Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tactics Ogre Reborn Review — Game Klasik Hebat Kembali Untuk Platform Moden!

Maira by Maira
November 29, 2022
in Artikel, Berita, Game, Game Review, Review
0 0
0
Tactics Ogre Reborn Review — Game Klasik Hebat Kembali Untuk Platform Moden!
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun ini, memang banyak game klasik yang membuat “comeback”. Antaranya Tactics Ogre: Reborn yang merupakan salah satu game taktikal RPG yang terkenal. Kalau anda ingin tahu, inilah game yang memberi inspirasi kepada Final Fantasy Tactics dan Triangle Strategi. Kalau anda seseorang yang suka game RPG atau Strategi RPG, rasanya anda mesti pernah dengar mengenai Tactics Ogre. Dengan versi remaster terbaru, Reborn telah memberikan pelbagai penambahbaikan kepada quality-of-life game Tactics Ogre. Nak tahu apa lagi yang upgrade yang diberikan kepada game ini, teruskan membaca!

Penceritaan yang kekal hebat

Tactics Ogre berlaku di Island of Valeria, di mana tiga faction: Bacrum, Galgastan dan Walister untuk kuasa. Terdapat tiga pahlawan muda: Denam, Catiua dan Vyce sedang merancang untuk melawan pengaruh Galgastani tetapi tidak lama kemudian, mereka mendapati diri mereka direkrut oleh Walister Resistance. Dari situlah mereka sedar bahawa mereka telah terjerat dalam masalah yang melibatkan sejarah, politik dan pengkhianatan.

Walaupun plotnya hampir serupa dengan game FF Tactics atau fire Enblem, tetapi Tactis Ogre mempunyai naratif fantasi gelap yang kuat. Mungkin ia sukar untuk difahami oleh sesetengah pemain, lebih-lebih lagi apabila ia melihat pelbagai agenda yang berlaku. Tetapi watak utama memberikan peranan dalam membuatkannya lebih mudah untuk diikuti. Mereka, Denam dan Catiua telah hilang tempat tinggal disebabkan peperangan, jadi anda tahu bahawa setiap pilihan yang dibuat akan mempengaruhi mereka. Game ini banyak menunjukkan kisah gelap peperangan melalui watak dengan aksi yang dipilih.

Dalam Tactics Ogre Reborn, telah menambah lakonan suara ke dalam game. Kami rasakan setiap suara watak sangat hebat. Pelakon suara berjaya menyampaikan emosi watak-watak dengan baik dalam pelbagai situasi yang sangat sesuai dengan tetapan ceritanya. Yang paling menyerlah bagi kami ialah watak Vyce dan Ravness. Mereka seolah-olah lebih hidup berbanding watak lain.

Alignment dan Route

Seperti game SRPG yang lain, terdapat pelbagai route dan penamat untuk game ini. Ianya terbahagi kepada law, chaos dan neutral. Bergantung kepada pilihan anda, unit daripada alignment yang bertentangan akan pergi, watak yang berbeza mungkin hidup atau mati. Ada juga antara mereka yang mungkin menjadi musuh anda. Jadi mahu atau tidak, anda perlu memilih dengan baik dan fikir sebaik mungkin. Sudah tentu ini juga akan membuatkan anda mahu ulang game tersebut untuk melihat penamat lain yang tersedia.

Kami tahu, mungkin ada antara anda yang pening dengan jalan penceritaan game ini. Ada satu bahagian yang boleh membantu anda memahaminya. Ianya dipanggil “The Warren Report.” Ia merupakan panduan untuk lore cerita termasuklah sejarah serta latar belakang untuk setiap watak. Jadi tidaklah anda tertanya-tanya tentang perkara yang berlaku sepanjang game. Malah ia boleh membantu anda dengan alignment, dan memilih route yang anda ingin mainkan untuk playthrough seterusnya.

Battle dan Taktik

Sudah namanya game taktik, sudah tentu anda memerlukan strategi untuk memenanginya. Setiap unit berada pada grid isometrik, di mana mereka akan bergerak, menyerang, menggunakan kebolehan dan item.

Bunyinya seperti senang, tetapi bagi kami ia boleh tahan sukar. Tactics Ogre nampaknya direka untuk pemain biasakan diri dengan setiap perlawanan dan memakan masa yang agak panjang. Setiap musuh boleh menerima damage dengan banyak dan sudah tentu membalasnya dengan lebih kuat. Jadi strategi yang mantap diperlukan sebelum memulakan pertarungan. Setiap pemilihan unit memang sangat penting dan anda perlu mengetahui kelemahan unit masing-masing. Jika tentera musuh mempunyai ramai askar, lebih baik bawa melee untuk menentangnya. Kalau ramai mage, lawan pula dengan archer.

Semasa battle, terdapat pelbagai kad akan muncul dalam medan perang. Berikut adalah fungsi untuk setiap kad yang muncul:

  • Kad biru: Memberikan buff sementara
  • Kad merah: Membatalkan segala buff sementara
  • Kad hijau: Memberikan buff kekal. Ia juga sangat susah untuk ditemui

Sama seperti Fire Enblem, Tactics Ogre Reborn juga mempunyai “permanent death”, di mana watak yang mati semasa battle, akan kekal mati sepanjang game. Anda masih boleh menghidupkan mereka tetapi dengan masa yang terhad. Hanya tiga pusingan sahaja yang diberikan untuk anda revive semula watak. Tetapi tidak mengapa, kerana Tactics Ogre memberikan pilihan untuk anda rekrut unit baru melalui kedai sepanjang game. Cuma anda perlu naikkan level mereka sahajalah yang penat kerana unit baru semua bermula daripada level 1 tanpa armor dan senjata. Jadi anda memang perlu meluangkan masa dan duit untuk naikkan level mereka dengan lebih cepat.

Senang cerita, lagi senang kalau anda jaga unit sedia ada hidup. Memang bunyinya seperti mudah tetapi itulah benda paling susah dalam game ini. Kalau anda seseorang yang tidak suka untuk bermula semula daripada bawah, anda mungkin tidak suka dengan sistem seperti ini. Tetapi apabila berjaya menang dalam battle, ianya seperti satu pencapaian hebat dalam hidup. Tetapi seperti yang kami nyatakan, ia mengikut kesukaan masing-masing dan tidak semua orang yang menyukainya.

Walaupun ia telah “reborn” tetapi kameranya pula yang masih sama. Sudut kamera membuatkan sukar untuk melihat unit menyerang dan bergerak. Lebih masalah lagi apabila susah untuk membezakan musuh dan unit anda sendiri semasa story mission. Nasib baik ada bird eye view, agak membantu sikit semasa battle. Kalau ada kamera yang bebas digerakkan rasanya lebih bagus.

Penambahbaikan Quality of Life yang baik

Kalau nak dibandingkan dengan versi remaster, quality-of-life dalam reborn lebih baik. Antaranya, anda boleh scout medan perang sebelum mulakan misi. Bermakna, anda boleh mengetahui kedudukan musuh dan boleh merancang dengan lebih baik. Battle juga boleh dimainkan dengan kelajuan 3x ganda. Tidaklah anda bosan menunggu battle habis nanti.

Tactics Ogre Reborn juga mempunyai Chariot System daripada versi PSP. Ini membolehkan anda untuk undur sehingga 50 place, maknanya unit anda yang telah tumbang boleh diselamatkan. Ia ciri yang bagus kerana membantu pemain daripada stres daripada battle. Kalau ada battle yang lama, mungkin ia tidak membantu sangat tetapi sekurang-kurangnya ia boleh menghalang daripada unit mati atau betulkan kesalahan kecil semasa battle.

Selain itu, anda juga boleh berlatih dengan “training battle”. Ia membolehkan anda untuk grind unit baru tanpa masalah seperti permanent death. Kalau mereka tumbang, mereka masih mendapat EXP. Setiap unit hanya boleh mencapai level tertentu dengan menyelesaikan story mission seterusnya. Ini untuk membuatkan game kekal seimbang dan unit anda tidak akan menjadi terlalu kuat. Mungkin anda kecewa sedikit mengenainya, tetapi ia membantu anda untuk fokus kepada strategi untuk menghabiskan game.

Customization watak

Kalau ada sesuatu yang kami suka mengenai Tactics Ogre, ianya mengenai customization-nya yang mendalam. Tentera anda boleh dilengkapi dengan senjata, perisai dan spell untuk unit magic. Kesemuanya mempunyai kemahiran khusus yang sebahagiannya eksklusif untuk kelas masing-masing dan serangan khas “finishing move” yang boleh memberikan damage yang begitu banyak. Terdapat juga item yang dipanggil Charm, di mana ia membolehkan upgrade yang lebih asas kepada watak seperti memberikan mereka EXP atau menukar affinity elemental mereka.

Kelas unit juga boleh ditukarkan. Setiap watak boleh menukar kelas menggunakan class mark yang dijatuhkan oleh musuh atau boleh dibeli melalui kedai. Dari sini, unit boleh terus dibentuk menjadi kelas baharu dengan kebolehan yang lebih baik, sama ada sesuai dengan statistik mereka ataupun medan perang yang anda masuki. Kami perasan bahawa Denam bagus dengan senjata melee, jadi kami telah menukarkannya menjadi kelas knight. Anda yang suka untuk bereksperimen pasti akan sukakan ciri ini.

Kesimpulan

Tactics Ogre sememangnya game klasik yang diminati ramai. Kalau anda seorang peminat SRPG, kami syorkan bahawa anda tentu rasa berbaloi memainkannya. Dengan kehadiran Tactics Ogre Reborn, ia telah memberikan beberapa penambahbaikan pada quality-of-life, yang membolehkan combat lebih mudah diakses. Mode training juga membantu pemain menaikkan level dengan cepat tanpa mengorbankan unit masing-masing.

Tactics Ogre Reborn telah tersedia di Nintendo Switch, PlayStation dan PC melalui Steam. Anda bolehlah pilih platform kegemaran untuk bermainnya nanti. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game ini daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Tactics Ogre Reborn

7 Score

PROS

  • Lakonan suara menyampaikan penceritaan ke tahap yang baharu
  • QoL yang memudahkan akses kepada game

CONS

  • Sudut kamera menyukarkan penglihatan semasa battle

Review Breakdown

  • Sebuah game klasik yang perlu dicuba oleh peminat SRPG 0
Tags: reviewTactics Ogre Reborn
Previous Post

Uchiha Madara – Shinobi dengan Kekkei Genkai terbanyak!

Next Post

Trailer Terbaru Mario Movie Memperkenalkan Princess Peach Dan Donkey Kong!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
Trailer Terbaru Mario Movie Memperkenalkan Princess Peach Dan Donkey Kong!

Trailer Terbaru Mario Movie Memperkenalkan Princess Peach Dan Donkey Kong!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd