Baru sahaja minggu lalu kami telah mengongsikan sebuah artikel (tekan sini) mengenai kemaskini terbaru yang akan hadir untuk isi kandungan PvE Hearthstone Rise of Shadows: The Dalaran Heist dilancarkan! Nampaknya kali ini Rise of Shadows: The Dalaran Heist telah pun dilancarkan oleh Blizzard Entertainment dan disini kami ingin berkongsikan sedikit ulasan permainannya yang telah kami sendiri cuba.
Serba sedikit menganai Rise of Shadows: The Dalaran Heist , pemain akan diperkenalkan dengan LEAGUE of E.V.I.L, iaitu satu kumpulan jahat yang dibentuk oleh Arch-Villain Rafaam dan 4 ahlinya yang lain – Heistbaron Togwaggle, Swampqueen Hagatha, Madame Lazul dan Blastmaster Boom. Pemain juga akan menghadap sembilan penjahat yang berbeza untuk membantu Rafaam melakukan kejahatan yang berbeza dan merompak khazanah yang paling berharga di bandar terapung Dalaran!
The Dalaran Heist mengambil format ‘gameplay’ yang sama seperti Dungeon Run tetapi kali ini ia mempunyai lebih banyak kandungan dan ciri-ciri terbaru. Ia juga adalah pengembaraan pemain tunggal yang TERBESAR dalam game ini.
Terdapat 5 bab secara keseluruhan, di mana setiap bab membolehkan pemain meneroka tempat yang berbeza dalam Dalaran. Yang menariknya, setiap tempat dalam Dalaran ini akan mempunyai ‘Twistnya’ yang tersendiri. Contohnya, pada bab pertama, iaitu Dalaran Bank, terdapat “Coin-filled Coffers”, di mana musuh akan memungut syiling.
Bab pertama dan hero pertama, adalah percuma untuk dimainkan. Bab yang seterusnya haruslah dibeli dan setiap bab akan membuka 2 hero baru. Hero yang telah dibuka ini boleh digunakan pada bab lain juga.
Lebih banyak bos yang ditewaskan, semakin banyak permainan yang perlu dijelaskan dan semakin banyaklah kuasa hero yang anda boleh miliki. Secara keseluruhan, akan ada 3 kuasa hero untuk setiap hero dan setiap hero akan mempunyai 4 pre-set dek (termasuk random dek) di mana korang boleh pilih sebelum bermula. Setiap kali anda kalahkan bos, anda dapat memilih loot di mana ia akan menambahkan kad extra ke dalam deck.
Terdapat 75 bos yang berbeza, dan setiap daripadanya akan membawakan kuasa uniknya yang tersendiri untuk menghentikan pemain dalam Heist ini.
Apabila anda sudah membuka kesemua bab, anda akan diberikan akses untuk mod terbaru, iaitu ‘Anomaly mode’. Mod ini akan memberikan pemain random effect ketika bermain. Contohnya, Mode Anomaly – Wild Magic akan memberikan kedua-dua pemain untuk ‘cast spells’ dan masa tambahan pada target secara random. Tapi diingatkan anda dapat membuka kunci mod anomali ini selepas semua bab dibeli.
Setelah membeli kesemua lima bab, anda juga akan mendapat ganjaran Kad Emas Lagenda Zayle,Shadow Cloak. Zayle, Cloak of Shadow diperkenalkan dalam game dan ia berfungsi sama seperti Whizbang The Wonderful. Anda akan mainkan 1 daripada 5 kad dalam deck, di mana setiap daripadanya akan mewakili anggota dari League of E.V.I.L
Tidak habis disini, Dean Ayala dan Ben Thompson turut mengongsikan tahap kesukaran pengembaraan dalam mod yang ada di The Dalaran Heist, antaranya Mod Biasa (Normal Mode) yang dikatakan lebih senang berbanding (Rumble Run) dan mengfokuskan pada pemain baru untuk memahami cerita dan permainan ini. Manakala dalam Mod (Heroic Run) pula dikatakan tahap kesukaran hampir sama seperti (Dungeon Run) yang akan mencabar pemain veteren untuk menempuhnya.
Dean dan Ben turut berkongsikan antara pengajaran yang diambil serba sedikit dari PvE yang lalu antaranya cara memilih dek seperti pemain suka serta penukaran serba sedikit tentang pahlawan ‘archetypes’ terutama dari segi gayanya. Selain itu, Dean dan Ben merasa teruja dengan tawaran yang dihadiahkan dalam mod anomali. Mod anomali jenis yang diilhamkan dari mod pemain tunggal seperti Tavern Brawls yang membolehkan pemain bermain dalam peraturan yang unik.
Jadi jangan lupa, Rise of Shadow: The Dalaran Heist boleh didapati bermula 17 Mei ini dan pek boleh didapati dengan harga setiap bab adalah 700 syiling emas atau 6.99 USD, dan Jpembelian untuk keseluruhan bab berharga 19.99 USD.
Okay jom lihat gameplay dan serba sedikit informasi The Dalaran Heist di sini;
@gamersantaimy
Discussion about this post