Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game seram survival baru ‘Amnesia: The Bunker’ diumumkan – akan keluar Mac 2023!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 2, 2022
in Artikel, Berita, Epic Store, PC, PS4, Seram, Steam, Survival, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Game seram survival baru ‘Amnesia: The Bunker’ diumumkan – akan keluar Mac 2023!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Frictional Games telah mengumumkan ‘Amnesia: The Bunker’, sekuel kepada francais seram survival popular Amnesia! Nasib baik kita pun tidak perlu tunggu lama kerana game ini bakal dilancarkan di Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One dan PC (Steam, Epic Games Store) pada Mac 2023. Berikut ialah gambaran keseluruhan tentang Amnesia: The Bunker, menurut Frictional Games:

Amnesia: The Bunker ialah entri terbaharu dalam francais Amnesia dan buat pertama kalinya, pemain dilengkapi dengan kebebasan untuk memberi impak kepada gameplay, dan menentukan playstyle sendiri ketika meneroka persekitaran semi-open world. Ia terpulang kepada pemain untuk memilih pendekatan mereka semasa bertahan hidup.

Tidak seperti game sebelumnya, Amnesia: The Bunker menampilkan ‘horror survival adventure’ baharu yang menggabungkan unsur gameplay ikonik ke elemen sandbox. Pemain akan mengawal sepenuhnya keputusan mereka dari semasa ke semasa. Berbekalkan senapang revolver dan lampu suluh dinamo yang bising, pemain akan berjalan di kubu WW1 sebagai seorang askar Perancis yang lupa ingatan dan diburu oleh makhluk daripada alam lain.

Game ini menggalakkan pemain untuk meneroka dan bereksperimen, menggunakan kebijaksanaan dan apa sahaja alat yang mereka boleh gunakan untuk mengatasi kuasa jahat yang mengancam. Setiap pilihan akan mengubah bagaimana game bertindak balas yang memaksa pemain mencipta laluan strategik baharu dalam setiap playthrough.

Ciri-ciri utama:

  • Pilihan Pemain – Gameplay saspens dalam dunia sandbox horror survival
  • Persekitaran Tidak Berskrip – Objek, ancaman dan sumber, berubah pada setiap playthrough
  • Musuh seram jenis adaptif – Makhluk mengerikan yang sentiasa mengintai pemain.
  • Pengalaman lebih taktil dan imersif – Tahap interaksi serba baharu melalui penyelesaian teka-teki dan penggunaan alatan

Sekali lagi saya ulang, Amnesia: The Bunker akan keluar di Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One dan PC (Steam, Epic Games Store) pada Mac 2023.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Amnesia: The BunkerHorrorsurvival
Previous Post

DLC percuma JJBA: All Star Battle R kini tersedia – claim Weather Forecast & Father Pucchi sekarang!

Next Post

Marvel’s Midnight Suns kini tersedia! Boleh didapatkan di PS5, Xbox Series & PC!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mafia: The Old Country Bakal Dilancarkan 8 Ogos 2025
Berita

Mafia: The Old Country Bakal Dilancarkan 8 Ogos 2025

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
TAL: The Arcane Lands – AAA Open-World RPG Baharu Berlatarkan Korea Kuno!
Berita

TAL: The Arcane Lands – AAA Open-World RPG Baharu Berlatarkan Korea Kuno!

May 8, 2025
Next Post
Marvel’s Midnight Suns kini tersedia! Boleh didapatkan di PS5, Xbox Series & PC!

Marvel's Midnight Suns kini tersedia! Boleh didapatkan di PS5, Xbox Series & PC!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd