Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

JJBA Stone Ocean Preview — Permulaan Kepada Penamat Siri Yang Gempak!

Maira by Maira
December 1, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Netflix, Preview
0 0
0
JJBA Stone Ocean Preview — Permulaan Kepada Penamat Siri Yang Gempak!
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun-tahun yang lalu, setiap kali tayangan episod baru anime Jojo’s Bizarre Adventure selalunya disambut hangat oleh peminat. Tetapi disebabkan Netflix melepaskannya mengikut musim, jadi ramai juga peminat yang tidak tahu mengenai episod baru Stone Ocean yang dikeluarkan. Elok pula setiap musim dihabiskan dengan cliffhanger. Nasiblah bahagian terakhir dilepaskan. Jadi anda yang tidak menonton JJBA Stone Ocean lagi, bolehlah binge sampai habis.

Kami juga berpeluang untuk menonton beberapa episod awal untuk Stone Ocean bahagian akhir ini. Seperti finale untuk musim Jojo yang lain, ia masih mengekalkan aksi yang menarik dan membuatkan kami teruja. Akan ada beberapa spoiler dalam preview ini. Jadi kalau anda tidak kisah, teruskan membaca!

AMARAN! ADA SPOILER ANIME JOJO'S BIZARRE ADVENTURE STONE OCEAN!!

Untuk arc terakhir Bohemian Rhapsody, bagi kami ia merupakan arc paling hebat pertarungannya. Menariknya, watak utama, Jolyne tidak muncul untuk dua episod pertama. Sebaliknya kita melihat Anasui dan Weather Report selepas mendapati bahawa Jolyne, Emporio dan Ermes telah keluar daripada penjara dan kini mereka berdua ingin mengejar mereka.

Sudah tentu perjalanan mereka penuh halangan. Anasui dan Weather Report telah bertemu dengan Stand User lain dan memikirkan cara untuk melawannya. Ini antara perlawanan yang menarik kerana banyak juga watak lain yang diperkenalkan. Walaupun ia tidak melibatkan Pucci, ia masih lagi satu pertarungan yang sengit. Senang cerita, permulaan Bohemian Rhapsody memang “hype” habis.

Dengan penamat Stone Ocean menghampiri, sudah tentu setiap langkah membawa pelbagai implikasi kepada watak. Mereka semua tahu bahawa pertaruhan kali ini sememangnya tinggi. Lebih-lebih lagi Jolyne yang perlu menghentikan Pucci, manakala Pucci pula perlu sampai ke Cape Canaveral dengan segera.

Seperti siri Jojo yang lalu, pasti akan ada lagu opening baru yang diperkenalkan. Untuk bahagian terakhir Stone Ocean, lagu opening baru akan membawa anda melihat perjalanan Jolyne sepanjang siri ini. Kami pasti anda akan menyukainya.

Pada sangat anda membaca preview ini, bahagian terakhir Jojo’s Bizarre Adventure: Stone Ocean telah tersedia di Netflix. Jadi apa tunggu lagi. Cepat-cepat buka Netflix dan lihat perlumbaan ke Cape Canaveral sekarang! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Jojo daripada kami, sila klik pautan ini.

Tags: JJBA Stone OceanJojo's Bizarre AdventureJoJo's Bizarre Adventure: Stone Ocean
Previous Post

“Jojo Membantu di Saat Sukar” — Interview JJBA Stone Ocean Bersama Fairouz Ai!

Next Post

Jualan Persona 5 Royal Remaster Kekal Hebat! Sudah Terjual 1 Juta Salinan!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
Next Post
Jualan Persona 5 Royal Remaster Kekal Hebat! Sudah Terjual 1 Juta Salinan!

Jualan Persona 5 Royal Remaster Kekal Hebat! Sudah Terjual 1 Juta Salinan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd