelakangan ini. Jika diingat kembali pada Februari 2020, siri ini mengam cuti sabatikal sementara kerana mengambil kira tentang kesihatan pencipta, Eiichiro Oda.

Pada Jun 2022 pula, One Piece sekali lagi berehat selamat satu bulan untuk memberi masa kepada Eiichiro Oda menyelesaikan persiapannya untuk saga terakhir siri ini. Bukan manga ini sahaja yang selalu hiatus, kerana pada bulan Mac lalu, Toei Animation menghentikan siaran anime One Piece dan Digimon Ghost Game kerana terdapat insiden penggodaman. Hal ini membuatkan mereka terpaksa menyiarkan tayangan semula untuk beberapa minggu.

Ia bukan sesuatu yang luar biasa bagi siri manga atau anime untuk hiatus sementara pencipta mereka berehat. Pada tahun 2022 sahaja, banyak penerbit menangguh manga dari diterbit kerana pencipta atau ilustrasi mereka memerlukan rehat. Sebagai contoh, artis manga Blue Period, Tsubasa Yamaguchi disahkan positif COVID-19 pada bulan Januari lalu dan telah menangguhkan siri tersebut sehingga sembuh.

Tokyo Revengers juga membuat keputusan untuk hiatus kerana jumlah kes COVID-19 yang banyak di sekitar kawasan penciptanya, Ken Wakui. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja masalah tersebut selesai, mereka kebiasannya terus menyambung penerbitan manga. Tokyo Revengers telah menamatkan siri 5 tahun itu pada bulan November lalu, walaupun peminat menerima pengakhirannya siri tersebut dengan perasaan yang bercampur-campur.

Dicipta, ditulis dan diilustrasikan oleh Eiichiro Oda, One Piece ialah siri manga bersiri dalam Weekly Shōnen Jump dari tahun 1997. Berikut adalah sinopsis One Piece:

Cerita ini mengikuti Monkey D. Luffy, seorang lelaki muda yang badannya mempunyai sifat seperti getah selepas memakan Devil Fruit. Diilhamkan oleh idola zaman kanak-kanaknya, lanun Red-Haired Shanks, Luffy memulakan perjalanan bersama kumpulan lanunnya, yang dikenali sebagai Straw Hat, untuk mencari harta karun One Piece yang mistik. Sepanjang perjalanan, Luffy dan rakan-rakannya mengalami pengembaraan liar, bertemu kumpulan orang yang eklektik, termasuk pemburu hadiah dan ejen rahsia dan menjalin persahabatan sepanjang hayat.

Jadi apa pendapat korang tentang hiatus One Piece kali ini, sanggupkah korang tunggu setiap dua minggu untuk bab terbaru? Boleh berikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.

Saya pasti mesti ada antara korang akan berasa bosan sepanjang hiatus One Piece kan, jadi marilah baca artikel kami tentang anime ini di pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animehiatusmangaone piece
Previous Post

The Game Awards 2022 dedahkan senarai “Future Class”, anugerah bagi orang berbakat dalam indsutri gaming!

Next Post

Preview awal Diablo 4 – Lilith bangkit, hero baru mulakan perjalanan!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Racing Master “Authentic Racer Season” Gegarkan Malaysia Dengan Kereta & Pelbagai Acara Baharu!
Mobile

Racing Master “Authentic Racer Season” Gegarkan Malaysia Dengan Kereta & Pelbagai Acara Baharu!

July 10, 2025
Kami perlukan Video Editor & Intern! Mohon sekarang di Gamer Santai!
Peluang Kerjaya

Kami perlukan Video Editor & Intern! Mohon sekarang di Gamer Santai!

July 10, 2025
Gamer Santai Mencari Penulis Baharu! – Minat game? Sertai Kami Sekarang!
Peluang Kerjaya

Gamer Santai Mencari Penulis Baharu! – Minat game? Sertai Kami Sekarang!

July 10, 2025
Next Post
Preview awal Diablo 4 – Lilith bangkit, hero baru mulakan perjalanan!

Preview awal Diablo 4 - Lilith bangkit, hero baru mulakan perjalanan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”
Review

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”

Daemons of the Shadow Realm Diadaptasi Ke Anime – Karya Terbaru Pencipta Fullmetal Alchemist
Anime

Daemons of the Shadow Realm Diadaptasi Ke Anime – Karya Terbaru Pencipta Fullmetal Alchemist

July 8, 2025
Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile
Berita

Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile

July 7, 2025
Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!
Anime

Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!

July 7, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd