ASUS, pengeluar terkemuka Taiwan dalam telefon pintar dan teknologi, dan Google I/O mengumumkan bahawa ZenFone 5Z (ZS620KL) kini menyertai Android Q Beta. Ia adalah siri ASUS ZenFone yang pertama untuk menyertai program Beta Android. ASUS meneruskan kerjasama mereka bersama ZenFone dan Google, dan ia adalah satu langkah ke arah matlamat untuk meningkatkan pengalaman pengguna.
Android Q Beta membawakan beberapa ciri baru dan menarik, termasuk perlindungan privasi yang lebih tinggi, connectivity, dengan peningkatan untuk kamera, media, grafik, dan rangkaian API.
- Cara untuk sertai dan maklumat lebih lanjut: Asus Android Q Beta
ASUS mengalu-alukan para pemaju untuk menyertai program ini dan menghargai maklum balas pengguna untuk meningkatkan pengalaman bersama. Sila ambil perhatian bahawa Android Q Beta bukan pada fasa binaan akhir, jadi beberapa ciri mungkin hilang atau tidak berfungsi dengan betul. Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah atau ingin memberi maklum balas mengenai Android Q Beta, sila isikan borang di Google form.
@gamersantaimy
Discussion about this post