Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

‘Project L’ tunjuk asas gameplay & sistem Tag – fighting game berdasarkan League of Legends!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 6, 2022
in Artikel, Berita, Fighting
0 0
0
‘Project L’ tunjuk asas gameplay & sistem Tag – fighting game berdasarkan League of Legends!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Riot Games telah mengeluarkan video “developer diary” baharu untuk Project L – fighting game ‘free-to-play’ baru berdasarkan League of Legends! Dalam video di bawah, penerbit eksekutif Tom Cannon dan pengarah permainan Shaun Rivera telah memperkenalkan mekanik gameplay asas, sistem tag dan beberapa info baru tentang salah satu watak bagi Project L.

Seperti yang anda dapat lihat, Riot mempamerkan majoriti gameplay teras yang membentuk pengalaman Project L.

Sebelum ini, Riot mengesahkan bahawa Project L adalah fighting game berasaskan sistem tag (bukan solo), tetapi tidak berkesempatan untuk menunjukkannya sehinggalah hari ini. Selain daripada system tag, Riot turut mempamerkan unsur pergerakan, abiliti dan aspek gameplay lain.

Untuk membuatkan game “terasa pantas dan lancar”, Project L memberikan pelbagai cara kepada pemain untuk bergerak termasuk dashing, super jumpa, chain dashing dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, watak tertentu juga memiliki lebih banyak pilihan untuk bergerak termasuk di udara.

Gameplay baharu ini menunjukkan banyak mekanik yang saya sebutkan tadi termasuk menunjukkan pilihan ofensif dan defensif baharu seperti Dynamic Save combo breaker serta ciri “tag and assist” ala Dragon Ball FighterZ yang boleh memanjangkan lagi kombo.

Satu lagi bahagian besar dalam video tertumpu pada Illaoi – si Kraken Truth Bearer, yang kini boleh dimainkan sepenuhnya dan menggunakan senjata emas dan sesungutnya untuk menyerang pihak lawan. Buat masa ini, dia hampir 30% lengkap secara keseluruhan.

Selain Illaoi, Riot Games tidak mendedahkan mana-mana watak baharu. Setakat ini, kita tahu lima Champion akan tampil dalam Project L iaitu Jinx, Darius, Illaoi, Ekko dan Ahri.

Di samping itu, Riot juga tidak mengumumkan tarikh keluaran atau di platform mana Project L akan dikeluarkan. Nasib baiklah studio mengesahkan bahawa lebih banyak maklumat akan didedahkan pada tahun 2023. Untuk segala liputan kami tentang Project L, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: fighting gameGameplayLeague of legendsProject L
Previous Post

Star Wars Jedi: Survivor akan tiba Mac 2023! Sambungan kisah Cal Kestis! [TGA 2022]

Next Post

Gladiatrix Cup dibuka, khas untuk pasukan MLBB wanita terbaik di MY & SG!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!
Industri

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!

July 3, 2025
Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!
Berita

Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!

July 3, 2025
Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!
Acara

Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!

July 3, 2025
Next Post
Gladiatrix Cup dibuka, khas untuk pasukan MLBB wanita terbaik di MY & SG!

Gladiatrix Cup dibuka, khas untuk pasukan MLBB wanita terbaik di MY & SG!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd